Berhenti Sebelum Tersasar..
-
Assalamualaikum sahabat2 blog ustazah... sihat semuanya...??? ustazah baru
lepas habis hantar 3 assignment ... lagi 3 assignment... hahaha.. kecian...
sape...
Untitled 1
Saja-saja mencoret post supaya tidak hilang idea :)
Devotees - Mahar Cinta
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatikuHanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Contengan peribadi. Hehe. Saya minat lagu ni. Tajuk dia Devotees - Mahar Cinta. Entah nape, bila dengar. Rasa menyirap dalam jiwa ni. Aish... Hahaha :D
Part paling saya suka, part lagu "Bukanlah aku sengaja..."
Satu perenggan tu paling best. Sebabnya lirik dia dekat je maksud dengan kita. Dekat camne? Ok, dalam bahasa mudah kita suka orang tu, tapi kita rahsiakan sampai suatu masa baru kita bagitau dia. Kita rahsiakan pun sebab faktor diri kita yang masih x sempurna(mungkin) atau masalah-masalah luar dugaan macam masalah belajar. Tapi, kalau kita bagitau sekarang. Kita takut bertepuk sebelah tangan dan takut tak diterima? Jeng, jeng, jeng...*angkat kening.
Tapi, dalam situasi lagu diatas. Dia tak bagitau si perempuan tu sebabnya dia tau kelemahan diri dia. Dia takut si perempuan tak dapat terima dia. Sebab tu dia hindarkan segala perkara yang menyebabkan hati dia terarah kepada perempuan tu dan fokus belajar. Impian dia, bila habis belajar, dah dapat keje yang best, nanti dia dapat pinang si perempuan tu. Cecece...cam drama korea *korea?blurrrr~~~
Lagu ni sama dengan situasi saya. Hahahahahaahahahaha :D
Fuhhh....penat explain. Hehehehe.
Lagu ini dikongsi sahabat di FB. Tak sangka ada lagu camni. Lama dah cari. Dia share, saya amik dengar. Lex je. Setiap hari saya putar-putar-putar dengar lagu ni. Hehehehehe...
Bidadari Dunia
Nazrey Johari - Muslimah (Aug 23, 2011)
"Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu"
Entri yang saya kira menarik untuk dikongsikan. Bayangkan, Islam mengangkat darjat seorang perempuan setinggi-tingginya daripada dipijak oleh golongan bangsawan tika zaman jahiliyyah berleluasa.
Lihat sahaja sejarah, Saidina Umar al-Khattab sebelum keislamannya pernah menanam anak perempuan beliau yang baru lahir kerana terpengaruh dengan propaganda dan dakyah masyarakat jahiliyyah dengan sebaris ayat, "Malu punyai perempuan mahupun wanita dalam kalangan keluarga". Tapi, Islam datang lalu mengubah imej dan peribadi Saidina Umar al-Khattab menjadi seorang yang tegas dan memelihara hak wanita di zaman pemerintahannya.
Assalamualaikum wrt kepada pembaca sekalian :)
Rasa rindu bersarang di hati
Ingin melihat pena menari
Bukan karya sekadar luahan nurani
Supaya senang hati jiwa ini
"Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia"
"Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati"
Selalu kita dengar satu frasa ayat "Perempuan ni, kalau belajar tinggi-tinggi pun akan masuk dapur". Pada keadaannya, tepat dan betul. Tapi tengok pada sisi Islam. Frasa ini seolah-olah merendahkan martabat ilmu itu sendiri.
Firman Allah dalam surah al-Mujahadah ayat 11 :
“Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.”
Pakej wanita yang lengkap adalah : Wanita/perempuan yang berilmu + yang pandai menguruskan dapur + pandai mengambil hati suami dengan masakan. (Nak cari yang camni la nanti. Hehehehe)
Pakej wanita yang lengkap adalah : Wanita/perempuan yang berilmu + yang pandai menguruskan dapur + pandai mengambil hati suami dengan masakan. (Nak cari yang camni la nanti. Hehehehe)
"Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya"
Firman Allah dalam surah al-Nur ayat 31 :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati"
Ikutan sejati...
Sabda Rasulullah saw :
Sabda Rasulullah saw :
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis Riwayat Malik bin Anas)
"Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya"
Rasulullah saw bersabda :
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (Hadis Riwayat Muslim)
"Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmahMempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah"
"Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta"
Sejarah mencatatkan...
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata :
"Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Sabda Rasulullah SAW :
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya."
(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan At-Thabrani)
Lirik ada kat atas, warna hijau. Hehehehe...
"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, Puasa pada bulannya, Taat pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)
"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, Puasa pada bulannya, Taat pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)
Subscribe to:
Posts (Atom)