gembira

sela masa yang begitu sekejap, umpama kelipan mata. sedar tidak sedar, aku berada dihujung semester. dirasakan baru semalam mendaftar masuk, kini cuti menginjak mendekati aku.

cerita 1.

"min, kandar nak tanya sedikit"

"ye..."

dan dia mula bercerita. aku diam seketika. berlagak bagai seorang abang mendengar cerita adik. usai solat, kami parking sekejap di satu sudut surau. antara banyak-banyak persoalan, dia terjah soalan berkaitan baitul muslim. aku hanya senyum.

biasanya, setiap waktu solat pasti muka dia berada disebelah aku. pasti! hampir setiap malam dia ada. aku pula yang serba salah. aku tahu, dia mahu berkongsi cerita dan bertanyakan pendapat, tapi aku sebolehnya mahu mengelak bila berbicara berkenaan hati. bimbang dia pula bertanya keadaan aku.

cerita 2.

wassap berbunyi.

selesai perbincangan kerja, adik mpp lanjutkan pertanyaan mengenai satu persoalan. dia terangkan keadaannya yang pernah menolak lamaran seseorang. dan seseorang tu yang sangat aku kenal dan rapat sejak aku jejakkan kaki disini.

ingin sahaja aku katakan kepada adik mpp, namun dalam bahasa penuh hikmah dan dalam satu ruang lingkup sebuah pengharapan. aku terangkan bahawa dahulu mungkin adik mpp itu menolak lamaran dia kerana ego ataupun tidak berfikir panjang. dan sekarang dia menyesal.

sahabat, ingin aku katakan disini. aku berada dipersimpangan dua jalan. adik mpp perlukan pertolonganku, namun disisi satu lagi, aku punyai rahsia besar si dia. jika rahsia besar itu diketahui, hancur luluh hati adik mpp.

cerita tiga.

"min, saya rasa dia minat awak.."

aku senyap sahaja. hampir pekakkan telinga. tapi kata-kata itu amat mendalam. lalu aku katakan pada empunya suara bahawa aku takut membawa harapan orang lagi. titik.

aku hampir menamatkan amanahku, tidak sanggup lagi menerima amanah ataupun harapan orang kepadaku. jika aku sukakan seseorang, cukup aku diam. jika seseorang sukakan aku, tidak perlu aku tahu. cukup allah perantara kita semua.

cerita empat.

3 november 2015.

khamis ni bakal menghabiskan dua kertas terakhir. selepas itu aku bebas. aku terbayang mahu kembali ke lata chepor, menghirup udara segar, mentadabbur alam. namun, aku tangguhkan dahulu kerna hujung minggu ni ada program anjuran lajnah dakwah. namun bukan aku pengarahnya.

insyaAllah, berkumpul dengan ahli lajnah. merupakan mad'u kita. tautkan hati-hati kami ya Allah.

***

"min baik, pandai"

aku senyum. persis matanya, alunan suaranya, gaya percakapan saling tidak tumpah.

"kalo ti kenal min dari sekolah dulu, ti akan tengok min sebagai budak nakal. tapi titik perubahan semuanya bermula tika min masuk ump. masuk usrah. disitu la min berubah"

"yeke? nakal? tak baik? betul ke? macam tak percaya"

"ye...berbeza dari sekarang"

dan aku terus senyum sambil mengait kenangan-kenangan lama.
usrah? sungguh aku rindu bulatan gembira. sungguh, juga suka melihat gayanya.

kalam pemuda
0030
4 november 2015

No comments:

Post a Comment