baitul muslim + baitul haraki = individu muslim

tertarik untuk membincangkan satu lagi idea yang diketengah oleh sahabat :

bagaimana membina baitul haraki diatas asas baitul muslim?

assalamualaikum,

saya mulakan dengan sepotong ayat dari surah yasin :

surah yasin : 36:
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

"maha suci tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya"

sebelum pergi lebih jauh, ingin saya terangkan bahawa baitul muslim adalah rumah tangga muslim yang dibina diatas batu asas nilai-nilai islam. akan tetapi, kehebatan baitul muslim dapat dilihat bilamana kedua-dua pihak dalam rumah tangga mempunyai kesedaran untuk menggerakkan agenda agama, akhirnya zauj dan zaujah memperkukuhkan tiang baitul muslim dengan masing-masing membuat gerak kerja islam dan jemaah. disinilah terbinanya nama baitul haraki.

saya bukannya yang terbaik bercakap mengenai idea ini namun ingin saya kongsikan sesuatu sebelum pembinaan baitul muslim dan baitul haraki.

saya sendiri tidak ingin berbicara lanjut mengenai baitul muslim mahupun baitul haraki, tapi ingin saya undur setapak kebelakang. dimana tapak yang perlu kita berikan perhatian, individu muslim.

dalam senarai maratib amal karangan as-syahid iman hassan al-banna, beliau menerangkan tujuh ciri-ciri pembinaan maratib amal. antaranya :

1. individu muslim
2. baitul muslim
3. masyarakat muslim
4. negara muslim
5. daulah islamiyyah
6. khilafah islamiyyah
7. istaziyatul alam

poin yang perlu kita titik beratkan bukanlah baitul muslim, akan tetapi individu muslim. apa itu individu muslim? ia bermaksud diri kita yang menjadi islam dahulu, beramal dengan cara islam dan segala perbuatan kerja amal kita dalam ruang lingkup islam.

adakah kita sudah mencapai taraf individu muslim?

kembali koreksi diri. dimana solat kita, bacaan quran, puasa sunat, tahajjud dan lain-lain. dimana kem, program tarbiyah yang dianjurkan oleh pimpinan atas, bagaimana penglibatan kita? program tamrin, muqayyam dan lain-lain lagi perlu diperkemaskan di peringkat diri sendiri.

adakah kita sudah berjaya melaksanakan perkara-perkara wajib sebaiknya? bagaimana? bukankah susah kerjanya?

jika susah, ya! anda menemui jalan kesusahan kita. jalan dimana kita perlu berubah untuk mendapat gelaran individu muslim. jalan dimana orang yang hebat bermula, dimana orang yang baik bermula. kita terlalu berangan-angan ingin membina baitul muslim yang unggul, hebat tapi sebenarnya semua itu bermula dari tarbiah diri sendiri. berhijrah sahabat-sahabatku. kembali kepada permulaan dimana kita memikirkan semua perihal dosa mahupun pahala.

memang hijrah merupakan jalan yang paling susah untuk dilalui. hijrah bukan seperti makan, hijrah itu perlukan pengorbanan yang tinggi. dalam peristiwa hijrah rasulullah pun, saidina ali bergolok gadai nyawa hampir dibunuh dan saidina abu bakar dipatuk binatang berbisa.

sahabat, membina individu muslim perlukan beberapa peringkat. tidak perlu berubah seratus peratus. kerna kita manusia, punyai tahap istiqamah. jika kita berubah secara drastik. ada yang terkesan dengan perubahan itu, akhirnya menjadi buah mulut sekeliling. mulakan secara perlahan, sediakan senarai semak ringkas. permulaan hijrah, lebih kepada persiapan diri untuk menjadi individu muslim. perkemaskan ibadah-ibadah sampingan seperti solat rawatib, solat sunat hajat, sedekah, senyum dan lain-lain lagi. istiqamah dalam melakukan beberapa perkara sunat yang dekat dengan kita.

poin kedua, doa. lumrah sebagai hamba yang berlayar diatas muka bumi, sentiasa mengharapkan redha dan pertolongan dari allah. tali pengikat kita dengan pencipta adalah doa. perbanyakkan doa supaya hati terus tabah dan qawiy melaksanakan ibadah. doakan juga semoga allah melahirkan rasa manis dalam ibadah kita, agar kita rajin beribadah.

perbezaannya, individu muslim bermula diri kita sendiri. bilamana individu muslim muslimin bertemu individu muslim muslimat, maka baitul muslim terbina. disinilah kedua-dua memikirkan untuk terus membina baitul haraki ataupun cukup sekadar baitul muslim.

dapat saya rangkumkan dan permudahkan bahawa pembinaan individu muslim itu sendiri punyai beberapa poin :

1. hijrah
2. praktikkan ibadah sunat
3. istiqamah
4. doa

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ...

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya..”. (HR Bukhari dan Muslim)

setiap perbuatan bermula dengan niat. niatkan penghijrahan diri kita kearah individu muslim kerana allah, dengan izinnya dipermudahkan kearah itu. semoag kita beroleh redha dan rahmatnya.

bi-iznillah, fi-hifzillah, fi-amanillah

kalam pemuda,
0026 pagi
30 november 2015

No comments:

Post a Comment