Khalifah Uthman ibnu Affan : Pemuda 'DZUNNURAIN' Dari Keluarga Rasulullah

Uthman bin Affan ( عثمان بن عفان ) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.





Kelahiran :


Saidina Uthman berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574 dan dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia.

Ketika itu beliau berusia 70 tahun dan memerintah empayar Islam selama 12 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat dibunuh.

Pada suatu ketika beliau menjadi kebanggaan suku kaumnya, malah sangat disanjungi, lebih-lebih lagi keluarganya berharta, namun selepas memeluk Islam beliau dicemuh ahli kaumnya yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Tetapi beliau seorang yang berani dan tidak berputus asa, malah selepas mendapat hidayah beliau tidak teragak-agak untuk berada di samping Rasulullah dan perjuangannya, walaupun ramai yang menentang.

Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Siddiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.

Beliau mendapat gelaran Zin Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu Ruqayah dan kemudian dengan Ummu Kalthum selepas Rauqayah meninggal.

Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.
Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.




Penyebarah Islam Dari Seorang Tokoh :


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan al-Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam). Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani.







Kenikmatan yang Dicapai semasa Pemerintahannya :


Mushaf Uthmani - Suatu amal perbuatan yang mulia, ialah apa yang telah dilakukan Saidina Uthman r.a. apabila beliau mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dalam lembaran-lembaran yang ditulis di masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan tersimpan di rumah Hafshah sesudah wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab r.a. 


Kemudian kerana kepentingan itu, Saidina Uthman membentuk satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit r.a. dengan disertai Abdullah bin Zubair r.a., Said bin Aash r.a. dan Abdurahman bin Haarits r.a. sebagai anggota. Tugas kumpulan itu ialah membukukan Al-Quran, yaitu dengan cara menyalin dari lembaran-lembaran sehingga menjadi buku. Saidina Uthman menasihatkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan di antara mereka dalam bacaannya, maka ayat-ayat itu harus ditulis menurut dialek suku Quraisy kerana Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Al-Quran yang telah dibukukan itu diberi nama 'Al-Mushaf', sebuah di tangan Khalifah Uthman (di Madinah) dan empat buah lagi dikirim ke Makkah, Syria, Basra dan Kufah agar tempat2 terbabit boleh membuat salinan. 


Allah SWT telah menyelamatkan Al-Quran dari sebarang perubahan. Dia telah memelihara kemurnian dan keaslian Al-Quran sampai hari kiamat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quraan, dan sesungguhnya Kami (pulalah) yang memeliharanya." (QS Al-Hijr:9) Saidina Uthman r.a. akan tetap dikenang sebagai orang yang paling berjasa dalam bidang ini.


Mutiara Kata Khalifah Uthman Ibnu Affan :


1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.