Coretan Bebas 2

2
COM


[Coretan Bebas 2]

"nak g mana tu?" buat-buat tanya. padahal aku dah sedia maklum.

"awek ajak aku kuar. katanya nak g tengok wayang. first date kiteorang sem ni" sekadar menjawab hangat-hangat tahi ayam.

"ooooo...." aku memuncungkan mulut mengikut bunyi perkataan.

"kau ada nak beli pape tak? lepas tengok wayang, aku ingat nak masuk kedai alat tulis kejap. lepas tu balik la"

"takde kot. dah ada semua dah" aku balas soalan tu. tertib. tidak mahu membidas.

"okey bro. oh ye, aku mungkin balik petang ni. ko ada nak kuar ke petang ni?" dia tanya, minta kepastian.

"aku kuar kejap" jawab tanpa tengok muka.

"kuar? kuar mana bro?" dia bertanya. seolah-olah suatu yang pelik kalau aku kuar dari bilik.

"naqib aku, nak bawak usrah kami g kuantan. lepas asar dia cakap nak main boling. maghrib n isyak jemaah di teluk cempedak. lepas tu, dia nak belanja kami seusrah makan ikan bakar dekat kuantan tu" aku jawab bersahaja. aku perlahankan suara supaya tak nampak terlalu gembira.

"oh...ye ke? abg naqib kita?" dia bertanya.

"pembetulan, bekas abg naqib kau. sebelum kau putuskan untuk kuar dari usrah. kami tak marah n tak pernah marah. n sentiasa mengharapkan kau kembali" aku cuba tekankan suaraku.

"insyaAllah...." terus dia beredar.

"sahabat, semoga kau kembali dalam bulatan kegembiraan kami. kehilangan kau seorang, umpama kehilangan sebutir permata ummah" bisikku dalam hati. tanpa aku sangka, hati ini sebak.

[coretan bebas 1]

6
COM
"nape muram?" aku bertanya.

"markah kuiz 1,2 aku rendah. macam nak failed je" dia menjawab. ada nada kecewa di hujung ayat.

"hey, watch your mouth! bukannya kau failed terus subjek nie. kau dapat markah kuiz rendah je. biasa la tu. kau ingat thomas edison buat mentol terus menyala?" aku bagi teka-teki tapi mendalam maksudnya.

"kau cakap senang la. kau otak math. aku otak melukis. dalam kelas tadi entah apa encik tu ajar. aku asyik melukis je" dia berterus-terang.

"haa...tau pun salah. habis, taknak ubah diri ke?" aku bagi ayat sebijik kene atas muka (hahahaha...ketawa geli hati dalam hati).

dia berpaling kearah aku dengan muka macam atok tua baru bangun tido.

"amboi, kau nak tolong aku ke sindir aku?" kata-kata yang sedikit ditekan penghujung. ada nada tak puas hati.

"come on bebeh! kau tau kan aku suka kenakan kau dulu baru bagi nasihat. hehehe. listen listen listen! aku nak bagi satu potongan ayat nie" aku balas. nak cover takut aku pulak kena fire.

"kau nak buat parody? nak aku lempang? aku tengah susah ati nie" dia mula angin.

aku ketawa.

"takdelah. dengaq ni bukak Quran tafsir kau tu, tengok surah al-Ra'd ayat 11" aku menyuruhnya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka" (surah al-Ra'd ayat 11)

"kau nak markah naik and gempak kan? Mulai sekarang, kau belajar betul-betul. lepas tu kau cuba jangan main-main dalam kelas, fokuusssss...."
berceramah kejap. bagi kesedaran sivik.

"iyelah. baru aku ingat ada ayat nie. tq buddy!" dia senyum.

"esok ada kelas circuit analysis 1 kan? sebelum masuk kelas pukul 2, aku nak kau tunggu aku dekat pondok depan makmal komputer fakulti kita. aku nak ajar sikit sebeblum ko masuk kelas" perintahku. entah dari mana datangnya suruhan tu (hehehehe...)

"tapi malam ni, ko kene tolong aku buat benda alah nie. aku dah jeng kepala. tolong aku lukis gambar plantation ni. dari tadi aku aku buat, tak siap-siap"

"beres bos! hehehe. tq sahabat" dia tersenyum menampakkan gigi yang rongak.