Berhenti Sebelum Tersasar..
-
Assalamualaikum sahabat2 blog ustazah... sihat semuanya...??? ustazah baru
lepas habis hantar 3 assignment ... lagi 3 assignment... hahaha.. kecian...
sape...
Bintang Syurga - Tribute untuk Shaifullah Idlan
Gambar yang menyimpan sejuta makna
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
May 13, 2014
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
May 14, 2014
Mesej sahabat masuk, mata melirik mesej tersebut. Berkali-kali. Ah! Gurauan semuanya. Mana mungkin insan ini 'pergi' sedangkan semalam beliau sempat berceloteh. Namun, jauh disudut hati. Ya Allah, katakan berita ini tidak betul. Ya Allah....
Panggilan masuk, tapi tidak sempat diangkat. Namun aku kembali menelefon empunya. Diangkat panggilan.
"Helo Muhaimin, betul ke Shaiful dah takde? Nape Muhaimin? Bila?", soalan tersebut sangat menusuk umpama merodok perutku.
"Iye, taktau. Nanti saya bagitau balik", tenang lagi. Bersangka baik.
Kaki melangkah laju dari kelas ke KK5. Dipertengahan jalan, sempat jumpa seorang senior. Katanya, arwah sudah pergi kerana eksiden. Hati mula gundah gulana. Pelbagai perkara menerjah masuk ke fikiran.
Kaki mempercepatkan lagi langkah. Nombor dicari. Fikiran melayang, tempat praktikal belum cari, kad hijau CIDB tak amik lagi. Datang pula berita sedih ini, tabah Muhaimin, tabah.
Mesej dihantar.
"Ashraf ada depan PAP", katanya menunggu kereta.
Aku tahu, mereka sedang berkumpul untuk bergerak ke rumahmu. Bukan untuk beraya, tapi untuk melawatmu. Buat kali terakhir.
Sampai tempat mereka berkumpul. Berbincang.
(saat ini, aku tidak mampu menulis. kronologi boleh baca dalam blog ashraf azahan)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hingga saat ni, aku masih merasakan dikau sentiasa berada di samping kami. Sering kali terlihat dirimu dimana-mana. Hari ini, 25/5/2014. Sudah 2 minggu kau kembali menemui Pencipta. Sedikit demi sedikt aku dapat melupakan sahabat ini. Ukhwah yang terjalin, hanya Tuhan yang tahu. Beliau hadir tika aku keseorangan, bertanya khabar tika aku dalam kesusahan dan kesakitan, pergi tika aku mula mengenal dunia dan mengenal erti manisnya berjuang dalam Islam. Allah sayangkan dia. Allah mahu sahabat-sahabat Shaiful tahu erti perjuangan yang arwah bawa. Allah mahu sahabat-sahabat dia lebih giat berdakwah membawa risalah agung ini lebih hebat dari usaha arwah.
Alhamdulillah, kami pun telah selesaikan amanah terakhirmu semalam. Semoga engkau tenang di sana. Disana nanti, engkau tersenyum melihat kami. Kami pasti, engkau juga menanti kami dengan penuh gembira.
Sungguh, setiap kali mengingatimu. Mengalir air mata ini. Engkau ibarat seorang abang yang penyayang kepadaku.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
May 17, 2014
CORETAN BUAT ANAK-ANAK AYAH (ALONG DALAM KENANGAN).
Sewaktu ayah ingin mencari ibu buat anak-anak, ayah inginkan seorang ibu yang boleh dibentuk dan seterusnya boleh mendidik anak-anak. Wanita idaman ayah telah ada ciri-cirinya. Akhirnya ayah berjumpa mama yang ayah yakin telah memenuhi ciri-ciri tersebut.
Selepas perkahwinan ayah dan mama, ayah bertekad untuk mencari kehidupan sebenar berlandaskan Islam. Selalu ayah pergi mendengar kuliah dan ceramah. Ayah selalu menyebut pada mama untuk mati syahid. Mama tak faham apa-apa. Ayah beli buku-buku agama untuk ayah dan mama membacanya. Akhirnya mama faham.
Tanggal 7 Ogos 1992, (22 tahun yang lalu) along dilahirkan di Hospital Universiti Kubang Kerian. Betapa seronoknya ayah apabila lahirnya anak pertama. Along diberi nama dengan persetujuan mama. Shaifullah Idlan. Ya… Shaifullah bermaksud Pedang Allah.. dengan semangat jihad, ayah menamakan along dengan nama tersebut. Ayah nak anak-anak ayah berjihad kerana Allah.
Pertama kali balik ke kampung untuk tatapan keluarga yang lain ialah tiga bulan kemudian. Semasa sedang menunggu bas, Along telah membaca semua tulisan pada papan tanda dengan sebutan yang tidak difahami oleh sesiapa. Setiap kali tunjukkan papan tanda, Along akan baca. Pada waktu malam, ayah dan mama bergilir-gilir menjaga Along kerana Along nak ada orang bercakap dengan along. Sehinggakan ayah terpaksa pasang radio kuat-kuat di tengah-tengah malam. Ayah masih ingat belon angin arnab yang digantung ditengah buai. Along bercakap dengannya apabila belon angin arnab itu bergerak.
Along seorang anak yang comel. Along boleh bercakap ketika umur dua tahun. Agak lambat. Along boleh membaca berkat didikan mama ketika berumur 4 tahun. Along boleh baca quran pun mama yang ajar. Along suka membaca. Setiap kali Along berjalan dekat kedai, along akan berhenti apabila nampak buku. Maafkan ayah along sebab selalu marah along setiap kali kita pergi ke rumah orang. Sebab along suka ambil buku-buku yang ada untuk dibaca.
Semasa sekolah rendah along selalu bangun malam untuk menyiapkan kerja sekolah. Along usahakan sendiri. Maafkan ayah along.. ayah tak hantar along ke kelas tambahan sebab ayah nak along solat maghrib di surau, membaca Quran dengan mama dan ke surau pula untuk solat isyak berjemaah. Along selalu memikirkan sesuatu yang ayah sekeluarga tak faham apabila along bersendirian. Ayah paksa along dan angah bergilir-gilir azan di surau. Ayah rotan along kalau balik lebih jam 6.30 petang. Sepanjang hidup, Along dan adik-adik tak boleh tengok TV tanpa kebenaran ayah. Tahniah along kerana dapat 5A dalam UPSR.
Along diterima masuk ke Sekolah Intergrasi Kuantan. Ayah tak mahu along berjauhan sebab along masih belum pandai berdikari. Along dihantar ke SMA Padang Tengku. Ayah mahu along menguasai agama dengan lebih mendalam. Along berjaya dengan cemerlang dalam PMR, SPM dan SMA. Along.. ayah menangis selepas memukul along didepan kawan-kawan sebab along mula merokok. Ayah haramkan rokok dalam keluarga kita. Alhamdulillah… along dah tinggalkan benda haram tu. Maafkan ayah kerana paksa along buang baju MU yang along beli. Ayah tak suka lambang tersebut meresap dalam pemikiran along.
Setiap kali along balik ke rumah, ayah suruh along kutip sampai sekeliling kuarters. Dah besar pun kena kutip sampah. Along mengadu pada mama. Bila berjuang jangan malu buat perkara-perkara yang kecil. Itu tekad ayah. Bila masuk Kuliyyah Pekan, ayah pesan pada along. Bantu bangunkan kuliyyah. Mungkin along tak faham lagi arahan tu. Habis kuliyyah, along diterima masuk ke UMP dalam bidang lain yang diceburi. Ayah suruh along fikir betul-betul. Bila along dapat USIM, ayah suruh along fikir sekali lagi. Along masih nak duduk UMP sebab dekat USIM dah ramai ‘ustaz’. Semua redha dengan keputusan along.
Masuk UMP ayah wajibkan along masuk program jemaah. Along banyak cerita tentang program. Ayah bersyukur. Sekurang-kurangnya along selamat bila duduk dalam jemaah. Satu ketika dalam mesyuarat DPPNP Ust Azmi Dibok menyebut anak-anak pemimpin yang aktif jemaah satu persatu. Nama along tak ada. Ayah suruh Ust Azmi cari along. Alhamdulillah… along di landasan yang betul. Ayah bersyukur sekali lagi.
Sepanjang di UMP along menyertai banyak program baik dalaman mahupun luaran. Kita selalu berbincang pendekatan dakwah. Along anak ayah. Pemikiran along sama dengan pemikiran ayah. Cuma along lebih kehadapan. Kadang-kadang ayah tak tahu pun apa yang along buat. Kadang-kadang ayah tegur along kerana sibuk mengalahkan ayah.
Pagi 14 Mei 2014 jam 8.17 pagi, ayah dapat panggilan dari seseorang menyatakan along kemalangan dekat JKR temerloh. Ayah minta dia hantar along ke hospital. Ayah fikir along hanya cedera ringan sahaja. Ayah terus hubungi Paksu Man. Minta tolong tengok along kat hospital. Ayah ambil mama kat kantin sekolah dan pesan pada angah tolong bawa balik adik-adik sekiranya berlaku perkara yang lebih parah. Ayah pujuk mama dengan mengatakan kecederaan biasa sahaja walaupun air mata mula mengalir. Ada sesuatu yang tak kena. Ayah dan mama tahu lambat bahawa along dah tak ada sedangkan orang lain ramai dah tahu termasuk adik-adik. Semasa ayah dan mama dapat tahu, ayah dan mama terus menyatakan along adalah anak yang soleh, along pejuang Islam. Innalillahi wainna ilaihiraajiuun….
Semasa melihat along kali pertama di bilik jenazah, ayah tak rasakan along dah tak ada. Ayah tak menangis kerana walaupun cedera parah, tetapi along macam biasa sahaja. Doktor berbincang dengan ayah beberapa perkara. Selepas post mortem, ayah mengalirkan air mata buat kali seterusnya kerana along cedera dengan agak teruk. Ayah balik sebentar ke rumah untuk solat zohor, ayah periksa bilik along. Ayah jumpa buku “Di sebalik Ikhwanul Muslim” di sisi bantal along. Ayah bangga. Bilik along wangi tidak seperti biasa.
Along… selepas sembilan jam barulah along diminta untuk dimandikan. Sewaktu ayah menguruskan jenazah along, ayah rasakan along hanya tidur. Ayah membelai rambut along perlahan-lahan. Tahniah along, sebab tiada najis semasa dimandikan. Along sentiasa wangi. Darah masih mengalir walaupun banyak kali dibasuh. Along kelihatan seolah-olah senyum. Ketika ayah mewudhukkan along, tubuh along lembut sangat memudahkan tanggungjawab ayah. Mata along seolah-olah mengeluarkan air mata.
Along disolatkan oleh ramai kenalan baik di hospital mahupun di masjid baru kg. jengka. Tanpa diduga juga solat jenazah along diimamkan oleh beberapa orang ulama. Diantaranya tuan guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman. Berbahagialah along dengan berkat dari Illahi. Ramai yang cemburu pada along. Sepanjang perjalanan dan pengkebumian along, langit mendung dan kadang-kadang hujan gerimis. Seolah-olah along direstui.
Ayah membaca facebook, whatapp, yang dikirimkan kepada along. Tahniah along.. tahniah.. along didoakan oleh sahabat-sahabat seperjuang. Terima kasih kepada rakan-rakan along kerana menjadi sahabat kepadanya.
SEMOGA TENANG BERSAMA ILLAHI. JUMPAMU DISYURGA
Rozlan Bin Yaakub (Ayah Shaiful)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bulan 6/2011
Tinggal seminggu sahaja lagi untuk aku, genap 3 tahun berada di Universiti Malaysia Pahang. Kali pertama melangkah, rasanya seperti akulah orang kampung paling berjaya. Tanpa tahu erti duri dan rimba, tanpa tahu lautan bakal melanda.
Masuk ke sini, aku ditegur oleh senior-senior yang baik. Antara yang aku ingat adalah akhi Fazli Halim, akhi Faruqi Zahari, akhi Hafifi, akhi Irsyad, arwah akhi Aman dan ramai lagi. Akhi Fazli Halim sempoi sahaja, tidak tampak seperti YDP MPP UMP tika itu. Arwah akhi Aman juga sempoi dan bersahaja.Selepas itu aku dikenalkan dengan Sahabat Masjid (Saham) UMP. Wadah perjuanganku. Tika aku terkapai-kapai dalam suasana asing, mereka berikan nafas baru.
Belum pun sampai seminggu, aku sudah punyai kawan dari serata negeri bahkan Sabah Sarawak. Detik itu juga, perkenalan aku dengan arwah Shaiful Idlan melalui rakanku, Maghribi Selamat. Alhamdulillah, bergerak kerja dalam Kelab Bahasa arab selama 2 tahun. Selepas itu, bergerak kerja bersama-sama dalam Saham. Detik indah bersamanya.Sungguh, aku rindu saat itu. Saat dimana mereka-mereka mengingatiku kepada agama berada sekelilingku. Kini, arwah akhi Aman DX dan arwah Shaiful idlan sudah merantau jauh.
Ini adalah serba sedikit pengenalan dan perkongsian pengalaman aku dengan arwah, bergerak kerja dalam program, gerak kerja dakwah kerana dirinya insan yang hebat. Sungguh! Allah menyayangi dia.
Semoga dirimu dalam di sana. Al-Fatihah.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:)
ReplyDelete