bos vs ketua?
bos / ketua?
setiap saat aku tanyakan soalan sama kepada diri. siapakah aku? bos ataupun ketua? setiap kali itu juga jawapan di sampaikan melalui pengerusi aku merangkap ketua bahagian dakwah islam di sini. beliau selalu berkongsi cerita perihal bos vs ketua. tiap kali itu juga aku menggigil takutnya amanah yang diberikan.
oh amanah! sungguh kau terlalu berat.
jawapan yang diberikan menyentapkan aku. seluruh pembuluh darah terasa kejang sekelip mata. beliau menerangkan satu per satu apakah bezanya bos ataupun ketua. dengan nada serius, beliau terangkan sedikit demi sedikit kerja yang dilakukan bos mahupun ketua. allah, sungguh aku takut.
bos?
sebut sahaja bos, pasti dalam minda terbayang satu pita rakaman dari televisyen bagaimana seorang pekerja dimarahi bos. bos lebih sinonim berada di pejabat, iaitu berada di sektor awam dan swasta. bos dinilai dari sudut tangga gaji mahupun pengalaman bekerja. makin tinggi gred seseorang, makin tinggi kedudukannya dalam sebuah hirarki jabatan.
bos sifatnya suka mengarah, dan memberi arahan. kadang kala arahannya bertentangan dengan nilai moral masyarakat setempat.
sifatnya tegas dalam memberi arahan, dan arahan itu tidak dapat tidak mestilah dilaksanakan tanpa bantahan. kadang kala, sikapnya yang tegas tanpa tolak ansur dengan pekerja menjadikan bos dijauhi dan tidak disenangi oleh pekerja. itulah sifat seorang bos.
ketua?
namun berbeza pula sifat seorang ketua. ketua memainkan peranan yang lebih besar berbanding menjaga organisasi dibawahnya. ada pula ketua ini sifatnya tegas tapi dalam penuh kelembutan, penyabar, bertolak ansur, arahannya berpaksikan islam dan kata-kata dari mulutnya sebagaimana akhlak seorang ketua islam. kehebatan ketua ini boleh dilihat bilamana orang bawahannya susah, dia yang mula tampil memberi bantuan dan sokongan. masalah dalam bahkan luar mampu diselesaikan dengan cara paling berhikmah. itulah kehebatan ada pada seorang ketua.
aku teringat kisah empat khalifah menjadi ketua sebuah negara. bertapa berhikmah dan berhemah dalam mengendali sebuah kerajaan islam. sebagai contoh, kisah umar yang berjalan malam disekitar kota mencari permasalah penduduk. akhirnya dipertemukan dengan sebuah keluarga, anak dan emak. si emak sedang menggoreng batu untuk makanan anaknya yang lapar. ya! ibunya menipu anak-anaknya dengan mengatakan makanan akan masak sebentar lagi, namun lama ditunggu hingga si anak tertidur.
kisah yang sangat terkesan dihati. khalifah umar terus memecut ke gudang simpanan gandum untuk mengambil gandum bagi pemberian kepada keluarga miskin tadi. lihatlah bagaimana seorang ketua menjalankan amanah dengan penuh teliti. sangat menyentuh jiwa.
aku mula terfikir, begitu berat tugas yang dipikul tuan guru presiden pas haji abdul hadi awang yang menggerakkan gerakan islam pas di peringkat negara khususnya, di peringkat dunia amnya. begitu juga ds najib yang menggalas tugas sebagai perdana menteri negara malaysia serta presiden bn. dua tugas yang memerlukan seseorang berjiwa besar memikulnya. sungguh, amanah kedua-dua batang tubuh ini memerlukan keringat yang banyak, tenaga yang jerih dan perit.
akhirnya, aku membukam sendirian. betul kata-kata ketua aku. sikit pun tidak salah, malah dia penuh berhikmah mengeluarkan idea bernas beliau kepada aku. perbincangan kami berkisar amanah, terus lumat dikisar untuk aku minum. sebelum akhir, dia titipkan sesuatu kepada aku. satu amanat. umpama satu wasiat, wasiat yang keramat. yang membuatkan aku merasai dunia makin gelap. makin gelap dan makin gelap.
badan dakwah 2016, aku?
tidak :'(
kalam pemuda,
26 oktober 2015
0105 pagi
No comments:
Post a Comment