meniti teratak terakhir
30 oktober 2015
lengkap perencanaan allah bagi seorang manusia bernama muhaimin menggalas amanah sebagai lajnah dakwah. ini tidak bermakna aku sudah melepaskan jawatan. amanah tetap berjalan, tapi tiada program besar melibatkan lajnah dakwah sebagai 'program koordinasi' ataupun tulang belakang.
dalam meniti hari terakhir, malam ini malam yang paling aku gembira kerna kami, badan dakwah dan majlis perwakilan pelatih bersama-sama duduk dan menggembleng tenaga menyempurnakan tugasan dan program amanat pengarah kolej.
ya, aku berada dalam fatrah peperiksaan akhir semester. pembantu aku juga dalam fatrah peperiksaan akhir. hinggakan kami terpaksa melepaskan tanggungjawab dan amanah dalam mengendalikan program majlis amanat pengarah. lalu aku berikan kepada biro kerohanian yang bernaung dibawah lajnah dakwah. alhamdulillah, syukur mereka punya kekuatan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
usai program dan melayan tetamu kehormat, aku kedapur melihat keadaan. sungguh, sudah lama tidak aku rasai suasana yang begitu gembira. melihat gelak tawa dan kemesraan antara mpp dan badan dakwah. dulu, acap kali kedengaran terdapat blok pelajar antara mpp dan badan dakwah. dengan agenda bidas membidas dan masam muka. namun, itu hanya khabar angin. buktinya sudah nyata di depan mataku. kami mesra. ya! kami seperti adik beradik. dan tidak dinafikan kadang kala adik beradik jugab bertengkar, tapi air dicincang tidak akan putus. lumrah dalam berkeluarga.
sempat aku kongsikan dan titipkan beberapa poin kepada adik mpp hani dan firdaus. bukan nasihat tetapi lebih kepada perkongsian. mereka teruja, mereka gembira, aku pun gembira. lalu teringat poin dimana tingkatan ukhwah paling tinggi adalah ithar, iaitu melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri. poin sama bilamana bekerja dalam sebuah badan or jemaah mahupun gerakan islam, perlebihkan sahabat berbanding diri kita sendiri.
lalu aku membawa diri ke tempat sunyi, berfikir. semakin jauh aku lari dari amanah, semakin hampir ia mengikuti aku. sungguh, niat aku ke sini bukan untuk menggondol gelaran mahupun membina nama. niat aku bekerja dalam diam. namun, allah punya perancangan yang baik. "wamakaru wamakarallah, wallahuma kirin".
dan aku berjalan, terus berjalan. hanya allah tahu masa depanku.
ya allah, diri ini telah ku wakafkan untuk agamamu. maka, caturkanlah diri ini untuk agamamu. akhir, pertemukanku dengan syahid dan syurgamu. nikmat paling besar adalah bertemu denganmu di syurga.
istiqamah hingga kemenangan!
profesional istiqamah!
pemuda "jemaah islamiyyah fi malizia" (فاس)
kalam pemuda
jam 0049
31 oktober 2015
No comments:
Post a Comment