Definisi Cinta? Bahagian Tiga


Definisi Cinta? Bahagian Tiga (episod terakhir).


Assalamualaikum wrt. Sekalung aspresiasi saya hulurkan kepada semua sahabat-sahabat yang langsung dan tidak langsung menyokong saya dalam penulisan entri Definasi Cinta Bahagian Tiga(episod akhir). Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, yang menyokong dan mendoakan agar entri-entri Definasi Cinta akan dibukukan suatu hari nanti.

Dalam entri kali ini, saya mencoret agar dapat membuka mata pemuda pemudi/remaja/anak muda/as-syabab/ar-rijal/an-nisak supaya lebih mengenali cinta dari kaca mata realiti bukan fantasi. Juga, saya selitkan serba sedikit tips-tips kepada mereka yang bakal membina Baitul Muslim.

Selamat menjamu selera dengan Definasi Cinta.


Jangan terlalu memikirkan perasaan.

Anak muda itu batu asas kepada agama, anak muda juga pembela agama. Melirik sejarah sekalipun, lingkaran sahabat-sahabat Rasulullah adalah pemuda yang berumur sekitar 15-30 tahun. Pemuda ini yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dari Sepanyol hingga ke Tanah Besar China. Bagaimana mungkin mereka memikirkan Cinta sedangkan hal Agama belum lagi selesai? Ya, remaja pada usia muda inilah perlu mendalami ilmu agama dengan secukupnya. Bukan asyik melayan perasaan. Saya tidak membantah jika anda sudah mempersiapkan diri, tapi saya menegur sebahagian kecil remaja yang masih mentah tapi hatinya berkecamuk dengan masalah cinta, cinta dan cinta.


Persiapkan diri.

Bila dibaca sangat mudah, tapi perlu pemahaman yang mendalam. Persiapkan diri?

"Argh, aku sudah bersedia! Aku punyai wang, punyai harta, punyai masa, punyai pengalaman, punyai segalanya."

Sangat mudah bila bercakap, tapi sangat susah untuk mengaplikasikannya. Jika diukur dengan kebendaan, anda berjaya. Tahniah! Tapi, adakah anda sudah mempersiapkan diri melalui beberapa perkara seperti persiapan rohani dan emosi?

"Ops, tidak lagi. Aku solat subuh pun pukul 7. Subuh gajah."

Ha! Disitulah masalahnya. Persiapan diri pun belum sempurna, bagaimana anda mahu membimbing seorang makmun?

Point persiapan diri juga perlu dipecahkan kepada beberapa perkara :

1. Agama.
2. Kewangan.
3. Komitmen.
4. Masa.
5. Tanggungjawab.
6. Lain-lain.

Fikir dahulu sebelum bertindak! Ya, alangkah bahagia sekiranya seorang remaja itu sudah membina individu muslim dalam dirinya, dan bertemu dengan pasangannya juga sudah membina individu muslim(dengan izin Allah). Hasilnya, keluarga itu keluarga sakinah. Keluarga itu keluarga yang menuju kepada redha Allah. Dengan percaturan yang teliti, hasilnya juga kita membina sebuah Baitul Muslim yang terhebat!

Yakin pada diri, yakin jika Allah tetapkan dia jodoh, maka perlu berusaha ke arah itu. Bukannya menunggu si dia datang kepada kamu. Jelaskan pada ibu bapa(untuk mendapatkan restu mereka. Hubungan tapi restu tentu sia-sia sahaja). Mulakan dengan persediaan teliti sebelum memulakan langkah pertama untuk Baitul Muslim.

Dan ingatlah,

“...Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah an-Nur : 26)

InsyaAllah, inilah serba sedikit perkongsian untuk Definisi Cinta. Biar sedikit, tapi memberi impak besar kepada diri anda. Saya bukanlah penulis yang hebat dan terbaik seperti Hilal Asyraf ataupun kak Fatimah Syarha, juga bukan setaraf dengan A. Samad Said yang mempunyai struktur bahasa yang indah. Tapi, saya mencoret atas dasar ingin menimba ilmu juga mahu berkongsi. InsyaAllah. Doakan semoga Definisi Cinta dapat dibukukan. Amin ya Rabbal Alamin :)


2 comments:

  1. huhuhu,... teruskan menulis dan berpuitis.. semoga Allah mendengar doamu sahabat utk membukukan Definasi Cinta...

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat seperjuangan. doaku juga pasti tertaut kepadamu supaya terus sukses selalu. kembara menuju redha Allah :)

    ReplyDelete