Khalifah Abu Bakar as-Siddiq : Mengembalikan akidah umat Islam yang meruncing.

Abu Bakar al-Siddiq ( أبو بكر الصديق‎ : Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah Islam pertama dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah

    Kehidupan Awal :




    • Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling rapat sekali.
    • Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
    • Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.
    • Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah.
    • Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.
    • Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
    • Beliau mendapat gelaran al-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W.
    • Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W.
    • Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
    Zaman Penuh Kegemilangan :

    Semasa Rasulullah S.A.W. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

    Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.




    Peristiwa Bersejarah :
    • Peperangan Islam-Riddah : Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golonganRiddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
    • Penaklukan Di Utara : Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
    • Pengumpulan ayat-ayat al-Quran : Selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
    Kewafatan Saidina Abu Bakar as-Siddiq : 


    Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengisyaratkan masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
    Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

    Sumbangan Pada Zamannya :

    Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

    Kata-kata Mutiara Saidina Abu Bakar as-Siddiq :

    1. Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kalian melihat perbuatanku benar, ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah.
    2. Ah.. Aku ingin menjadi rumput saja, supaya dimakan oleh kuda (kerana sangat ngerinya akan siksaan Allah).
    3. Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu adalah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang yang benar adalah orang yang dapat dipercayai.
    4. Kami diuji dengan kesusahan, maka kami sabar. Tetapi ketika kami diuji dengan kesenangan (kemewahan), hampir-hampir kami tidak sabar.
    5. Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka, ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.
    6. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya .
    7. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina .
    8. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya .
    9. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga .
    10. Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :
    • Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
    • hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
    • hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
    • adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.





    Bertapa bertuahnya badan, bertuah lagi di takdirkan hidup pada zaman Rasul junjungan Muhammad S.A.W..Mereka adalah sahabat-sahabat nabi yang terpilih. mereka adalah manusia yang paling beruntung di dunia mahupun akhirat kerana dapat menatap muka kekasih Allah, dapat menadah ilmu dari kekasih Allah, dapat berjihad bersama-sama kekasih Allah.dan ada di antara mereka pernah di doakan oleh kekasih Allah menjadi panglima perang, penegak kebenaran, penghapus kebatilan..


    1. Abbad ibn Bishr
    2. Abdullah ibn Abbas
    3. Abdullah ibn Amru
    4. Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi
    5. Abdullah ibn Jahsy
    6. Abdullah ibn Mas'ud
    7. Abdullah ibn Rawahah
    8. Abdullah ibn Salam
    9. Abdullah ibn Umar
    10. Abdullah ibn Umm Maktum
    11. Abdullah ibn Zubair
    12. Abdur Rahman ibn Auf
    13. Abu Ayyub al-Ansari
    14. Abu Dzar al-Ghifari
    15. Abu Musa Al-Asya'ari
    16. Abu Hurairah
    17. Abu Said Al-Khudri
    18. Abu Sufyan ibn Al-Harits
    19. Abu Ubaidah Al-Jarrah
    20. Abu Darda'
    21. Abul As ibn ar-Rabiah
    22. Adi ibn Hatim
    23. Ammar ibn Yasir
    24. Amru Al-Ash
    25. Amr ibn Jamuh
    26. Anas ibn Malik al-Ansari
    27. An-Nuayman bin Amr
    28. At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
    29. Aqil ibn Abi Thalib
    30. Asma binti Abu Bakar
    31. Barakah
    32. Bara' ibn Malik al-Ansari
    33. Bilal bin Rabah
    34. Fairuz Ad-Dailami
    35. Habib ibn Zaid al-Ansari
    36. Hanzalah ibn Abu Umayr
    37. Hajar ibn Adi
    38. Hakim ibn Hazm
    39. Hamzah bin Abdul Muttalib
    40. Harits ibn Abdul Muthalib
    41. Huzaifah Al-Yamani
    42. Ikramah ibn Abu Jahal
    43. Ja'afar ibn Abi Thalib
    44. Julaibib
    45. Khabbab ibn al-Aratt
    46. Khalid bin al-Walid
    47. Miqdad Al-Aswad
    48. Muaz ibn Jabal
    49. Muawiyah ibn Abu Sufyan
    50. Muhammad ibn Maslamah
    51. Mus'ab ibn Umair
    52. Nu'man ibn Muqarrin
    53. Nu'man ibn Basyir
    54. Nuaim ibn Mas'ud
    55. Rabiah bin Ka'ab
    56. Ramlah binti Abu Sufyan
    57. Rumaysa binti Milhan
    58. Sa'ad ibn Abi Waqqas
    59. Sa'ad bin Ubadah
    60. Sa'ad ibn Muaz
    61. Said ibn Amir al-Jumahi
    62. Said ibn Zayd
    63. Salim Maula Abi Huzaifah
    64. Salman Al-Farisi
    65. Suhaib Ar-Rumi
    66. Suhail ibn Amr
    67. Talhah ibn Ubaidillah
    68. Thabit ibn Qais
    69. Thumamah ibn Uthal
    70. Ubaidah al-Harits
    71. Ubay ibn Ka'ab
    72. Umair ibn Sa'ad al-Ansari
    73. Umair ibn Wahab
    74. Ummu Salamah
    75. Uqbah ibn Amir
    76. Usamah ibn Zaid
    77. Utbah ibn Ghazwan
    78. Uwais Al-Qarni
    79. Zayd ibn Khatab
    80. Zaid ibn Harithah
    81. Zaid ibn Thabit 
    82. Zubair ibn Awwan








    Wahai Rasulullah, Engkau telah mendapat sahabat-sahabat terbaik sepanjang zaman :)

    10 sahabat di janjikan syurga

    0
    COM
    ya Allah, bagaimana perasaan anda jika anda di angkat menjadi pemerintah tertinggi di dalam negara anda? pasti anda merasakan begitu gembira. begitulah juga perasaan mereka ini kerana mereka bukan sahaja diangkat ketempat yang tinggi tapi ke tempat yang sebaik-baiknya yang di janjikan Allah S.W.T..mereka adalah :

    1. Abu Bakar ash-Shiddiq
    2. Umar bin Khatab
    3. Uthman bin Affan
    4. Ali bin Abi Thalib
    5. Thalhah bin Ubaidillah
    6. Zubair bin Awwam
    7. Sa`ad bin Abi Waqas
    8. Said bin Zaid 
    9. Abdurrahman bin Auf 
    10. Abu Ubaidah Abdullah bin al Jarh  

    “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (QS. At-Taubah : 100)