Kisah jasad yang mulia

0
COM
Kisah jasad yang mulia.

1. 'Pedang Allah' Khalid al-Walid tidak pernah kalah dalam siri sejarah peperangan beliau sewaktu belum memeluk Islam dan tika memeluk Islam. Sahabat bertanya bagaimana kamu melakukannya, lalu Khalid al-Walid membuka serbannya lalu beliau menunjukkan 3 helai rambut Rasulullah.

2. Tika Rasulullah bercakap, ada sahabat yang duduk berdekatan dengan Rasulullah agar air liur dari mulut Rasulullah terkena muka sahabat.


3. Ada sahabat Rasulullah yang punyai anak perempuan yg kasar/berperwatakan kasar. Lalu si sahabat tersebut datang mengadu kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah mengambil roti dan dikunyah, lalu roti tersebut diberikan kepada sahabat tersebut utk diberikan kepada anak perempuan. Keesokan, anak perempuan berubah.

4. Dalam satu peperangan, tika itu ketiadaan air utk minum. Lalu Rasulullah merendamkan tangan dalam air yg sedikit, lalu diangkat tangan baginda. Maka keluar air dari celah-celah tangan Rasulullah.

5. Zaman sekarang, masih terdapat beberapa barangan milik Rasulullah. Persoalannya, adakah betul barangan tersebut milik Rasulullah? Jawapannya betul kerana zaman kegemilangan Islam kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah, mana-mana pemerintah yg diangkat dan ditabalkan menjadi sultan/penguasa, beliau/baginda perlu memegang salah satu barangan milik Rasulullah sebagai simbolik.

6. Kisah jasad mulia yang hampir dicuri oleh 2 orang Nasrani. Terjadi tika zaman pemerintahan sultan Nuruddin Mahmud Zanki yang memerintah di Syria. Kisah yg hebat oleh sultan soleh.

Jom kuasai sirah Rasulullah. Kita adalah umat baginda. InsyaAllah.
Allahumma solli ala saidina muhammad.