pena menari

menyelami semester dua, membuatkan aku lebih memfokuskan perhatian kepada pelajaran dan gerak kerja kelab. aku cuba lari dari soalan sahabat, kemana arah tuju selepas bergelar graduan? sengaja aku cipta alasan mahu kekal bersama jemaah, menggerakkan agenda jemaah. sebab aku dilatih untuk terus berkhidmat untuk islam.

dan ada pula senyum sinis, mengatakan aku hanya hipokrit. hipokrit dalam jawapan diberikan. padahal aku mahukan sesuatu yang lain. aku hanya senyap. senyum manis balas tetap aku lemparkan kepada empunya badan yang berkata. sahabat, katalah apa sahaja yang kau mahu. sungguh, sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja islam aku.

bahagian paling best, ada sahabat yang mengusik. aku hanya mampu gelak. saban hari, setiap waktu. hebat dunia dengan ukhwah, hebat bumi adanya ikhwan. mereka yang menemukan aku dengan jalan sebenar. mereka yang mengheret aku tika aku tersasar. mereka yang menyambutku tika aku mahu jatuh.

mereka, mereka dan mereka.

bab yang paling banyak ditanya adalah berkenaan calon. aku, bila ditanya pasal calon. terus sahaja aku katakan aku menanti najwa latif. biar semua gelak. gelak sakan. senang, semua terhibur, semua suka dengan lawak tu. supaya berhenti dari bertanya soalan remeh temeh begitu. misi untuk meng'islam'kan dan meng'iman'kan seseorang terasa sungguh jauh lagi. banyak kerja perlu dibuat sebelum aku menjadi iman. itupun belum tentu berjaya. mahu ditambah lagi fasal lain?

"oh...no....."

ya allah, ikhlaskan hati ini untuk membantu agamaMu. ikhlaskan hati ini dalam membawa kebaikan agamaMu. ikhlaskan hati ini dengan segala usaha memenangkan islam untukMu. sahabat, bantulah diriku selalu. aku lemah ditengah jalan, perlukan seseorang untuk menyambutnya.

insyaAllah.

dan 'jodoh' :

"jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan memperteguhkan tapak pendirianmu"

(surah muhammad : 7)

pembolehubah dimanipulasi : jika tolong agama allah, maka allah tolong temukan jalan yang terbaik memahami kemanisan iman.
pembolehubah bergerak balas : semakin engkau ikhlas memperdagangkan dirimu kejalan allah, semakin allah redha dan menghamparkanmu jalan menuju ke syurganya.

wallahualam,

dan akhir kata...

"aku generasi yang dipersiapkan untuk kemenangan islam"

pena menari
mei 7 2016

No comments:

Post a Comment