Kasih Syurga 3

0
COM



~~~~~~~~~~~
Kasih Syurga 3
~~~~~~~~~~~

Matahari kian meninggi atas kepala.

Aiman membaringkan dirinya atas parking. Kak Farah sudah masuk ke dalam rumah, menyiapkan barangan untuk memasak. Mak Timah pula mahu mencari daun Kesum belakang rumah. Nak masak Asam Pedas kegemaran Aiman.

Kembali tenang. Hanya kicauan burung sahaja yang didengari di corong telinga. Teringat pula lagu UNIC - Hakikat Bahagia.

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang

Ya, sentiasa mengingati Allah. Itulah kunci ketenangan Aiman sekarang.

Akhirnya dia terlena dibuai angin.

Lama juga terlena, hampir setengah jam.

Akhirnya Aiman tersedar bila Wan, sahabat baik di kampung, datang ke rumah mengajaknya solat zohor di masjid. Sambil bangun, Aiman mengesat mata yang berair. Dia pasti, dia mimpikan sesuatu tadi. Sesuatu yang mengganggu hatinya. Mengganggu sanubarinya. Mengganggu perasaannya.


Aiman terus meneka, mesti termimpikan kejadian langgar lari arwah ayahnya. Aiman pasti, kerana tiada mimpi yang lebih mengganggunya selain mimpi ini. Bertahun lamanya.


"Aiman, cepatlah! Dah nak azan! Kau tu dah la jalan macam kura-kura." sindir Wan sambil tangannya membuat bentuk kura-kura berjalan lambat.


Aiman menjeling, mengetap bibir.

"Dah puas hati sindir aku? Aku letih, balik dari sawah. Kau apa tahu? Asyik mengurat je kerjanya." kali ini sindran yang pedas sedikit. Si Wan pula terkedu.

Akhirnya, sama-sama tergelak.

Aiman bingkas bangun, menuju ke dapur. Bersiap untuk ke masjid bersama Wan.

"Tunggu 5 minit. Aku siap-siap kejap." laung Aiman.

Aiman masuk ke dalam rumah. Wan menunggu di atas parking.

Begitulah kehidupan desa dari hari ke hari Aiman.


~~~~~~~~~~~~
Bersambung
~~~~~~~~~~~~


Kasih Syurga 2

0
COM


~~~~~~~~~~~
Kasih Syurga 2
~~~~~~~~~~~

Kakak Aiman datang, menyakat dari belakang. Mak Timah pula yang melatah. Berderai tawa mereka. Sama-sama geli hati melihat telatah sendiri.

"Akak, kalau akak tak kacau saya sehari boleh tak?", rungut si adik. Bukan apa, kadang-kadang rindukan gurau senda kakaknya itu. Tapi, bila dah selalu dikacau naik geram pula. Sekali lagi, si kakak buat muka. Bertambah geram Aiman.


"Aiman, betul apa mak cakap. Apa salah kenal-kenal si Syuhada tu". Usik Farah. Dia tahu sangat taste Aiman. Suka perempuan bertudung labuh, berjubah. Muslimah katakan.

Tambahan lagi, dia kenal benar Syuhada. Dulu, pernah juga Farah ke rumah Pak Su Mat kerana ingin mengulang kaji dengan kakak si Syuhada. Sama kelas sains.

Tapi, lain pula difikirkan Aiman. Jauh tersimpang dari apa yang ada di lubuk hati remaja tu. Tidak dapat diungkap oleh kata-kata. Setiap hari, dia mentajdid niatnya. Tiada istilah nikah dalam benaknya. Sebaliknya, apakah bakti yang sudah diberikan kepada Mak Timah. Walaupun, jika diukur dari segi kebendaan sudah disediakan sebaiknya kepada ibu. Tapi, tetap dia berasakan ada sesuatu yang belum mencukupi bagi membahagiakan ibunya itu. Ibu kesayangannya itu.


Allah, murni sungguh hati pemuda itu. Sungguh!

Kali ini, dia berazam mahu berbakti kepada tanah peninggalan arwah ayahnya. Tanah tidak luas, hanya sekangkang kera. Hasilnya cukup untuk mengenyangkan perut tiga beranak. Lebihan hasil, disediakan kepada sesiapa yang bertandang ke rumah mereka.

Ibunya sering menyuruh Aiman mencari kerja yang sesuai dengan taraf pendidikan. Jika bukan jurutera, pasti dia dapat berkhidmat dalam bidang pendidikan. Dan setiap kali itu jugalah Aiman mencari elah. Jawapan koman yang sentiasa meniti di bibirnya adalah "tidak puas lagi berada di rumah" ataupun "nanti saya akan cari kerja mak". Berbuih mulut ibu, tapi tetap ke bendang.

Bukan apa, Aiman risau jika ibunya pengsan sekali lagi. Kerana penyakit ibunya tidak mengenal masa. Penyakit Mak Timah sampai sekarang Aiman simpan dari pengetahuan ibunya walhal kakak kesayangannya juga.


~~~~~~~~~~~~
Bersambung
~~~~~~~~~~~~