Contengan jalanan

"kau pernah kene reject?", kawan dia tanya.

Sunyi seketika

"pernah je. hehe. pehal?", dia jawab terus terang.

"makwe kau dah ada orang lain?", tanya lagi. dari alir mata, nampak galak mahu bertanya disitu.

"uis, ape main makwe ni? tak eh. aku tak pernah couple lepas kenal sorang muslimat ni", jawabnya spontan.

"haa...ni best ni. ce cite, ce cite", kawannya meletakkan pen. kerja ditangguh kerna mahu fokus pada cerita dia.

Dia gelak kecil.

"hahaha...nak cite ape?"

"everything bebeh"

"haha..okey. tp aku cite untuk kau jadikan pengajaran"

Pen diletak, dia palingkan muka menghadap sahabat dia.

"camne nak mula eh? aku dah banyak lupa. dah lama terjadi. hmm..okey, aku tahu nak mula kat mane. sebelum aku sambung degree, masa diploma dulu aku kenal sorg muslimat ni. cun doo. ada rupa, ada agama. cukup bagi aku jadikan bini. selama 3 tahun kawan. mula2 tu aku takde perasaan tp bila kita lama kenal hati budi, kita mula jatuh hati. hahaha...macam cite romeo n juliet tu. haha...tapi tak, kami tak camtu. aku kenal tp aku jaga batas percakapan kami. kami mesej tp jarang-jarang, selalu berkisar sal kesihatan and study je. mesej utk tny khabar. mmg kami so so soooo closed. sampaikan masing2 dah tahu akan suka satu sama lain", dia berhenti di situ.

"then? takkan camtu je? hero mesti kene main tembak-tembak dulu", sahabatnya buat gaya orang tembak gunakan pistol.

"kau nak backhand? hahaha. entah. lama berkawan. selama tu la aku mula minat dia. 3 tahun tunggu utk luah perasaan. tp mmg betul, dia pun ada bagi harapan sikit. so, aku pun terlalu berharap. mmg silap aku", dia menyambung ceritanya. kali ini lebih serius.

"lepas tu apa jadi?"

"aku hidup dalam meminati dia. sampai satu masa, aku dah sedia untuk luah perasaan. aim aku nak jadikan bini, tak mboh main-main dah. kerek giler masa tu. budak-budak tak matang lagi. kah kah kah", dia gelak mengenangkan kisah lucu itu.

"malam tu aku bagitahu semua isi hati aku. besar harapan tu. planning dah siap, lagipun aku bakal habis diploma. tapi, diploma tak jamin ape-ape, nak bagi makan anak orang lagi. lain la si dia ni, bakal cikgu. kuar je boleh keje. hehehe. sebab tu aku study sekarang. aim study ni bukan nak kawin pun, cuma aku minat belajar. dulu aim nak sambung degree sebab dia, sekarang aim nak sambung belajar degree sebab memang minat"

"kau tak habiskan lagi cerita. ni kalut cite sal degree. hehe", kawannya usik. gelak terburai.

"malam tu aku luah tapi dia suh aku tunggu jawapan dia. sejak tu dia mula jarakkan diri kot. pung pang pung pang....aku g beraya rumah dia. kenal kuarga dia. camtu la"

"sikit sangat. lagi...lagi...", kawannya pinta supaya dipanjangkan cerita.

"ntah, aku pun taktau nak cite pe lagi. lepas beraya tu, kami kawan still biase. oh ye, selama ini dia ade bagi warning jangan terlalu harapkan dia. tapi aku je, degil sangat. bila hati dah suka, buat ape pun tak apa", dia menyanyi mengikut rentak lagu kegemarannya.

"satu malam tu, dia cakap ada hal penting nak bagitahu. aku dah dapat agak. so, aku keep on dengar. dia cakap dia x dapat pilih aku coz...ntah...banyak sebabnya, cuma aku malas nak ingat. agpun, yg aku ingat satu je sebab. dia tak pilih aku sebab dah ada orang lain. she said that she felt in love with him and still waited for him to respond. if that guy respond, she want that guy see her family", speaking sikit.

"ooo...silap kau. dah orang letak tanda amaran awal-awal, kau still berharap kenapa?", sahabatnya membidas.

"hoho. ntah, aku mana tahu jadi camtu. aku memang kecewa giler. for second time dalam hidup aku, aku terlepas orang yg aku sayang. perit doo...tapi biarlah. aku jarakkan diri dengan dia. supaya dia tidak bayangkan aku, supaya aku boleh hilang dari ingatan dia. aku bukan jenis perampas kasih sayang orang. aku memang mudah mesra, she said i'm good listener. hehe. tapi siyes doo, kekadang aku rindu dia. rindu sangat. lepas aku x contact dia, banyak kali doo aku check phone kot2 dia mesej n tukar fikiran ke. tengok wassap dia. tengok gambar dia", dia membebel. lagaknya seperti orang tua.ً

"giler, teruk gak kau ni", sahabatnya mencemuh. hendak tergelak, takut sahabatnya terasa hati.

"memang pun. orang tengah sedih. dua minggu aku sedih. tapi aku tersedar, tak guna harapkan orang yg x menghargai kita. lepas tu aku cuba berubah. walaupun rindu n cinta aku kat dia bersatu, tak akan dapat lawan cinta Allah kepada aku. setiap kali lepas solat, aku doa banyak2 supaya Allah beri kekuatan kat aku untuk lupakan dia. aku ingat lagi, Allah permudahkan jalan. aku mampu lupakan dia. tapi, kekadang tu memang la rindu. tapi kalo rindu sangat, aku doa supaya rindu ini dipadamkan. aku taknak dia tahu. sebab aku taknak kacau hubungan orang", dia bercerita lagi.

Diam seketika.

"kau hebat sebab mampu kawal perasaan", sahabatnya bersuara, kagum.

"tak eh. kekadang pun bila bersendirian, aku still ingat dia. camne dia senyum, camne dia bergurau. tapi aku doa supaya semua ni dapat dilupai. sikit-sikit tu biaselah, kita manusia ada hati n perasaan. tak semua kita boleh remove", dia senyum melihat sahabatnya memandang kagum terhadapnya.

"kau jadi kaunselor aku boleh?", kawannya senyum kambing padanya.

"nak kene luku? haha...boleh bebeh. anything for u", dia senyum.

*tamat*

Entry that I wrote for you, my beloved friend.

Special dedicated to my beloved friend who manage to have me in his/her side when I need shoulder. now, he/she will be taken. hehe, good luck my friend :)

Nota kaki.

Ketahuilah, bila kau lepaskan seseorang demi Allah, Allah akan ganti dengan lebih baik. Tapi, jangan kau cari cinta manusia kerana manusia selalu kecewakan kita, tapi cari cinta Allah. Dengan izinNya, Allah kembalikan cintanya. Dan Allah anugerahkan lagi cinta manusia yg terbaik utk kita. Bagaimana aku tahu?

Kerna, aku sedang alaminya.
Kerna, Allah hadiahkan seseorang yg lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Post a Comment