Merisik Khabar

"assalamualaikum, org kat sana ap khbar? sihat?"

Terpampang satu mesej di dada skrin telefon pintar. nama yg sudah lama tidak kelihatan.

"waalaikummussalam, sihat alhamdulillah. sahabat kat sana sentiasa sihat, kan? insyaallah sahabat dalam setiap bait-bait doa", jawabnya dengan ringkas.

"keadaan kat sana mcm na? oke?", sahabatnya bertanya lagi.

dia tahu sahabatnya ambil kisah berkenaan dirinya. dia tahu sahabatnya mengambil berat akan dirinya. namun dia tidak mampu. cukup disini.

"banjir dah surut. kali ni 4 kali banjir. banjir terakhir 2 minggu lps. kereta rosak masuk air", dia jawab dengan bersahaja.

"time kasih"

"sama sama", ringkas sekali lagi.

*jeda seketika.

"sy nk kongsi cerita"

"silakan", dia balas tapi penuh teliti.

sudah agak lama dia dan sahabat tidak bercerita. bukan kerana sibuk, tetapi masing-masing senyap tanpa khabar. dia pula semakin menjauhi sahabat itu, kerna dia sedar sesuatu. jika terlalu rapat, boleh mendatangkan kemudaratan.

"sy dah dpat result. alhamdulillah dapat pointer 3.81. utk sem lah."

dia panjatkan syukur kepada Allah kerna doa dia selama ini dimakbulkan oleh Allah. tidak penat berdoa, akhirnya membuahkan hasil. sahabatnya cemerlang dengan gelaran dekan. namun dia cuba sembunyikan perasaan girangnya itu. bimbang diketahui sahabat.

"alhamdulillah, ucap syukur bebanyak. bila kita berusaha, Allah akan bagi. Allah akan bagi mengikut kempuan kita dan menilai usaha kita. tahniah sahabat", dia cuba menenangkan perasaan gembiranya. sungguh, dia terlalu gembira cuma dia berusaha untuk sembunyikan.

"tp utk yg tkumpul, cgpa bru 3.64 je. sy kne usaha lagi", ujar sahabatnya lagi.

begitulah semangat sahabat itu. selalu menceriakan keadaan. selalu bawa aura positif. kekadang dia pun terinspirasi dari aura sahabat itu. tapi, dia cuba bertenang.

*hening seketika

"say something awak...", pinta sahabatnya.

*sunyi lagi

"tq sbb bagitau saya. tapi, nak tanya boley? dah kongsi berita gembira ni dengan org awak syg? especially kuarga awak. tapi saya pasti awak dah bagitau. kalo dah, awak patut bagitau org yg awak syg. not me sbb sy kawan je. jujur, saya epi cuma sekadar epi. tidak lebih n tidak kurang. tapi kalo awak kongsi berita ni dgn org awak syg terutama famili awak, mereka akan bagi hadiah. n semakin support awak. kalo bagitau sy, xde bnda sy blh bg. just listening. come from right ear and out from left ear. hoho, speaking. tapi, itulah hakikat. we are not more than just a friend. cuma sekarang sy lbh suka berdiam diri. itu yg tbaik bagi saya", dia berikan kata-kata muktamad.

*senyap

"cuba dengar lagu sahabat sejati. dari kumpulan nasyid kegemaran awak, unic. ia cukup bermakna. tq sbb sudi kongsi lagu nih di blog. saya dah baca setiap hari, hampir 3 atau 4 kali sehari. tiada ape utk saya komen", dia berkata.

telefon dicapai, recorder apps ditekan. lagu dimainkan, record berjalan.

*tamat

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Contengan jalanan
Jam 0043
1 Januari 2015

No comments:

Post a Comment