Khalifah Umar al-Khattab : Pembebas Kota Al-Quds

Saidina Umar al-Khattab (عمر بن الخطاب), daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Bani Adi,Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.


Saidina Umar dilahirkan di Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.





Kehidupan Seorang Khalifah :



  • Saidina Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat AL-QURAN . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa : 
"Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar"



  • Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar"
  • Semasa Nabi Muhammad S.A.W., mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
  • Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah S.A.W., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
  • Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
  • Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Pemerintahan Seorang al-Faruq :




Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

  1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran 

  • Membentuk Majlis Syura - Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
    Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
    Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.
  • Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam - Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.
    Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.
  • Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah - Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
    Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

  1. Pembaharuan dalam bidang ekonomi - Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah.
    Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

  2. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

  • Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi - Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.
    Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.
  • Memperbaharui taraf kedudukan hamba - Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.
    Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.
  • Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran - Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

  1. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
  • Memajukan sistem pertanian - Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.
    Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.


    Mutiara Kata Khalifah Umar al-Khattab.

    1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya 
    2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina 
    3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya 
    4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga 

Khalifah Uthman ibnu Affan : Pemuda 'DZUNNURAIN' Dari Keluarga Rasulullah

Uthman bin Affan ( عثمان بن عفان ) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.





Kelahiran :


Saidina Uthman berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574 dan dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia.

Ketika itu beliau berusia 70 tahun dan memerintah empayar Islam selama 12 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat dibunuh.

Pada suatu ketika beliau menjadi kebanggaan suku kaumnya, malah sangat disanjungi, lebih-lebih lagi keluarganya berharta, namun selepas memeluk Islam beliau dicemuh ahli kaumnya yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Tetapi beliau seorang yang berani dan tidak berputus asa, malah selepas mendapat hidayah beliau tidak teragak-agak untuk berada di samping Rasulullah dan perjuangannya, walaupun ramai yang menentang.

Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Beliau mendapat gelaran Zin Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu Ruqayah dan kemudian dengan Ummu Kalthum selepas Rauqayah meninggal.

Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.
Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.




Penyebarah Islam Dari Seorang Tokoh :


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan al-Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani.







Kenikmatan yang Dicapai semasa Pemerintahannya :


Mushaf Uthmani - Suatu amal perbuatan yang mulia, ialah apa yang telah dilakukan Saidina Uthman r.a. apabila beliau mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dalam lembaran-lembaran yang ditulis di masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan tersimpan di rumah Hafshah sesudah wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab r.a. 


Kemudian kerana kepentingan itu, Saidina Uthman membentuk satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit r.a. dengan disertai Abdullah bin Zubair r.a., Said bin Aash r.a. dan Abdurahman bin Haarits r.a. sebagai anggota. Tugas kumpulan itu ialah membukukan Al-Quran, yaitu dengan cara menyalin dari lembaran-lembaran sehingga menjadi buku. Saidina Uthman menasihatkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan di antara mereka dalam bacaannya, maka ayat-ayat itu harus ditulis menurut dialek suku Quraisy kerana Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Al-Quran yang telah dibukukan itu diberi nama 'Al-Mushaf', sebuah di tangan Khalifah Uthman (di Madinah) dan empat buah lagi dikirim ke Makkah, Syria, Basra dan Kufah agar tempat2 terbabit boleh membuat salinan. 


Allah SWT telah menyelamatkan Al-Quran dari sebarang perubahan. Dia telah memelihara kemurnian dan keaslian Al-Quran sampai hari kiamat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quraan, dan sesungguhnya Kami (pulalah) yang memeliharanya." (QS Al-Hijr:9) Saidina Uthman r.a. akan tetap dikenang sebagai orang yang paling berjasa dalam bidang ini.


Mutiara Kata Khalifah Uthman Ibnu Affan :


1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.