Untitled 2

[Untitled 6]


"Betul ke keputusan ko nie?", tanya Ali meminta kepastian. Terbeliak mata Ali, sukar mempercayai.

Tampak di muka Aiman ke'serius'an mengambil keputusan ni. Sukar, memang sukar.

"Ye Ali. Aku tekad. Cukup sudah. 6 tahun sudah." berat benar Aiman mahu melepaskan jawapan tersebut. Umpama seguni beras di atas belikatnya.

"Sahabat, aku sokong ape saje kau buat. aku tetap bersama." balas Ali. Dia faham benar keadaan itu. Susah bebenor nak buat keputusan.

"Jadi, sekarang ape kau nak buat?" tanya Ali.

Aiman sekadar melihat. Ditarik nafas sedalamnya. Bangun, berjalan penuh longlai ke mejanya lalu digapai telefon bimbit. Nombor si dia dicari.

"Ali, betul ke ape aku buat?" tanya Aiman sekali lagi, meminta kepastian dari sahabat dunia akhirat tu.

Ali tersenyum. Lalu, " wahai sahabatku, dengarlah ayat ini..."

Firman Allah, yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra’ : 32)

Aiman hanya senyum tawar. Benaknya ligat memikir. Henfon masih digenggam erat.

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Berat benar rasanya."

Jari menekan butang henfon, nombor si dia dicari.

Truuuttt......truuuttt......

"Helo??...." terdengar suara si dia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah al-Ra’du : 28)

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Aiman tenang menghirup udara segar. Sebulan lagi dia bakal menamatkan degree Mekanikal di UMP. Matanya menghadap tasik. Terbuai mimpi. Ali hanya senyum melihat kelakuan Aiman yang kekadang senyum. Kekadang ketawa.

"Ali, terima kasih. Lepas peristiwa tu, aku dah tinggalkan jauh dunia silam. TQ gak sebab ajak aku masuk usrah." Aiman tersenyum meleret.

"Takde pape la bro. Biase je. Kau kan sahabat aku dunia akhirat." Ali membalas. Cermat benar dia mengatur ayat. Takut-takut tersalah cakap, maunya hati berdarah lagi.

Tetiba, henfon bergetar. Panggilan masuk. Aiman melihat pada skrin henfon. Nama si dia....

"Ali, tengok." wajahnya sedikit gusar.

"Angkat la Aiman. Mungkin ada hal penting. Hasbunallah wa ni'mal wakil." jawab Ali penuh tertib.

Jari melirik ke butang call on henfon.

"Helo awak? Assalamualaikum...ape khabar?" ceria suara si dia.

"Walaikummussalam, khabar baik. Ye saya, nape?" tenang suara Aiman membalas.

"Study camne? Okey?" soalan diajur bertubi-tubi.

"Alhamdulillah, okey je." sekali lagi Aiman membalas. Sungguh, dia rindu suara tersebut. Tapi disimpan sedalam-dalamnya.

"Aiman, Ain nak bagitaw sesuatu...." akhirnya terluah juga hasrat gadis manis tersebut.

"Silakan..."

"Aiman....ummi dan abi nak jumpa. Diorang nak kenal Aiman lebih dekat." akhirnya terluah juga ape yang dipendam selagi 6 bulan sejak dari putus dahulu.

Hening.....

"Maha suciMu, aku dipertemukan sekali lagi dengan si dia dalam redhaMu." kata hati Aiman menjerit. Bersyukur, sebak, sedih, terharu, gembira.

No comments:

Post a Comment