Dari sebuah pertemuan kepada sebuah perpisahan..

4
COM

Tiada kata mampu dilafazkan jika seorang teman pergi meninggalkan kita, betol x?? Lebih2 lagi dia adalah teman baik seperjungan kita. Pada saya, ini lebih menyakitkan berbanding perpisahan kerana couple :')

Assalamualaikum wrt pembuka bicara. Semoga sahabat2 sihat walafiat dibawah lindunganNya. Pagi Jumaat saya kali ini amat bermakna kerana malam ini akan mengikuti forum Palestine : Dimanakah Kita?. InsyaAllah :)


Hehe.. Promote jap :)

Ok, berbalik kepada entry saya. Ingin saya bertanya kepada sahabat. Sahabat ada x kawan baik aka bezpren?? Mestilah ada kan3?? Sama la dengan saya ^^

Kawan baik : Seseorang yang bersama2 dengan kita apabila susah dan senang.

Memandai je saya buat definisi. Hehe... InsyaAllah.

Semua indah bila bersama teman baik kita sewaktu di bangku sekolah dulu. Saya begitu jugak. G kantin, masuk asrama, study group sama2. Gurau2, suka2 n macam2 lagi la. Indahnyer :)

Tapi selepas SPM, selepas semua tamat Form 5, semua kawan baik saya berpecah mengikut haluan masing2.

Husaini : Form 6 sekolah saya, antara yang terbaik dalam english. perghhh..terbaik! Dia ni x payah cakap la. Segala kerja 'giler' saya ngan die memang buat same2. Hehehe...

Nahdi : Dari USM ke N9 untuk sambung belajar dalam bidang Pegawai Pembantu Perubatan di bawah SPA. Taukey nasyid sekolah saya. Dalam bilik asrama, kalau x dengar suara dia sehari memang x sah :P

Fazira : Sekarang asasi di UIA, asasi ilmu wahyu. Lost contact sejak habis exam tapi ni bestpren paling best! Baik, kiut n selalu la study group same2 :)

Hakim : Form 6 sekolah saya tetapi mengambil syariah. Antara yang hebat gak sekarang. Ni penyuntik mula2 bagi saya minat sejarah. Dia hebat dalam sejarah Islam :)

Syuhada : Bakal guru arab. Ex UMP tahun 2011..Fuyoo!..Hehehe.. IPGI Bangi... Penulis blog juga ni. Sweet2. Hehehe.. :)

Nasuha : Asasi Sains Kesihatan Bersekutu di UIA. Ha... Yang ni muda setahun. Hehehe.. Nakal tapi comel. Baik giler!! :)

Sekolah kami!! :) (Syuhada jew sekolah lain.huhuhuhu)






Disini la kami membina kenangan2 kami :)
( Kredit kepada Sya-Izz utk gambar2 ini ^^ )

Kawan itu umpama cermin kepada perangai kita :)

InsyaAllah.. Kepada kawan2ku sekalian, majulah kamu untuk Islam. Saya titipkan doa kepada teman2 sekalian.

Kepada sahabat2 sekalian, saya hadiahkan nasyid ini untuk kalian serta teman baik kalian. Semoga kita dapat kembali tenggelam dalam kenangan2 manis kita seketika dulu :)



U.N.I.C -  Kau Kawan, Sahabat dan Teman




U.N.I.C - Sebuah Pertemuan




Sebuah Pertemuan,

Sebuah Perpisahan,

Sebuah Persahabatan,

Dari Allah juga.







Koleksi Kesayangan :)

0
COM

Assalamualaikum wrt.. Dah lame rasanya x jenguk blog sendiri. Bukan sibuk, bukan malas tapi sebenarnya hati dah mula goyah. Mula tersimpang jauh dari dunia sebenar. Tapi alhamdulillah masih sempat ingat kepada Yang Satu. Tapi alhamdulillah sekarang mula tertarik hati nak update sebab sokongan seorang sahabat. TQ sahabat :)

Entry kali x tahu nak cakap ape sebenarnya tapi...nak share sesuatu kepada semua. Nak share koleksi buku2 sejarah yang saya kumpul selama setahun dah. X pernah terfikir saya kan jadi 'gila' sejarah tapi ini la hakikat saya sekarang. Alhamdulillah...2 tahun memencilkan diri akhirnya dapat sebuah pengalaman yang hebat. InsyaAllah sejarah2 Islam masih dalam ingatan :)

 
Ni la koleksi buku sejarah saya. Masih banyak yang xde seperti Tariq, Hamzah, Jaafar, Muawiyah, Hijrah dan banyak lagi. Tapi insyaAllah saya akan cuba kumpul sikit2 :)

Akhir kata, doakan saya supaya tetap istiqamah dalam meng'update' blog saya yew. InsyaAllah dan amin :)

Jalan Dakwah Tuuuuu....Sumpah Panjang!

0
COM


Di'copy' dari Pertandingan Video Osem APG 11 - Youtube

Dakwah tu Cool!
Tarbiyyah tu Osem!
Segalanya tentang Islam Howt!!!

Osem kan?? :)

Setitik Kasih,
Segenggam Rindu,
Selaut Cinta,
Ku titipkan padamu,
Rasulullah S.A.W
Murabbi terbaik sepanjang zaman ^^_

Sumpah!..Dakwah tu KOOOOOLL and OOSSEEEEEEEMMMMM!!! :)


I Believe :)

0
COM
IRFAN MAKKI FEAT MAHER ZAIN - I BELIEVE
(IRFAN MAKKI)
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in
Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?


(MAHER ZAIN)
Coz I believe
In a man who used to be
So full of
love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let
His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe


Believe in Allah S.W.T, Believe in Rasulullah S.A.W and Believe in Islam. And those will guide you to the ultimate : Jannah :)


And do not believe in those Tahyul things, it will mislead you from the right track forever!!

Chill k^^ 





Himpunan Sejuta Belia 2012

0
COM




Program yang dijalankan.

Salah Satu Program yang Menjadi Perselisihan Faham.

Kenapa dibatalkan?

Santapan rohani?

Jihad?

Komen dari bijak pandai agama.

Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.

Al-Zurqani berkata :

" Jihad menurut istilah syara' ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar"

SAHABAT : Pilihlah yang terbaik. Insyaallah :)

3 Bulan Puasa Sunat : Kebun Pahala bagi Umat Islam.


Alhamdulillah sudah setahun kitaran hidup yang diberikan kepada kita untuk terus bernafas di bumi Allah, dan kita masih di sini untuk terus beribadah kepada Allah. Alhamdulillah...

Sekarang kita sudah memasuki bulan Rejab, 2 bulan lagi untuk kita akan mendekati bulan Ramadhan. Bulan yang penuh barakah dan fadhilatnya.

Abu Said Al-Khudri berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Bulan Rajab adalah bagian dari bulan-bulan yang mulia dan hari-harinya tercatat di pintu-pintu langit yang keenam. Barangsiapa yang berpuasa satu di dalamnya karena dasar takwa kepada Allah, maka pintu langit dan hari itu berkata: Ya Rabbi, ampuniah dia…





Antara amalan yang dicari umat Islam pada bulan-bulan ini ialah puasa. Alhamdulillah..semoga apa yang kita buat mendapat keredhaan Allah S.W.T dan seluruh isi alam.


Nilailah sendiri wahai sahabatku. Ambillah yang terbaik. Apa-apa pun saya mengucapkan selamt berpuasa dan beramal ibadah kepada semua. May Allah Bless You~~ :)



Kesimpulannya : Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan Banyak fadhilat dan pahala.

'3 Kata' Kunci Pencetus Kejayaan Muslim




USAHA :
"Dan katakanlah, 'Berusahalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat usahamu itu." (At-Taubah: 105).

DOA : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah: 186).

TAWAKAL :
“Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali” (Huud: 88).

~Maka wahai orang-orang yang beriman, usaha,doa dan tawakallah kamu kepada Allah kerana itu adalah sebaik-sebaiknya.~

Kepada : Sahabat-sahabat yang bakal dan sedang menduduki ujian sama ada ujian dari Allah atau peperiksaan. Semoga berkat dari apa yang kamu buat dibalas sebaik-sebaiknya oleh Allah...Gud Luck!!n All the Best! ^_^

Bilal Bin Rabah : Pengumandang Azan Seluruh Alam

Bilal bin Rabah r.a ( بلال بن رباح) dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah S.A.W dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.





Pengislaman Seorang Hamba Allah.


Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.

Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,

“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”

Tetapi Bilal lantas menjawab,

“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”

Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.



Setelah Wafatnya Rasulullah S.A.W


Sedih dan Pilu Hati Bilal

Pemergian Seorang Pejuang Allah yang Dicintai Rasulullah S.A.W

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

Khalifah Ali bin Abi Talib : Cendekiawan Islam Berfikiran Tajam

Saidina Ali Abi Talib (علي بن أبي طالب‎) ialah Imam Islam pertama selepas Rasulullah SAW dan khalifah terakhir Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah S.A.W. iaitu Fatimah.





Kehidupan Khalifah ke-4.


Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. Semasa Nabi Muhammad S.A.W. menerima wahyu daripada Allah S.W.T, Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.



Perkahwinan Saidina Ali bin Abi Talib.
 
 
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Mekah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah S.A.W, kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Kewafatan Rasulullah S.A.W Memberi Tamparan yang Hebat.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. 

Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah S.A.W., maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Perlantikan Ali Sebagai Khalifah.

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitulmal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Khalifah Ali.

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam, dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Uthman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka.
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Wilayah Pentabiran Khalifah Ali bin Abi Talib.


Mutiara Kata Saidina Ali.

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' 
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia 
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya 
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' 
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi 
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki 
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan 
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati