siasah
aku perasan, angin perubahan landskap politik malaysia mula menaik sekarang. dengan penubuhan pasma, seterusnya ghb dan akhirnya pan(parti amanah negara) menjadikan satu titik tolak kepada keberjayaan pas dalam wadah siasah peringkat nasional. tambah lagi, kebajetan dan kepincangan yang berlaku dalam umnoBN sebagai nilai tambah kepada sosok mata orang sekeliling menilai kepimpinan najib.
aku termenung,
saat ini, angka 1 dolar bersamaan 4 ringgit malaysia tetap bermain di ruang legar kotak pemikiran. ah! kadang kala penat berfikir, tapi entah kenapa. aku pemuda yang diberi otak dan akal berfikir.
tengok sahaja negara, sibuk bini pm bergelek-gelek pinggul bersama isteri wakil-wakil umnoBN semasa majlis pertandingan badminton di sini, rakyat pendapatan sederhana dan rendah mula resah dan gelisah. dulu, ibaratnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. namun sekarang, kais pagi belum tentu mampu makan kerna dibelenggu gst yang dicanang kerajaan.
sekarang, nilai 2.6 bilion yang dikatakan derma hanya retorik najib dan kroni untuk menutup penipuan songlap duit. angka itu mampu membangunkan modal insan dengan pengisian agama. namun begitu, duit itu masuk ke bank peribadi dan najib senyap membisu seribu bahasa. bila diasak, banyak perintah dari tangan ghaib yang melakukan tangkapan serta penahanan kepada individu yang menentang najib.
ghb juga melengkapkan rencana allah. dengan keluarnya sebahagian bekas pimpinan yang tidak bertunjangkan islam dari pas, maka allah bersihkan pas dari mereka yang punyai dua kerja dan tidak ikhlas. dan allah gantikan berpuluh ribu anak muda yang menyokong dan mendokong perjuangan pas saat ini. kader agama ini bertebaran berterusan di atas muka bumi allah.
ya allah, selamatkanlah kami dari kebinasaan yang dibawa umnoBN serta tangan-tangan yang membawa kepada keruntuhan gerakan islamiyyah pas. suburkan usrah dan tautkan hati-hati kami sebaiknya dalam melakukan kerja islam. ya allah, kami punya anak muda yang hebat, insyaAllah anak muda ini membantu kejayaan dalam menegakkan islam di bumi malaysia.
sekian,
tinta cinta
0206
19 September 2015
No comments:
Post a Comment