Al-Ghuraba'

0
COM

Tatkala melirik kembali sirah perjuangan Rasulullah, ada air mata bercucuran. Rindu itu berat ditatang. Semakin ditangis, semakin kuat rindu mencengkam. Ya, sungguh Rasulullah sangat menitik beratkan ummah berbanding dirinya. Hinggakan duri dan kaca hanya mainan semata. Ya Allah, sungguh dirimu terlalu mulia.

Saban hari, kita melihat kepada dunia semakin berputar. Berputar mengikut arus pemodenisasi. Semakin moden dunia, semakin hilang nilai kemanusiaan. Hilang nilai, maka hilanglah sifat ehsan dalam diri individu. Akhirnya manusia hilang pertimbangan, sanggup berbuat apa sahaja. Sehinggakan tidak tercapai dek akal fikiran.

Dalam keghairahan penguasa menguasai politik dan ekonomi, masih ada insan yang bangun dari kemelut jahiliyyah. Mereka bangun dalam bentuk kumpulan supaya mereka saling kuat menguat untuk melakukan kerja ini. Mereka terlalu sedikit hingga diibaratkan umpama permata di dalam timbunan kaca. Berkilau, bersinar dalam timbunan tajam.

Surah As-Saff, ayat 4:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"

Persoalannya, siapakah mereka?

Mereka membawa mesej Islam tatkala agama dipandang senget oleh dunia. Mereka menolak segala bentuk jahiliyyah moden hinggakan ada dituduh, diseksa, ditahan dan dibunuh. Tapi mereka tetap berpegang pada jalan yang satu. Jalan yang menghubungkan rentetan kisah perjuangan mereka. Jalan yang akhirnya bertemu titik Rabb. Bertemu redha Allah. Jalan yang destinasi akhirnya adalah mardhatilah.

Mereka adalah golongan "ghuraba" yang dipanggil "golongan asing".

“Sesungguhnya Islam datang secara ghuraba' dan akan datang kembali secara ghuraba'. Maka berbahagialah orang-orang ghuraba' itu"

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw,

"Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?”

Lalu Rasulullah menjawab,

“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR Muslim)

Siapakah "ghubara" dalam hadis Rasulullah? Ghuraba adalah manusia yang membawa/memperjuangkan agama Islam di akhir zaman hinggakan dunia melihat jijik kearahnya. Hinggakan ada diantara mereka yang bertemu syahid. Mereka percayakan kata-kata Allah dan RasulNya, sehinggakan menolak dunia demi akhirat. Mereka yang ikhlas berjuang kerana Allah.

Kemanakah destinasi ghuraba? Pastinya destinasi akhir adalah syurga dan matlamat akhir adalah mencapai mardhatilah. Mereka memilih untuk berada dalam satu kelompok, dimana kelompok tersebut diinjak dan disepak terajang oleh pemerintah. Namun, demi sebuah kelompok yang dinamakan Harakatul Islamiyyah Fil Maliziya, mereka menidakkan batil dan menegakkan hak di atas muka bumi.

Mampukah aku?

Persoalan timbul bilamana seseorang bermonolog dalam dirinya, "mampukah aku tergolong dalam golongan ghuraba? Sedangkan aku bergelumang dengan dosa". Jawapan datang tatkala persoalan bermain di fikiran. Jawapannya "Ya, anda mampu". Saat anda berasa untuk berubah, teruskan niat tersebut. Biar dipandang serong oleh sekeliling, jangan dipandang jijik oleh Allah. Kita memburu redha Allah, bukan termangu redha manusia. Kita tidak lemah kerana manusia, tapi semakin kuat kerana Allah.

Perlu diingatkan, ini bukanlah solusi yang mapan dan holistik yang anda cari. Tapi sekadar sisi pandangan peribadi. Diri ini hanya juga insan kerdil, membawa mesej untuk Islam. Kerana diri ini tahu, saat anda ingin berubah anda kehilangan punca untuk bermula. Saat itu, cari bulatan kegembiraan ataupun usrah. Usrah membawa kita rapat kepada Allah.

Wallahualam.

Usrah jalanan
Jam 1203
14 Januari 2015

Contengan jalanan

0
COM
"assalamualaikum..."

masih diam seribu bahasa.

"apa khabar?.."

tetap diam seribu bahasa. hanya last seen menandakan msg sudah dibaca.

"cuti dah habis, bersedia untuk tahun 4 di maktab?"

msg tetap ditulis walaupun pembacanya bisu. kerna dia tahu, x semestinya senyap itu tidak peduli. tapi dia tahu senyap kali ini bermakna.
terfikir...

"study molek utk this semester. dapatkan pointer dekan sekali lagi. bukan senang, kene betul-betul struggle. tapi tahun 3 dah boley, tahun 4 ni pasti kene boleh."

akhirnya, ikon wassap bertukar. typing....tapi, kembali sunyi.

"saya tahu awak marah, sedih. saya minte maaf"

hanya itu yg mampu diucapkan. luka masih terasa.

"hmmm..saya bagi analogi. cam selalu saya cakap. penah pegi pantai? perasan tak kekadang air pasang, kekadang air surut? camtu la kehidupan. kekadang kita hepi sebab ramai org yg kita sayang berada di sekeliling kita. tika itu air pasang dan menghempas galak gigi pantai. percikan air hingga kita yg lari dari ombak pun masih terkena. tp tika air surut, ombak seakan malu menampakkan diri. dalam kehidupan, saat tu org sekeliling kita pegi dari hidup kita. jangan awak bersedih, kerna Allah akan gantikan dengan lebih baik. saya sorang je pegi, Allah gantikan 10 orang yg sama spt saya. tiada kekurangan pun dalam kehidupan awak tanpa saya"

panjang lebar tazkirah tengah malam. tapi si pembaca tetap membatu.

"saya serahkan hati ini kpd Allah. doa saya semoga awak berbahagia selalu disampingnya. saya tetap teruskan berjalan, n kejar ape yg dah ketinggalan dulu. kita mungkin berbeza, tp ketahui satu perkara yg luka di hati terlalu susah dirawat. bukan dendam tapi kesedihan. insyaallah, tiada dendam antara kita"
msg bertaip kembali, dihantar kepada si penerima. double tick sekali lagi.

hening seketika.

akhirnya

"waalaikummussalam..."

si dia akhirnya membalas wassap dia.

syukur.

Bersambung....

Coretan jalanan
Jam 0116
7 Januari 2015