Kau Ditakdirkan Untukku - Episod Satu


"Jagung manis! Mari beli jagung manis." si gadis penjual jagung manis memanggil adik-adik sekolah rendah.

Setiap hari, itulah kebiasaannya. Jemu? Memang jemu. Hanya Allah sahaja tempat dia mengadu.

"Adik nak jagung manis?"

"Nak, saya nak jagung manis tiga."

Sambil menuangkan jagung manis panas dalam bekas polistrin kecil, mulut sentiasa basah dengan selawat.

Turun dari rumah, matahari belum naik. Balik ke rumah, matahari sudah terbenam. Hanya kerana mahu mencari duit membantu keluarganya. Dia dan ibu tinggal di rumah usang milik arwah ayah.


Cukup malam ni. Esok pula. Si gadis penjual jagung manis tidur dengan nyenyak.


==================================================


Keesokannya,


"Amira, bangun nak. Dah subuh. Bangun ye. Siap-siap g masjid." kejut ibunya.


Dengan mata yang masih mengantuk, si gadis penjual jagung bangun dari tidur. Menunaikan amanah Allah. Di depannya, sekujur tubuh berpakaian putih sedang menunggu. Tersenyum manis.

"Mak, kejap ye. Amira dah bangun. Mira nak siap-siap kejap mak."

"Cepat sikit Amira. Kita dah nak masuk waktu." pujuk mak dia.


Amira membuka langkah panjangnya. Mencapai tuala lalu ke bilik air. Sekadar gosok gigi dan mandi ala kadar. Usai mandi, dia masuk bilik dan menyarungkan pakaian solat. Lalu, turunlah dua beranak tersebut dalam kegelapan pagi ke masjid yang jaraknya dua tiang lampu jalan.

"Amira bersyukur kepadaMu kerana masih punya ibu yang sayangkan Amira." bisik Amira dalam hati.

==================================================


Pukul 6.30 pagi.
Pagi ini, Amira mengenakan baju kurung merah jambu dengan tudung labuh pink kegemarannya. Dia cukup selesa berpakaian sedemikian.

Setelah siap, Amira ke dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan.

"Ibu masak apa tu?" tanya Mira.

"Masak nasi goreng je. Mira duduk, nanti ibu hidangkan."

"Taknak lah. Tak sampai hati tengok ibu je buat kerja." renget si gadis itu.

Ibunya hanya tersenyum. Hanya Allah sahaja dapat membaca maksud senyuman itu.

==================================================


Pukul 7 pagi.

Amira duduk di tangga rumahnya sambil memakai kasut. Ibu hanya memerhati sahaja si anak dari belakang.

"Ibu, nak salam."

Si ibu menghulurkan tangan tuanya. Berkedut. Ada parut sedikit bekas sengat si keli tempoh hari.

"Ibu, Mira pergi dulu. Nanti habis sekolah, Mira balik. Kita makan sama-sama ye ibu." kata si gadis penjual jagung manis sambil melemparkan senyuman manis.

Jika ayahnya masih ada, pasti Amira tidak bersusah-susah begini untuk mencari duit. Tapi, dia pasrah dan akur kehendak takdir. Ayah kesayangan pergi dahulu sebelum sempat dia menghadiahkan kejayaan.


Sambil berjalan, fikirannya melayang sekali lagi.

Peristiwa kembali mengimbau bilamana dia menduduki peperiksaan akhir semester, tahun akhir pengajiannya. Kertas terakhir, subjek Applied Calculus. Dia sudah masuk setengah jam ke dewan peperiksaan, apabila tiba-tiba pensyarah, Puan Aini memasuki dewan peperiksaan dan terus melulu kearahnya.

Amira tercengang.

Puan Aini memegang tangan Amira yang sejuk itu. Matanya memandang tepat kearah mata gadis tersebut seperti ingin meluahkan sesuatu yang berat.

Amira perasan, hatinya berdebar. "Ya Allah, selamatkanlah aku dan keluargaku."

"Amira, mari ikut saya sekejap. Saya mahu bercakap dengan awak."

Amira hanya mengikut jejak langkah Puan Aini kehadapan dewan peperiksaan.

Ada mata yang ralik melihat mereka, ada yang asyik dengan soalan.

"Amira, saya harap awak dapat bersabar."

"Kenapa puan?" hatinya gundah gulana. Seperti ada sesuatu yang buruk berlaku.

"Amira, ayah awak baru excident. Dia excident masa dalam perjalanan ke sini. Dia datang sebab nak amik awak."

Hatinya remuk, hancur berkecai. Si gadis tersebut jatuh terduduk.

Dewan senyap. Awan gelap dan mendung. Bagai mengerti perasaan Amira.

"Puan, macam mana keadaan ayah Mira?" tanya Amira dalam tangisan yang sedu.

Puan Aini mendakap Amira. Dia faham, mengerti benar perasaan gadis itu.

"Puan bagi pilihan kepada kamu. Habiskan paper ni dahulu atau kamu boleh balik sekarang, selepas semuanya selesai baru datang u balik untuk selesaikan exam kamu."

Itu pilihan yang diberikan kepada Amira. Berat mahu memilih. Dia sudah tidak berdaya mahu menyiapkan peperiksaan ni, tapi dia tak sanggup meninggalkan dewan peperiksaan dengan hanya berbaki satu kertas lagi.

Mahu tidak mahu, rela tidak rela. Dia kembali ke meja untuk menghabiskan sisa-sisa jawapan. Harinya gelap, tiada lagi sinaran. Dalam tangisan, dia menyiapkan baki-baki soalan. Puan Aini berdiri di tepinya, memerhati dan berjaga-jaga agar Mira tidak pengsan ataupun pitam.


"Ya Allah, aku terima qada' dan qadarMu. Semoga aku kuat menghadapi musibah ini."

==================================================


Sampai sahaja di rumah, dilihat sanak saudara ramai mengelilingi rumahnya. 

Langkah dibuka, masuk ke dalam rumah. Dilihat sekujur tubuh berbalut kain putih di ruang tamu. Siap dikafankan. Cuma muka dibiarkan. Sengaja tidak dibungkus semua kerana menunggu Amira pulang.

Lemah, hampir jatuh. Tiada upaya mahu bergerak.

"Ya Allah, aku berserah kepadaMu."

Langkah longlai diatur, mendekati tubuh ayahnya. Dengan air mata bercucuran, si gadis mencium dahi ayahnya untuk kali terakhir. Air mata laju sahaja turun. Selebat hujan diluar.

"Mana ibu? Saya nak tengok ibu saya."


Dia melihat sekeliling. Ternampak ibunya sedang membaca surah yasin di bucu rumah. Si gadis merapati ibunya. Sang ibu perasan lalu mendongak, melihat siapakah gerangan.

"Amira Jannah binti Ahmad Hilmi. Sekarang Mira dah jadi anak yatim. Susah senang, hanya kita berdua. Ibu redha dengan pemergian ayah. Jadi, ibu mahu Mira juga redha dengan Qada' dan Qadar yang sudah ditetapkan Allah."

Amira hanya mengangguk. Tapi, masih ada lagi sendunya.


==================================================


Bertahun sudah berlalu. Sekarang dia tabah menjalani hidup sebagai anak yatim. Pilu, memang pilu. Sedih, tersangat sedih. Tapi hati si gadis penjual jagung manis sangat tabah. Dia juga yang menginspirasikan semangatnya kepada ibu tika ibu bersedih.

Sampai sahaja di hadapan sekolah, dia terus menuju ke gerai kecilnya bawah pokok.


Menyiapkan segala kelengkapan untuk berjual. Dapur dipanaskan, tin susu dibuka, jabung direbus, bekas polistrin di buka. Siap!

"Ya Allah, murahkan rezekiku hari ini."


Sambil menunggu segalanya siap, Amira mengeluarkan phone dia. Mahu mendengar lagu. Dia menekan butang phone, lalu terpapar lagu Kau Ditakdirkan Untukku nyanyian Inteam feat Suhaimi & Aden edCoustic. Lalu jarinya melirik menekan butang play.

Terucap syukurku
Aku memilihmu
Tuk menjadi teman hidup setia selamanya
Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia disurgaMu
Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku

Tenang menyelubungi dirinya.

==================================================


Jam 12.45 tengah hari.

Berlumba-lumba sang anak kecil keluar dari sekolah. Ada yang darjah satu, ada yang darjah dua, sama sahaja darjah enam. Bila disebut budak-budak, perangai pasti seperti budak lagi.

"Kak mira comel! Comel la akak ari ni! Nak jagung satu. Nah duit." si Haikal menghulurkan  RM1 kepada Amira. Mira tersenyum. Sebelum mencedok jagung, sempat lagi si Mira mencubit pipi montel budak tu. 


Halkal sahaja tempat di bermanja. Sudah dianggap sebagai adik kandung. Budak tembam tu, bersekolah darjah dua, anak kepada sepasang guru. Setiap hari, kelas habis pukul 12.45, tapi budak kecil tu terpaksa menunggu sehingga pukul 2 baru ibu/ayahnya datang ambil. Amira je peneman Haikal dikala sunyi. Pernah sekali tu, Haikal kata nak jadi adik Amira. Terkejut, sebak. Ada juga yang sayangkan dirinya.

Penat melayan karenah budak-budak. Habis untuk sesi kali ini, sambil dia menyusun barang-barang. Datang seorang lelaki.

"Akak, jagung manis ada lagi?" tanya suara itu.

"Maaf la adik, jagung dah habis tadi lagi." jawab Amira tanpa berpaling. Tapi, saat itu dia pasti. Ada sesuatu mengganggu perasaannya. Tapi, dia tidak mudah mengalah. Tetap ego, tak mahu berpaling.

"Oh, ok akak. Tq ye akak." jawab si suara lalu berlalu pergi.

Amira berpaling, hanya gambaran belakang mampu ditatap. Hatinya berdebar.

"Ya Allah, kenapa aku berdebar?"






Bersambung...



No comments:

Post a Comment