Pilihan 1

0
COM

"kau pernah tengok strawberi?", tanya dia kepada kawannya.

"pernah", jawab kawannya selamba.

"warna ape?", soal dia lagi.

"belum masak warna hijau, dah masak warna merah", jawab kawan dia acuh tak acuh.

"kau pernah rasa buah strawberi?", tanya dia lagi.

"pernah", jawab kawannya selamba.

"rasa ape?", soal dia lagi.

"kalo belum masak rasanya masam. kalo dah masak, ada yang masam ada yang manis", jawab kawannya kali ini bersungguh sikit.

"jadi, gitulah cinta. masa mula-mula nak tacle memang rasanya masam sebab kau asyik kene reject. dia tu buat-buat sombong. muslimat katakan, perbuatan kelakuan percakapan kemaluan semua dia jaga. tapi bila dah dapat, kau orang paling bertuah sebab kau dapat sorang bidadari", dia bagi jawapan.

"tapi dia tak mahukan aku", luah kawannya.

"tak apa. kau dah pilih yg terbaik. kali ni keja Allah. kau banyakkan berdoa. biar Allah buka pintu hati dia tu. cinta tu tak boleh dipaksa. kalo jodoh kau, InsyaAllah Allah tetapkan yang paling baik untuk kau", terang si dia.

*hening*

"kau kena serahkan pada Allah. jangan risau. kau kenal kak rahimah fitrah, kakak pu rahmat? tak kenalkan? memang sebab dia tak femes pun(hehe). dia cakap perasaan cinta tu bukan setakat suka laki or perempuan. ia lebih dari itu. cinta yg betul tu membina peribadi diri yg lebih baik dari sebelumnya. aku tengok sejak kau kenal dia, kau dah banyak berubah. baguslah", terang dia panjang lebar.

"nasihat aku, perbanyakkan doa n solat hajat. kau ade dalam hatinya cuma belum sampai tika saatnya. bila? hanya Allah saje yg tahu", ayat diakhiri dengan harapan.

"terima kasih kawan", si dia tersenyum.