Usrah
usrah bersama ustaz nik zawawi salleh, setiausaha dewan ulama pas pusat, baru sahaja melabuhkan tirai. selepas itu, melangkah masuk ke usrah bersama ustaz hafiez sabri, ajk dewan pemuda pas malaysia. sungguh, sarat dan padat ilmu di genggam kemas sebagai taujihad diri ini dalam kembara penuh duri. banyak kata-kata nasihat dan rangsangan ustaz nik zawawi lontarkan kepada ahli gerakan islam. juga disemai dengan ayat-ayat al-quran sebagai pemanis kata. sungguh, diri ini malu kerna pernah terjerumus ke lembah kehinaan suatu ketika dahulu.
"berangkatlah kamu dalam keadaan senang mahupun susah..." (at-taubah : 41)
seakan satu tembakan tepat kedada bila dibacakan ayat ini. sungguh, berlinangan air mata mengenangkan diri yang hanya terpikau dek dunia, tanpa hadir bersama dalam perjuangan islam. hanyut terus bersama noda, tanpa secalit rasa berdosa.
lebih diri ini sesali, lambat berjumpa dengan gerakan islam dan menyertai secara terus membawa wadah gerakan islam. dapat dirasai begitulah sedihnya, kecewanya hati sang ikramah abu jahal pada satu malam yang hening. ikramah meratapi dan menangis perbuatannya dahulu sebelum masuk islam. memerangi rasulullah, menentang agama allah. dia tersangat kecewa lambat diberi hidayah. namun, pengakhirannya sangat hebat. syahid di medan perang. bagaimana aku?
kesimpulan dari usrah bersama ustaz nik zawawi :
1. pas tidak akan bergabung dengan umnobn
2. kerjasama politik dengan dap terbatal
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (ali-imran : 104)
hanya kalamullah sebagai motivasi ini untuk terus membawa diri hanyut dalam perjuangan islam. moga allah redha, moga kedua ibu bapaku redha. redha allah diatas redha kedua ibu bapa. tiap kerja untuk pas, aki sampaikan kepada kedua ibubapaku, supaya mereka tahu, supaya mereka redha akan kerjaku.
wahai ibuku, wahai ayahku. anakmu mahu bersama pas membawa islam dalam skop agama yang syumulliyyah. menentang umnobn yang terus korup dan menipu. izinkan anakmu pergi. doakan moga anakmu ini terus istiqamah hingga kemenangan islam. ataupun jika ditakdirkan anakmu hanya mengembara sekejap di dunia, doakan moga anakmu pergi sebagai syuhada. doakan moga anakmu tabah, cekal. dan jika allah panjangkan umur, doakan moga diperjodohkan dengan seorang mujahidah yang menyokong anakmu bersama pas. lebih dari itu, dia juga membantu diri anakmu dalam pas. moga lahir dari rahim mujahidah ini, zuriat yang terus berjuang untuk pas dan islam. menyambung perjuanganku dan perjuangan ulama sebelumnya.
insyaAllah.
kalam pemuda
10 januari 2016
1330 tengah hari
No comments:
Post a Comment