tinta bertanda pesimpangan
minggu yang sedikit meletihkan. beberapa bulan lepas, aku sempat bertemu doktor. pertama kali aku bertemu doktor untuk rawatan kesihatan keseluruhan. doktor mengesyorkan aku perbanyakkan berehat, juga awalkan tidur. kerana aku disuspekkan dengan satu penyakit. aku hanya senyum kepada doktor.
minggu demi minggu berlalu, kerja makin bertambah. belajar juga makin payah. dari kimia, beralih kepada biologi serta fisiologi. 100% aku perlu mula dari bawah. berbekalkan keinginan dan minat untuk jadi jurutera kimia suatu tika dahulu, aku gagahi belajar. alhamdulillah. sekarang aku makin faham.
peperiksaan tengah semester memang 1001% berbeza dengan cara universiti. disini kami dilatih supaya tidak meniru dan memberi tiru. syukur, aku memang nakal. suka meniru. hehe. dengan adanya peraturan begini, mampu mendidik budak seperti aku supaya lebih berdisiplin dalam peperiksaan.
minggu lepas, hari raya aidiladha. hari raya korban. sedar tak sedar, dah hampir seminggu berlalu raya. tahun ni tidak meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana adik beradik ada yang belajar jauh. tahun ni tahun pertama beraya tanpa baju baru, tapi syukur. allah gantikan baju baru dengan kasih sayang sebuah keluarga yang hebat. aku bersyukur atas kurniaan allah. siapalah aku tanpa mereka, keluargaku. aku berjuang untuk agama, tanpa redha mereka, tiada makna perjuanganku.
aku hampir lupa, sudah berbulan aku tidak hiraukan telefon. whatsapp hanya berlegar berkenaan kerja di kolej. tanpa aku perasaan, jari membelek mesej-mesej lama. banyak mesej di bawah. antaranya mesej mama, mesej sahabat baik nahdi sani hakim, mesej kawan di ump, mesej dari sahabat sekampung supaya pulang awal kerna ada program, serta mesej seorang sahabat. aku belek, baca dengan teliti. sudah agak lama aku diam. tenang.
28/9/2015
esok ujian amali makmal pembuatan ubat. setiap pelatih yang berada dalam kos ini wajib menduduki ujian amali ini. markahnya agak tinggi. sungguh, aku cuak, takut, gentar, resah. sebab itu aku mencoret dalam ruang masa 10 minit sebelum lelapkan mata. aku mahu kongsikan sedikit di laman maya. menulis itu adalah hidupku.
ps : doakan yang terbaik untukku esok. sungguh! diri ini perlukan semangat dan doa dari sahabat!
ps : alhamdulillah, sempat dapatkan dua buah buku, drakula dan sebelum aku bernikah : memeluk sempurna :)
ps : rindu sebenarnya. namun aku perbanyakkan doa. supaya hati ini sentiasa tenang.
kalam pemuda
29 September 2015
0108 pagi
No comments:
Post a Comment