Sahabat, dengarlah :)

0
COM

Sahabat, rindu itu...

Tika terdetik satu perasaan, perasaan yang mana kau teringatkan seseorang. Perasaan itu ditujukan kepada keluarga mahupun suami isteri, sahabat ataupun orang istimewa, itu tandanya kau rindu seseorang. Analoginya, rindu itu ibarat hembusan angin di benak malam. Kerna tika angin berhembus, badan segar sementara. Apabila angin berhenti, badan kembali terasa bahangnya. Rindu itu juga memancarkan sirna wajah kedalam lubuk ingatan. Lembut bayu menyapa wajah. Alangkah indah bila dirindui dan merindui. Alangkah.

Sahabat, cinta itu...

Jika ditanya berkenaan cinta, aku kira diri ini sangat fakir dalam isu hati. Dulu mungkin hebat bermadah, namun sejak aku menemui tapak baru, dunia itu aku tinggalkan sejauhnya.  Aku pasakkan kebergantungan kepada Allah. Hanya Dia yang memegang hatiku ini. Biar orang tinggalkan kita, biar orang tidak memilih kita, biar keluarga dia tidak terima kita, biar kita hina dimata dia. TAPI! Jangan kita hina dimata Allah. Walaupun kau dicaci, dibenci, dihina  dan dikeji oleh orang yang kau suka, jangan bertongkah sayap.

Sahabat, sakit itu...

Sakit mengajar erti kehidupan. Sakit mengajar erti terus cekal. Sakit mengajar erti memilih peluang dan ruang yang terbaik. Mencari solusi agar keluar dari kancah kesakitan. Mencari tali hayat kepada pelampung nyawa.

Sahabat, tenang itu...

"...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (surah ar-Rad : 28)
Carikah ketengan tika :

1. Beribadah
2. Baca al-Quran
3. Lalukan kerja dakwah
4. Bangkitkan hobi dan minat

Sahabat, kau dan aku Allah ciptakan dengan perkara yang sama iaitu aqal. Tentukan jalan yg sangat dituntut. Selamat malam.

Coretan jalanan,
30 Mac 2015
0113 Malam