Berhenti Sebelum Tersasar..
-
Assalamualaikum sahabat2 blog ustazah... sihat semuanya...??? ustazah baru
lepas habis hantar 3 assignment ... lagi 3 assignment... hahaha.. kecian...
sape...
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq : Mengembalikan akidah umat Islam yang meruncing.
Kehidupan Awal :
- Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling rapat sekali.
- Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
- Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.
- Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah.
- Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.
- Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
- Beliau mendapat gelaran al-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W.
- Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W.
- Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Zaman Penuh Kegemilangan :
Semasa Rasulullah S.A.W. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Peristiwa Bersejarah :
- Peperangan Islam-Riddah : Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golonganRiddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
- Penaklukan Di Utara : Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
- Pengumpulan ayat-ayat al-Quran : Selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar as-Siddiq :
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengisyaratkan masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Pada Zamannya :
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
Kata-kata Mutiara Saidina Abu Bakar as-Siddiq :
- Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kalian melihat perbuatanku benar, ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah.
- Ah.. Aku ingin menjadi rumput saja, supaya dimakan oleh kuda (kerana sangat ngerinya akan siksaan Allah).
- Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu adalah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang yang benar adalah orang yang dapat dipercayai.
- Kami diuji dengan kesusahan, maka kami sabar. Tetapi ketika kami diuji dengan kesenangan (kemewahan), hampir-hampir kami tidak sabar.
- Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka, ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.
- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya .
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina .
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya .
- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga .
- Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :
- Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
- hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
- hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
- adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
1. Abbad ibn Bishr
2. Abdullah ibn Abbas
3. Abdullah ibn Amru
4. Abdullah ibn Hudhafah As-Sahmi
5. Abdullah ibn Jahsy
6. Abdullah ibn Mas'ud
7. Abdullah ibn Rawahah
8. Abdullah ibn Salam
9. Abdullah ibn Umar
10. Abdullah ibn Umm Maktum
11. Abdullah ibn Zubair
12. Abdur Rahman ibn Auf
13. Abu Ayyub al-Ansari
14. Abu Dzar al-Ghifari
15. Abu Musa Al-Asya'ari
16. Abu Hurairah
17. Abu Said Al-Khudri
18. Abu Sufyan ibn Al-Harits
19. Abu Ubaidah Al-Jarrah
20. Abu Darda'
21. Abul As ibn ar-Rabiah
22. Adi ibn Hatim
23. Ammar ibn Yasir
24. Amru Al-Ash
25. Amr ibn Jamuh
26. Anas ibn Malik al-Ansari
27. An-Nuayman bin Amr
28. At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
29. Aqil ibn Abi Thalib
30. Asma binti Abu Bakar
31. Barakah
32. Bara' ibn Malik al-Ansari
33. Bilal bin Rabah
34. Fairuz Ad-Dailami
35. Habib ibn Zaid al-Ansari
36. Hanzalah ibn Abu Umayr
37. Hajar ibn Adi
38. Hakim ibn Hazm
39. Hamzah bin Abdul Muttalib
40. Harits ibn Abdul Muthalib
41. Huzaifah Al-Yamani
42. Ikramah ibn Abu Jahal
43. Ja'afar ibn Abi Thalib
44. Julaibib
45. Khabbab ibn al-Aratt
46. Khalid bin al-Walid
47. Miqdad Al-Aswad
48. Muaz ibn Jabal
49. Muawiyah ibn Abu Sufyan
50. Muhammad ibn Maslamah
51. Mus'ab ibn Umair
52. Nu'man ibn Muqarrin
53. Nu'man ibn Basyir
54. Nuaim ibn Mas'ud
55. Rabiah bin Ka'ab
56. Ramlah binti Abu Sufyan
57. Rumaysa binti Milhan
58. Sa'ad ibn Abi Waqqas
59. Sa'ad bin Ubadah
60. Sa'ad ibn Muaz
61. Said ibn Amir al-Jumahi
62. Said ibn Zayd
63. Salim Maula Abi Huzaifah
64. Salman Al-Farisi
65. Suhaib Ar-Rumi
66. Suhail ibn Amr
67. Talhah ibn Ubaidillah
68. Thabit ibn Qais
69. Thumamah ibn Uthal
70. Ubaidah al-Harits
71. Ubay ibn Ka'ab
72. Umair ibn Sa'ad al-Ansari
73. Umair ibn Wahab
74. Ummu Salamah
75. Uqbah ibn Amir
76. Usamah ibn Zaid
77. Utbah ibn Ghazwan
78. Uwais Al-Qarni
79. Zayd ibn Khatab
80. Zaid ibn Harithah
81. Zaid ibn Thabit
82. Zubair ibn Awwan
Wahai Rasulullah, Engkau telah mendapat sahabat-sahabat terbaik sepanjang zaman :)
10 sahabat di janjikan syurga
1. Abu Bakar ash-Shiddiq
2. Umar bin Khatab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Thalib
5. Thalhah bin Ubaidillah
6. Zubair bin Awwam
7. Sa`ad bin Abi Waqas
8. Said bin Zaid
9. Abdurrahman bin Auf
10. Abu Ubaidah Abdullah bin al Jarh
“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (QS. At-Taubah : 100)
Subscribe to:
Posts (Atom)