pemuda dalam medan dakwah siasah dan tarbiyyah.
dalam putaran masa, aku sempat berjumpa dan berkawan dengan beberapa orang sahabat mahupun ulama dengan pelbagai latar belakang. mereka ini yang membawa definisi islam sebagai ad-deen dan pas sebagai penggerak islam di malaysia. hidup mereka diserahkan sebulatnya kepada jemaah islam, mengabdikan diri kepada perjuangan islam hingga mereka beroleh syahid seperti almarhum tg nik abdul aziz, mahupun almarhum tg harun tayyib.
aku teringat bagaimana hebatnya kisah perjuangan as-syahid imam hassan al-banna, ataupun sheikh ahmad yasin, abdul aziz al-rantisi, sheikh fathi yakan, mustafa mashur dan tokoh-tokoh gerakan islam dunia memperdagangkan kehidupan di dunia untuk kehidupan akhirat. mereka dipenjara, diseksa, dihukum dan ada antara mereka dibunuh hingga bertemu kuntum-kuntum bunga mewangi, sang syahid.
kisah paling dekat denganku adalah kisah pemuda bernama ahmad ammar(abim) dan saifullah idlan(pas). lalu aku tanya pada diri, wahai hati, mampukah kau gagah seperti mereka yang memperjudikan dunia untuk akhirat?
dan bukankah sudah sunnatullah mereka yang membawa islam disisi mereka, dihampar jalan berduri dan kaca? dan disepanjang jalan dipenuhi najis malahan tomahan orang sekeliling. ia tidak akan lekang dan tidak pernah lekang dari diri pendakwah. sungguh, wahai hati, mampukah kau terus bertahan dengan mehnah dan tribulasi dunia?
ya allah, pinjamkan aku kekuatan untuk menghadapi dunia ini. tidak mengapa di dunia aku dibuang, akhirat sana aku bahagia.
april 2015.
kenangan paling manis dalam perjalanan hidupku apabila sempat menjejakkan kaki sekali lagi di rusila, marang. dimana tempat membesarnya al-ulama, sheikh al-hadi atau lebih dikenali tg haji abdul hadi awang. presiden pas merangkap naib presiden ulama sedunia, sebaris dengan dr yusuf al-qardhawi. bulan april menyaksikan tanah rahmat itu dilimpahi beratus ribu hadirin(anggaran adalah 200k dan 70% kehadiran adalah anak muda) menjayakan ijtima alami yang mendatangkan wakil-wakil gerakan islam seluruh dunia seperti hamas, pks dari indonesia dan banyak lagi. dari perbahasan dan ucapan yang diberikan perwakilan gerakan, ini membuka mindaku bahawa gerakan pas sendiri mempunyai rangkaian diseluruh dunia.
disana aku sempat berjumpa dengan ramai tokoh gerakan mahasiswa seperti saudara imran ishak(usim - presiden gamis malaysia), zahirin (presiden gamis terengganu), ustaz nasiruddin hasan tantawi(ajk pas pusat) dan ramai lagi. sempat aku tinggal bersama-sama dengan geng gamis pusat, menyedut sedikit ilmu daripada mereka.
oktober 2015.
masa berganjak, bulan 10 menyaksikan pas sendiri menunjukkan sedikit kekuatannya dengan mengadakan perhimpunan fastaqim 60k di stadium negeri kelantan. sasaran hanyalah sekitar 60k namun limpahan kader agama hingga mencecah 100k kehadiran. ini hanyalah sebahagian jundullah yang hadir, masih banyak yang tersimpan kemas. kader-kader ini yang akan berjuang saat pru14 nanti. jika 100k ini dan yang lain berjiwa islam bertebaran diatas bumi malaysia, insyaAllah pru14 memberi gambaran jelas islam memayungi malaysia. bukan lagi perosak seperti umnobn.
anak muda dalam siasah dakwah serta tarbiyyah!
sehingga saat ini, penyertaan masuk sebagai ahli pas terus bergerak. aku pelik, penganalisis politik menjangkakan bahawa pas bakal lumpuh selepas muktamar lepas, mahupun lumpuh menjelang pru14. namun sebaliknya terjadi. bahkan allah gantikan semakin ramai ahli untuk masuk dan terus beristiqamah bersama pas. anak muda antara penyumbang terbesar kepada pergerakan pas itu sendiri.
dulu, orang takut menyatakan secara terbuka bahawa mereka menyokong pas. namun sekarang sudah berubah, anak muda semakin berani dan lantang membela pas sekiranya pas diusik. bahkan ada yang terus menerus mempertahankan presiden pas dari dihina. jiwa mereka hidup seumpama bunga yang kembang diwaktu pagi. aku yang melihat landskap perubahan ini terikut bersemangat membawa islam dalam acuan yang sebenar.
kita adalah mata rantai perjuangan rasulullah. kita bukan pemula kepada perjuangan islam, tapi kita menyambung perjuangan.
kita tidak punyai banyak masa menjelang pru14. teruskan bergerak dan teruskan beristiqamah hingga kemenangan. banyak lagi kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. hingga nanti, biarlah pas yang memerintah malaysia. amin.
pesanan demi pesanan dari almarhum tg nik aziz berlegar dalam kepala menandakan bahawa anak muda mesti melibatkan diri kedalam jemaah. jika bersendirian tanpa jemaah, ibarat kambing terkeluar dari kumpulan kambing, menanti masa untuk dibaham. perbanyakkan amalan wajib dan sunat sebagai tambah nilai untuk kemenangan islam. sebagai mana contoh askar sultan muhammad al-fateh yang menjadikan qiamullail hamparan tidur mereka.
"islam datang secara dagang, kembali juga dagang. beruntunglah orang-orang yang merasai dirinya dagang"
akhir kalam, aku menyeru sahabat-sahabatku untuk berintima' dengan jemaah islam pas. dengan izin allah, kita menuju kepada sebuah kerajaan islam.
kalam pemuda
0105 pagi
6 november 2015
No comments:
Post a Comment