pemandangan
pemandangan disini sangat indah, sangat tenang. sebulan lepas, aku sempat keluar sekejap. menuju ke lata. di sana ada air terjun yang mengalirkan air yang sangat jernih. aku sempat turun ke sungai untuk merasai sejuknya air mengalir.
benar, ciptaan allah sungguh hebat. aku pilih salah satu batu yang besar dan tinggi. aku daki lalu bersimpuh diatasnya. tangan meraba telefon pintar. aplikasi iquran dibuka. sempat aku habiskan satu surah, ar-rahman sebelum pulang.
ya! mentadabbur alam dikelilingi pokok, bukit bukau dan gunung ganang mengingatkan kita kepada pencipta. ya! kita sangat kerdil berbanding dengan besarnya kuasa si dia. air sungai yang mengalir beratus-ratus tahun tidak pernah kering, tahukah siapa yang mengalirkan air tersebut? pasti kita terfikir ada satu kuasa yang maha hebat mengawal atur kitaran alam.
betul! itulah allah.
usai mentadabbur alam. aku dongak ke langit. mencari titik dimana kita menginsafi diri bahawa kita adalah makhluk yang maha kecil. tiada daya upaya mahu melakukan sesuatu tanpa izinnya. masakan aliran air, binaan empangan buatan manusia pun selalu pecah. inikan pula mahu mengawal atur aliran air.
sekali lagi aku masuk kedalam air. merasai nikmatnya kesejukan air. ya allah, aku ingin hadir sekali lagi untuk mentadabbur alammu. dengan izinmu, suatu hari nanti aku kembali lagi. dengan izinmu, aku bawa kawan-kawanku bersama mentadabbur keesaan dan keagunganmu ciptaanmu.
kalam pemuda
lata chepor, bulan 9
0040
12 oktober 2015
No comments:
Post a Comment