Berhenti Sebelum Tersasar..
-
Assalamualaikum sahabat2 blog ustazah... sihat semuanya...??? ustazah baru
lepas habis hantar 3 assignment ... lagi 3 assignment... hahaha.. kecian...
sape...
Coretan Bebas 2
[Coretan Bebas 2]
"nak g mana tu?" buat-buat tanya. padahal aku dah sedia maklum.
"awek ajak aku kuar. katanya nak g tengok wayang. first date kiteorang sem ni" sekadar menjawab hangat-hangat tahi ayam.
"ooooo...." aku memuncungkan mulut mengikut bunyi perkataan.
"kau ada nak beli pape tak? lepas tengok wayang, aku ingat nak masuk kedai alat tulis kejap. lepas tu balik la"
"takde kot. dah ada semua dah" aku balas soalan tu. tertib. tidak mahu membidas.
"okey bro. oh ye, aku mungkin balik petang ni. ko ada nak kuar ke petang ni?" dia tanya, minta kepastian.
"aku kuar kejap" jawab tanpa tengok muka.
"kuar? kuar mana bro?" dia bertanya. seolah-olah suatu yang pelik kalau aku kuar dari bilik.
"naqib aku, nak bawak usrah kami g kuantan. lepas asar dia cakap nak main boling. maghrib n isyak jemaah di teluk cempedak. lepas tu, dia nak belanja kami seusrah makan ikan bakar dekat kuantan tu" aku jawab bersahaja. aku perlahankan suara supaya tak nampak terlalu gembira.
"oh...ye ke? abg naqib kita?" dia bertanya.
"pembetulan, bekas abg naqib kau. sebelum kau putuskan untuk kuar dari usrah. kami tak marah n tak pernah marah. n sentiasa mengharapkan kau kembali" aku cuba tekankan suaraku.
"insyaAllah...." terus dia beredar.
"sahabat, semoga kau kembali dalam bulatan kegembiraan kami. kehilangan kau seorang, umpama kehilangan sebutir permata ummah" bisikku dalam hati. tanpa aku sangka, hati ini sebak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mungkin usrah dipandang remeh.. tetapi ada kekuatan di sebalik tu... ble susah... ahli usrah jugak yang kita cari... hehehe... (^_^) ... usrah bukan sekadar satu bulatan besar yang dikeliling oleh orang alim... tetapi usrah satu ikatan persaudaraan yang membolehkan kita mentarbiah dan mengislah diri ke arah kebaikan...
ReplyDeletelike! saudari syuhada dah pun faham pe makna sebenar usrah tu. hehehe. nampaknyer kene belajar lagi ni berkenaan usrah. insyaAllah. yap, usrah sendiri adalah bulatan kegembiraan. bermakna bulatan dimana kita berkongsi segala macam masalah kita. di situ kita menginsafi diri dan membetulkan diri ini. insyaAllah :)
ReplyDelete