untitled bla bla bla,

1
COM

1.

terduduk di penjuru katil, termenung. terasa penat, ubah tempat duduk. ke kerusi, sambil lihat senarai kerja yang belum selesai. syukur, hampir kesemua selesai. hanya tinggal pencarian bilal solat jumaat. allah bagi aku sibukkan diri, tersangat sibuk. supaya aku mampu fokus pada gerak kerja Islam.

termenung,

ya Allah, patutlah TG Yusuf Rawa, as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, almarhum TG Harun Tayyib hatta TG Nik Abdul Aziz dikurniakan syahid di dunia. kerna hidup mereka dilimpahkan seluruh jiwa raga kepada Islam. dalam pemikiran mereka, hanya agama. tidak hairan mereka syahid seperti syahidnya Sheikh Ahmad Yasin, ataupun dipenjara jasad seperti Dr Morsi namun batin mereka bebas seperti burung-burung di udara.

termenung,

sahabat datang lagi. tapi kali ini sahabat penggerak dakwah disini. taklifan diberikan kepadaku membuat aku makin matang memikirkan masalah umat. teringat satu kata-kata ini :

"aku merindui pemuda/pemudi yang setiap masa dalam hidupnya memikirkan masalah umat" - Imam Hasan al-Banna

hampir menitis air mata. siapa pemuda yang disebut as-syahid sheikh imam hasan al-banna kalau bukan diriku?

titik.

2.

"abang min, macam mana nak buat ni?", adik su lajnah bertanya kepadaku.

"begini begini begini", terangku sambil tersenyum.

aku suka tengok muka dia. muka shiham. orangnya baik. adik yang baik. insyaAllah, aku akan kaderkan dirimu menjadi kader agama yang hebat. sehebat umar ataupun abu bakar. ataupun kau mahu menjadi khalid? hebat strategi perang. shiham, dirimu mampu aplikasikan strategi khalid dalam politik semasa, mengalahkan musuh Islam yang mencanang negara Malaysia sekarang.

3.

"min, bila seseorang berzina, adakah solatnya diterima?", tanya seorang sahabat.

terpana. tidak mampu aku jawab soalan itu. aku bukannya sefaqih ahli agama. bukan tempat rujukan. aku baru mengorak langkah untuk berubah. cepat-cepat aku tukar soalan tersebut kepada analogi supaya dia faham. si bertanya mampu faham sebaiknya.

aku bukan ulama. aku professional yang menyokong ulama. dari kejuruteraan kepada perubatan. sangat lain. namun, lembayung aku dan kau adalah ulama. disitu tempat rujukan kita sebenar

4.

"min, ni ehem-ehem ni. taknak tegur ke?", usik seorang sahabat muslimat. diorang gelak. si ehem-ehem tersenyum sipu-sipu.

aku hanya senyum. senyum meleret tersipu-sipu malu. siapa tak malu kalu diusik dengan muslimat? tapi aku tetap senyap. hahaha.

disini, perang sudah bermula untuk mencari pasangan hidup. aku senyum melihat gelagat adik-adik. kadang kala, yang sempat aku nasihat. aku nasihat. tapi tetap ada terlepas pandang.

5.

bilik aku menghadap banjaran titiwangsa.sungguh, setiap pagi allah hamparkan pemandangan yang indah. sangat indah. menghijau sejauh mata memandang. hanya allah tahu betapa hati itu merindui saat dahulu. saat mula-mula aku melibatkan diri ke dalam usrah.

usrah?

:)

sekian,
kalam pemuda
0049
September 18 205

tidak bertajuk 1

0
COM

aku masuk ke bilik mesyuarat. katanya ada perjumpaan. aku mengikut sahaja. kerna aku pelatih baru. segala peraturan harus diikut. sampai sahaja, aku lihat ramai muka-muka baru. allah, ramainya perlu aku taaruf. ada antaranya sudah kenal, ada antaranya perlu kenal.

aku labuhkan sandaran  ke kerusi di belakang meja, tapi aku disuruh kehadapan. rapat dengan meja. aku mengikut sahaja. detik sela masa berjalan, seorang demi seorang masuk. akhirnya presiden masuk. terus ke meja. senyumannya, mukanya. sungguh membuatkan aku senang.

dia mulakan mesyuarat. kata-kata dan ayatnya sungguh tertib. syukur. dari caranya, dapat aku simpulkan dia seorang yang sangat lembut dan teratur. sukar marah dan penyabar. sepanjang tempoh pengenalan, dia terangkan beberapa kerja persatuan/kelab ini. aku tetap tekun walaupun ada mata melihatku.

akhirnya, saat diumumkan ajk penggerak sesi 7/2015. seorang demi seorang disebut oleh tuan presiden. bermula dari mt, exco dan biro. usai pembentangan nama dan jawatan mt, aku lega dan mengeluh panjang. saat ini pula dilafazkan senarai exco sesi 7/2015. dari satu exco kepada exco lain, namaku tiada. sampailah.....

aku seakan tidak percaya. mahu ditelan air liur, kering di tekak sahaja. aku tergamam, tunduk ke bawah meja. terfikir. berligat kotak fikiran berfikir bagaimana nanti aku mahu hadapi kawan-kawan? apa persepsi mereka kepadaku? apa yang aku mahu katakan?

aku senyap sepanjang mesyuarat. aku tekad, selepas mesyuarat mahu bertemu presiden. tapi dia tahu dan dapat menghidu gerak feel aku. akhir mesyuarat, dia lontarkan beberapa potong ayat dari al-Quran seperti :

Surah Muhammad, Verse 7 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Surah As-Saff, Verse 10 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"

Surah As-Saff, Verse 11 :

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"

juga beberapa cerita berkenaan perjuangan rasulullah. aku mula bertambah membukam.

secara sah dari hari tu, hingga hari ini. aku ditaklifkan amanah yang tersangat besar. banyak suara-suara sumbang namun aku tetap berjalan. sungguh sahabat, aku tidak impikan jawatan jauh sekali mahukan jawatan. cukup aku sebagai hamba dalam gerak kerja dakwah. aku kader gerakan islam. aku ditanam sifat bekerja kerana allah, bukan jawatan.

tapi, setiap perancangan allah ada hikmahnya. aku terima dengan hati terbuka. mula mencorak langkah demi langkah. insyaAllah, antara
pelajaran dan dakwah. dua-dua penting kepada aku. insyaAllah. aku cuba sebaiknya membawa amanah ini. aku tidak mahu diri dhaif ini diserang oleh tomahan orang.

ps : taklifan yang sangat besar. insyaAllah aku akan cuba.

(ada seorang muslimat yang bagus caranya, baik katanya, manis perwatikannya. aku lihatnya selalu hadir ceramah anjuran exco aku, hadir usrah anjuran exco aku. hebatnya muslimat ini)

kalam pemuda,
0158 pagi
16 september 2015

infiru kifafan wa tsiqala! istiqamah hingga kemenangan!