Kasih Syurga 1



~~~~~~~~~~~
Kasih Syurga 1
~~~~~~~~~~~

Jam 10.30 pagi.

Aiman sampai ke parking depan halaman rumahnya, meletakkan cangkul dan sabit bawah pokok Pulai lalu melabuhkan punggung di sebelah tepi parking menghadap ke sawah. Tenang, nyaman. Allah sahaja yang tahu bertapa nikmatnya tenang ketika ini. Mak Timah perasan anaknya sudah pulang dari sawah, terus dibuatkan air. Sang ibu tahu, anaknya pasti dahaga. Selesai sahaja, dibawanya kepada Aiman yang tengah leka atas parking sana.


"Man, apa kau buat tu? Ingat kat sape la tu??." usik Mak Timah.


"Ish mak ni. Kesitu pulak. Man saje je. Hirup udara pagi ni. Tenang je rasa. Dah lama tak balik kampung." ujar Aiman sambil menghirup kopi panas air tangan maknya sendiri. Manis, semanis senyuman Mak Timah.


"Iye ke kau ni? Padahal ingat kat anak dara Pak Su Mat hujung kampung tu." Mak Timah mengusik lagi. Saja, gurau anak beranak.


"Eh mak ni. Kesitu pulak. Man tak pernah pun jumpa anak Pak Su Mat tu. Yang Man tahu, nama dia Syuhada je. Sama tua dengan Man. Tapi kelibat budak tu pun tak pernah nampak". Terang Aiman panjang lebar.


Mak Timah hanya tersenyum mendengar penjelasan bab wartawan anak lelakinya.


Hari ini 10/10/2013, genap 3 tahun pemergian ayahnya. Hari ini juga, genap setahun Aiman graduate dari Universiti Malaysia Pahang jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Dengan gelaran status dekan, bukan calang-calang orang yang mampu gapai status tersebut dalam jurusan ini. Mak Timah hanya mampu menangis kegembiraan. Turun dari pentas, Aiman berlari-lari anak kearah Mak Timah. Lalu, dipeluk dan dikucup tangan ibu tua tersebut.


"Mak, ni adalah hasil berkat doa mak selama ni. Terima kasih mak! Pencapaian ini saya hadiahkan kepada mak. Mak pegang bunga dan slip keputusan saya ni, saya nak ambil gambar mak ni".


Bersungguh benar anak muda tu memujuk ibu. Mak Timah hanya menurut. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya bisikan hatinya sahaja.


"Abang, alangkah indahnya jika abang masih ada sekarang. Lihatlah hasil titik peluh dan didikan abang, Aiman sudah berjaya ketahap ini. Abang pergi meninggalkan satu permata paling berharga kepada saya. Permata hati saya, Muhammad Aiman"


Tumpah sekali lagi air mata ibu tua. Aiman perasan, cepat sahaja dia mendakap ibunya itu. Aiman faham dan tahu apa yang difikirkan oleh Mak Timah. Sudah kalih, sudah lali.

~~~~~~~~~~~~
Bersambung
~~~~~~~~~~~~


No comments:

Post a Comment