Khabar

0
COM

Angin petang meniup helaian rambut. Tenang melihat dedaun dibuai angin senja. Nun jauh sana, tergambar lukisan mentari sedang menuju ufuk senja. Dia masih duduk bersimpuh si atas parking buluh, dibawah pokok rendang. Hanya menunggu saat menuju senja.

Dia cukup tenang melihat pemandangan ini. Mana tidaknya, bertahun merantau di negeri orang, akhirnya kembali ke tanah sendiri. Bak kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun negeri orang dipenuhi tempat yang cantik, kembali ke kampung halaman adalah satu nikmat yang tidak mampu diungkapkan.

Dalam melayan keindahan alam, dia tanpa sengaja melirik satu persatu watak dalam pita kehidupannya. Ada sahabat yang baik, ada sahabat yang tersangat baik. Namun, lumrah alam ada yang datang dan ada yang pergi. Termasuk pergi selama-lamanya.

Kerap kali dia senyap tanpa berita. Namun semakin hari, makin dia sunyi tanpa sebarang jejak. Bukan apa, dia masih belum bersedia menerima takdir disuratkan kepadanya. Dia cuba membawa diri jauh dari dunia fantasi ciptaan sendiri, namun apabila dia meniti diatas tali masa, acap kali kaki tersadung ke kenangan lama.

Satu wajah terus memainkan simfoni difikirannya. Makin lama, makin jelas gambaran wajah itu. Dia menutup mata sekemas-kemasnya, supaya wajah itu berlalu seperti angin senja yang bertiup nyaman. Namun, usah dikata hilang, makin jelas gambaran wajah di benak hingga di hampir sahaja mengalirkan air mata.

Satu perasaan mula meresap kedalam jiwa. Dingin, hangat. Perasaan bercampur baur. Ada rindu, ada marah, ada geram, ada kesian, ada gembira, ada duka, ada suka. Namun akhirnya, perasaan itu bertukar satu harapan. Harapan yang tinggi menggunung. Dia menguis-uis kaki ke tanah. Satu cara dia menunjukkan perasaan yang kekal tersangat.

Cengkerik mula berbunyi, mengisyaratkan bahawa malam menjengah kembali. Seperti biasa, masa terlalu pantas berlalu. Dia dongak ke awan, sambil berbisik. Apakah sahabat mengingatiku seperti aku mengingati sahabat? Soalan sama diulang banyak kali hingga tidak perasan matahari sudah tenggelam.

Dia bingkas bangun, mengambil selipar. Berlari-lari anak diatas batas. Sampai ke basikal, dia berdiri disisi basikal buat sementara waktu. Mendongak ke langit sekali lagi.

"Ya Allah, tabahkan dan sabarkan hati ini. Aku merindui dia, tapi aku lebih merindui rahmat dan ehsanMu. Semoga dipermudahkan urusanku. Sampaikan salamku kepada dia sahabatku"

Dan dia menaiki basikal, menuju lorong denai kecil kembali ke teratak.

Sekian,

Coretan jalanan, 29 mei 2015
hijau bumi tuhan
khabar dari kampung