baitul muslim + baitul haraki = individu muslim
tertarik untuk membincangkan satu lagi idea yang diketengah oleh sahabat :
bagaimana membina baitul haraki diatas asas baitul muslim?
assalamualaikum,
saya mulakan dengan sepotong ayat dari surah yasin :
surah yasin : 36:
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
"maha suci tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya"
sebelum pergi lebih jauh, ingin saya terangkan bahawa baitul muslim adalah rumah tangga muslim yang dibina diatas batu asas nilai-nilai islam. akan tetapi, kehebatan baitul muslim dapat dilihat bilamana kedua-dua pihak dalam rumah tangga mempunyai kesedaran untuk menggerakkan agenda agama, akhirnya zauj dan zaujah memperkukuhkan tiang baitul muslim dengan masing-masing membuat gerak kerja islam dan jemaah. disinilah terbinanya nama baitul haraki.
saya bukannya yang terbaik bercakap mengenai idea ini namun ingin saya kongsikan sesuatu sebelum pembinaan baitul muslim dan baitul haraki.
saya sendiri tidak ingin berbicara lanjut mengenai baitul muslim mahupun baitul haraki, tapi ingin saya undur setapak kebelakang. dimana tapak yang perlu kita berikan perhatian, individu muslim.
dalam senarai maratib amal karangan as-syahid iman hassan al-banna, beliau menerangkan tujuh ciri-ciri pembinaan maratib amal. antaranya :
1. individu muslim
2. baitul muslim
3. masyarakat muslim
4. negara muslim
5. daulah islamiyyah
6. khilafah islamiyyah
7. istaziyatul alam
poin yang perlu kita titik beratkan bukanlah baitul muslim, akan tetapi individu muslim. apa itu individu muslim? ia bermaksud diri kita yang menjadi islam dahulu, beramal dengan cara islam dan segala perbuatan kerja amal kita dalam ruang lingkup islam.
adakah kita sudah mencapai taraf individu muslim?
kembali koreksi diri. dimana solat kita, bacaan quran, puasa sunat, tahajjud dan lain-lain. dimana kem, program tarbiyah yang dianjurkan oleh pimpinan atas, bagaimana penglibatan kita? program tamrin, muqayyam dan lain-lain lagi perlu diperkemaskan di peringkat diri sendiri.
adakah kita sudah berjaya melaksanakan perkara-perkara wajib sebaiknya? bagaimana? bukankah susah kerjanya?
jika susah, ya! anda menemui jalan kesusahan kita. jalan dimana kita perlu berubah untuk mendapat gelaran individu muslim. jalan dimana orang yang hebat bermula, dimana orang yang baik bermula. kita terlalu berangan-angan ingin membina baitul muslim yang unggul, hebat tapi sebenarnya semua itu bermula dari tarbiah diri sendiri. berhijrah sahabat-sahabatku. kembali kepada permulaan dimana kita memikirkan semua perihal dosa mahupun pahala.
memang hijrah merupakan jalan yang paling susah untuk dilalui. hijrah bukan seperti makan, hijrah itu perlukan pengorbanan yang tinggi. dalam peristiwa hijrah rasulullah pun, saidina ali bergolok gadai nyawa hampir dibunuh dan saidina abu bakar dipatuk binatang berbisa.
sahabat, membina individu muslim perlukan beberapa peringkat. tidak perlu berubah seratus peratus. kerna kita manusia, punyai tahap istiqamah. jika kita berubah secara drastik. ada yang terkesan dengan perubahan itu, akhirnya menjadi buah mulut sekeliling. mulakan secara perlahan, sediakan senarai semak ringkas. permulaan hijrah, lebih kepada persiapan diri untuk menjadi individu muslim. perkemaskan ibadah-ibadah sampingan seperti solat rawatib, solat sunat hajat, sedekah, senyum dan lain-lain lagi. istiqamah dalam melakukan beberapa perkara sunat yang dekat dengan kita.
poin kedua, doa. lumrah sebagai hamba yang berlayar diatas muka bumi, sentiasa mengharapkan redha dan pertolongan dari allah. tali pengikat kita dengan pencipta adalah doa. perbanyakkan doa supaya hati terus tabah dan qawiy melaksanakan ibadah. doakan juga semoga allah melahirkan rasa manis dalam ibadah kita, agar kita rajin beribadah.
perbezaannya, individu muslim bermula diri kita sendiri. bilamana individu muslim muslimin bertemu individu muslim muslimat, maka baitul muslim terbina. disinilah kedua-dua memikirkan untuk terus membina baitul haraki ataupun cukup sekadar baitul muslim.
dapat saya rangkumkan dan permudahkan bahawa pembinaan individu muslim itu sendiri punyai beberapa poin :
1. hijrah
2. praktikkan ibadah sunat
3. istiqamah
4. doa
إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ...
“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya..”. (HR Bukhari dan Muslim)
setiap perbuatan bermula dengan niat. niatkan penghijrahan diri kita kearah individu muslim kerana allah, dengan izinnya dipermudahkan kearah itu. semoag kita beroleh redha dan rahmatnya.
bi-iznillah, fi-hifzillah, fi-amanillah
kalam pemuda,
0026 pagi
30 november 2015
perasaan?
kekadang perasaan tu seperti angin, kejap ade kejap takde. analogi yang tersangat mudah. angin? nape angin? dah takde analogi lain? haa...mari nak kongsikan disini.
angin ni...
masa dia ada, punye la bertiup hingga terasa lega seluruh badan. masa dia takde, mula la kite mencari. kekadang tu kita pasang kipas sampai nombor empat pun, tetap terasa bahang. angin? masa ade ni kita tak pernah bersyukur, tapi bila dah takde angin mula kita merungut dan berdoa kepada allah supaya diadakan angin.
begitulah perasaan...
perasaan tu, ada ketikanye baik, ada ketikanye tidak baik. bergantung kepada mood seseorang. bila perasaan dalam keadaan baik, kita mudah lupa bahawa allah yang memberi kebaikan itu. tatkala perasaan tidak baik, kita mula la merungut tak tentu pasal. salah sini, salah sana. semua orang kita nak salahkan. padahal kite jugak yang tak faham term 'ujian perasaan' tu.
wahai sahabat...
perasaan ni kompleks. sekali terusik, bertahun nak sembuh(wah! dah pandai bermadah. hahahaha). itulah perasaan. sangat lembut, sangat keras. berbeza perasaan muslimin dengan muslimat. muslimin ni, kekadang perasaan dia wat-wat keras, tapi sebenarnye lembut cam kapas. hehe. muslimat lak, ada kekadang dia buat je lembut padahal dalam hati tu, perghhh keras macam batu gajah. (annoying giler mamat ni)
sebagai contoh...
kau minat la sorang muslimat ni. kelas a, tiptop! muka pergghhh, pandai, baik, bijak dan esetra esetra. kau dah usha dia, dia pun bagi respon baik. tapi kau takut nak bertindak. last-last kau tengok orang lain kacau jalan kau. mendidih tak? mendidih woi. hehehe. ndak la. tapi mesti ada sikit perasaan tu sedih, nak marah. tapi, rupanya sorang lagi yang minat si dia pun kawan laki kau yang kau baik kat hostel, dalam kelas, pergi jogging dan lain-lain lagi. perghhh....mendidih oi, mendidih....bayar arrr...hehehe.
nak lagi contoh....
kau pigi dinner, then kau maman dengan member sampai habis. habis dinner, ada sesi tangkap gambar. kau punye la nak bergambar dengan si die(kononnye la) tapi segan nak mintak. kau tunggu je mase sesuai. tapi tak berani nak minta bergambar. last-last, truuuuutttt datang kawan kau melenggang pi tangkap gambar dengan die. siap buat macam-macam gaya. fuhhh, menyirap..hahaha.
perasaan?
allah ciptakan manusia dalam keadaan berpasang-pasangan. begitula juge allah letakkan serupa dari kalangan kite tu perasaan. perasaan tu lumrah. kau nak lari ke mane pun, ada perasaan mahu memiliki dan dimiliki. bila hadirnye perasaan tu, maka kita akan reflek diri kite 360 darjah. ye, bukan mudah nak larikan mata tu, haaaa mate. mata......dari selalu tengok dia. nak-nak dekat. susah boh!
dan jika jatuh cinta, teruskan ke step kedua. jangan tunggu lama-lama, nanti dikait orang. hehehe.
ape perlu buat?
perasaan, ubat dia hanya zikir dan alquran. ye, hati tu sifat dia berbolak balik. oooiii hati...sabar la dulu dari nak gundah gulana pun.
"ketahuilah, dengan mengingati allah hati akan menjadi tenang" (ar-rad' 28)
kau berserah kepada allah perihal perasaan. jangan bimbang, bende dah tertulis dia atas sane. luh mahfuz dah tercatat semuanyer. sungguh, hanya allah tempat kite nak berserah dan berdoa. kau ada perasaan kat dia? suka dia? lau ada perasaan, perhebatkan doa. supaya allah dengar doa kita. selalu berzikir dan solat, baca alquran.
kesimpulan, perasaan mampu kita kawal. cuma bagaimana kita kawalnye? hari-hari tengok gambar dia, lalu kau mengadulah kat allah. allah ada dan maha mendengar doa hambanya.
allah, allah, allah. perasaan?
kalam pemuda
12 november 2015
0059