Definisi Cinta? Bahagian Dua

Cincin simbolik kepada pertunangan

Definisi Cinta? Bahagian Dua.

Assalamualaikum wrt. Syukur kerana Sang Pencipta masih memberi kesempatan kepada saya mencoret Definisi Cinta untuk bahagian kedua. Kali ini, saya memerlukan beberapa tika untuk mencari tajuk sesuai sebagai kesinambungan Definisi Cinta Bahagian Satu yang lepas. Selepas di nilai dari beberapa sudut, kali ini saya ingin berbicara mengenai Masalah hati.

Satu lagi topik yang menarik untuk dikongsi. Ketika saya menulis artikel ini, saya diaju dengan pelbagai soalan serta masalah sahabat mengenai jodoh. Ada sahaja sahabat bertanya perihal jodoh, ada yang mengesyorkan begitu dan begini. Banyak cara tapi berkesan ataupun tidak? Yang penting sekali, mendapat redha Allah ataupun tidak?

Disini saya senaraikan beberapa masalah untuk sahabat boleh nilai sendiri.

Masalah pertama
: Saya mengirimkan surat kepada si dia menyatakan perasaan saya. Sungguh tak disangka, si dia pun mempunyai perasaan sama seperti saya. Selepas itu kami ber'couple'.

Masalah kedua
: Kami kenal melalui laman sosial. Satu masa, ketika saya sedang melayari Facebook tiba-tiba mata terlirik pada gambar yang baru dimuat naik. Sungguh ayu dan cantik! Tiada bidadari lain di dunia mampu melawan kecantikan dia. Saya mula menegur dia. Responnya positif. Lama kami kenal, timbul rasa cinta lalu kami 'couple'.

Masalah ketiga
: Kami tidak bercinta seperti pasangan lain. Kami kenal dua bulan, terus saya menyatakan hasrat hati ingin berjumpa keluarganya. Mula-mula dia keberatan namun bila dipujuk, dia mengalah. Katanya, orang tuanya melarang dia kahwin pada usia muda. Ini menyebabkan saya rasa tertekan dan mengambil jalan mudah untuk berkahwin di Thailand.

Begitulah antara ceritera cinta yang terjadi dalam dunia fantasi cinta remaja sekarang. Bilamana hati terlalu rapuh, nafsu menjadi ampuh, iman sudah tertunduk, akibatnya mereka hilang nikmat cinta tersebut. Kita ingin mendapatkan Cinta High Class seperti apa yg diperkatakan oleh Ustazah Fatimah Syarha dalam novelnya. Namun sedar mahupun tidak, kita tenggelam dalam lautan cinta berpaksikan nafsu.


-Perlu lebih
matang menilai cinta-

Iya, perlu lebih matang
. Matang disini memberi maksud bahawa matang dalam mengenal cinta,mengenal si dia, mengenal diri serta mengenal persekitaran. Perlu! Jangan ambil mudah! Jika tidak matang akan memakan anda kembali. Bagaimana? Dengan cara anda akan didoktrin dengan paradigma usia+matang. Ayuh berubah sekarang!

No comments:

Post a Comment