membina dan mempersiapkan generasi paramedik huffaz


*huffaz - hafiz dan hafizah yang menghafal alquran. mempelajari ilmu dari alquran dan mengaplikasikan ilmu di dalam alquran kepada ummah dan masyarakat. semata-mata kerana allah dan islam.

paramedik satu pecahan bidang dari sains bersekutu. bidang yang mana menempatkan ramai mereka yang bekerja untuk membantu mempertingkatkan kesihatan orang awam. dalam masa yang sama, membantu memperjuangkan nasib umat manusia dalam memperdagangkan kesihatan di peringkat dunia. membentuk generasi paramedik mengambil masa tiga hingga lima tahun dalam trek masa di kampus mahupun kolej. pengisian berteraskan kepentingan, serta cara-cara penjagaan kesihatan terus diberikan selama mana pelajar itu berada dalam jurusan itu. akhirnya, hasil yang diharapkan mampu memberi manfaat kepada islam khususnya, kepada masyarakat dan ummah umumnya.

melirik sejarah, tokoh islam ibnu sina bapa kedoktoran dunia yang digelar avicenna di barat. merupakan sorang paramedik berjaya pada zaman abbasiyyah. karya beliau, hasil tangan serta buah fikiran beliau berkonsepkan sains namun berteraskan islam. lukisan jantung, lukisan terkenal beliau membantu ramai tokoh perubatan terkehadapan sama ada tokoh islam ataupun barat. beliau salah satu contoh paramedik huffaz.

kembali kepada topik penulisan dimana saya menekankan tajuk paramedik yang berkonsepkan hafiz dan hafizah (golongan huffaz). tidak disangkal ilmu itu berteraskan agama, dan ilmu itu sendiri diajar dalam lembayung islam dan begitulah sebaliknya. konsep ini digunapakai oleh hampir kesemua ilmuan dan doktor semasa zaman abbasiyyah. bukti, limpahan kader paramedik hingga memaksa kerajaan islam abbasiyyah mengadakan satu penilaian khas bertujuan memilih calon yang selayaknya menceburi bidang kedoktoran.

bukti sains dan agama saling berkaitan?

kembali belek lembaran al-quran.

surah yasin, ayat 77:

أَوَلَمْ يَرَ الْإِنسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih?..."

dalam surah yasin, ayat 77. dimana allah menyatakan penciptaan manusia dari benih (air mani).

juga surah yasin, ayat 80 :

الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ

"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

asasnya, kita mengetahui bahawa arang kayu yang dibakar itu datangnya dari pokok yang menghijau.

pelik. tapi pernahkah terfikir, bagaimana alquran yang diturunkan hampir 1400 tahun dahulu mengetahui berkenaan kejadian manusia dari air mani? dan arang kayu dari pokok hijau boleh menyalakan api?

disitu indahnya islam, perkaitan alquran dan sains. belajar sains namun dalam masa yang sama, segala macam perkara di dunia, sekecil kejadian manusia hingga ke peredaran bulan diterangkan dalam alquran. hikmah mempelajari alquran, kita mengembangkan ilmu didalam alquran.

itulah kemukjizatan al-quran yang berada dalam islam. hadirnya islam sebagai payungan kepada masyarakat. alquran lengkap dari segi ilmu perubatan, mahupun kejuruteraan, mahupun bidang-bidang yang dikaji hingga kini.

membina hafiz dan hafizah paramedik?

topik perbincangan yang menarik. dimana membina keperibadian huffaz dalam kemodenan paramedik. ahli-ahli paramedik yang cemerlang membina thaqafah(ilmu) didunia. namun, lagi cantik jika dirinya disulam dengan ilmu keagamaan. pakej lengkap seperti ibnu sina, mahupun alkhawarizmi mahupun ibnu batutta.

pembinaan paramedik huffaz tidak mengambil masa yang sebentar, tapi perjalanan kearahnya memakan masa yang lama. antara tips yang boleh saya kongsikan kepada pembaca untuk menjadi paramedik huffaz :

1. membaca alquran setiap hari, dan tadabbur ayat
2. mencari masa yang tenang, lapang untuk menghafal
3. pastikan berwuduk dan sentiasa niat ikhlas kerana allah
4. cari ayat yang berkaitan dengan perubatan
5. belajar/bertanya dari sahabat mahupun ustaz berkenaan sebahagian ayat yang boleh digunakan sebagai ubat dalam rawatan islam
6. masa terluang, ulang setiap ayat mahupun surah yang dihafal
7. kongsikan dengan sahabat sekeliling jika menemui ayat yang berkaitan dengan islam + perubatan

kehebatan islam kehadapan diukur melalui generasi muda sekarang. kita tidak punyai banyak masa untuk berlengah dan bermain-main. cukup waktu dan masanya, paramedik huffaz akan dipanggil untuk berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

buang sikap malas dan berkira dalam membaca, menghafal alquran. pastikan kita terus istiqamah membaca alquran.

road to mardhatillah!
from jahiliyyah to jannah!
profesional paramedik istiqamah!
paramedik huffaz!

insyaAllah.

bila pena bercerita
jam 0139
25 februari 2016

No comments:

Post a Comment