meniti teratak terakhir
30 oktober 2015
lengkap perencanaan allah bagi seorang manusia bernama muhaimin menggalas amanah sebagai lajnah dakwah. ini tidak bermakna aku sudah melepaskan jawatan. amanah tetap berjalan, tapi tiada program besar melibatkan lajnah dakwah sebagai 'program koordinasi' ataupun tulang belakang.
dalam meniti hari terakhir, malam ini malam yang paling aku gembira kerna kami, badan dakwah dan majlis perwakilan pelatih bersama-sama duduk dan menggembleng tenaga menyempurnakan tugasan dan program amanat pengarah kolej.
ya, aku berada dalam fatrah peperiksaan akhir semester. pembantu aku juga dalam fatrah peperiksaan akhir. hinggakan kami terpaksa melepaskan tanggungjawab dan amanah dalam mengendalikan program majlis amanat pengarah. lalu aku berikan kepada biro kerohanian yang bernaung dibawah lajnah dakwah. alhamdulillah, syukur mereka punya kekuatan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
usai program dan melayan tetamu kehormat, aku kedapur melihat keadaan. sungguh, sudah lama tidak aku rasai suasana yang begitu gembira. melihat gelak tawa dan kemesraan antara mpp dan badan dakwah. dulu, acap kali kedengaran terdapat blok pelajar antara mpp dan badan dakwah. dengan agenda bidas membidas dan masam muka. namun, itu hanya khabar angin. buktinya sudah nyata di depan mataku. kami mesra. ya! kami seperti adik beradik. dan tidak dinafikan kadang kala adik beradik jugab bertengkar, tapi air dicincang tidak akan putus. lumrah dalam berkeluarga.
sempat aku kongsikan dan titipkan beberapa poin kepada adik mpp hani dan firdaus. bukan nasihat tetapi lebih kepada perkongsian. mereka teruja, mereka gembira, aku pun gembira. lalu teringat poin dimana tingkatan ukhwah paling tinggi adalah ithar, iaitu melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri. poin sama bilamana bekerja dalam sebuah badan or jemaah mahupun gerakan islam, perlebihkan sahabat berbanding diri kita sendiri.
lalu aku membawa diri ke tempat sunyi, berfikir. semakin jauh aku lari dari amanah, semakin hampir ia mengikuti aku. sungguh, niat aku ke sini bukan untuk menggondol gelaran mahupun membina nama. niat aku bekerja dalam diam. namun, allah punya perancangan yang baik. "wamakaru wamakarallah, wallahuma kirin".
dan aku berjalan, terus berjalan. hanya allah tahu masa depanku.
ya allah, diri ini telah ku wakafkan untuk agamamu. maka, caturkanlah diri ini untuk agamamu. akhir, pertemukanku dengan syahid dan syurgamu. nikmat paling besar adalah bertemu denganmu di syurga.
istiqamah hingga kemenangan!
profesional istiqamah!
pemuda "jemaah islamiyyah fi malizia" (فاس)
kalam pemuda
jam 0049
31 oktober 2015
bos vs ketua?
bos / ketua?
setiap saat aku tanyakan soalan sama kepada diri. siapakah aku? bos ataupun ketua? setiap kali itu juga jawapan di sampaikan melalui pengerusi aku merangkap ketua bahagian dakwah islam di sini. beliau selalu berkongsi cerita perihal bos vs ketua. tiap kali itu juga aku menggigil takutnya amanah yang diberikan.
oh amanah! sungguh kau terlalu berat.
jawapan yang diberikan menyentapkan aku. seluruh pembuluh darah terasa kejang sekelip mata. beliau menerangkan satu per satu apakah bezanya bos ataupun ketua. dengan nada serius, beliau terangkan sedikit demi sedikit kerja yang dilakukan bos mahupun ketua. allah, sungguh aku takut.
bos?
sebut sahaja bos, pasti dalam minda terbayang satu pita rakaman dari televisyen bagaimana seorang pekerja dimarahi bos. bos lebih sinonim berada di pejabat, iaitu berada di sektor awam dan swasta. bos dinilai dari sudut tangga gaji mahupun pengalaman bekerja. makin tinggi gred seseorang, makin tinggi kedudukannya dalam sebuah hirarki jabatan.
bos sifatnya suka mengarah, dan memberi arahan. kadang kala arahannya bertentangan dengan nilai moral masyarakat setempat.
sifatnya tegas dalam memberi arahan, dan arahan itu tidak dapat tidak mestilah dilaksanakan tanpa bantahan. kadang kala, sikapnya yang tegas tanpa tolak ansur dengan pekerja menjadikan bos dijauhi dan tidak disenangi oleh pekerja. itulah sifat seorang bos.
ketua?
namun berbeza pula sifat seorang ketua. ketua memainkan peranan yang lebih besar berbanding menjaga organisasi dibawahnya. ada pula ketua ini sifatnya tegas tapi dalam penuh kelembutan, penyabar, bertolak ansur, arahannya berpaksikan islam dan kata-kata dari mulutnya sebagaimana akhlak seorang ketua islam. kehebatan ketua ini boleh dilihat bilamana orang bawahannya susah, dia yang mula tampil memberi bantuan dan sokongan. masalah dalam bahkan luar mampu diselesaikan dengan cara paling berhikmah. itulah kehebatan ada pada seorang ketua.
aku teringat kisah empat khalifah menjadi ketua sebuah negara. bertapa berhikmah dan berhemah dalam mengendali sebuah kerajaan islam. sebagai contoh, kisah umar yang berjalan malam disekitar kota mencari permasalah penduduk. akhirnya dipertemukan dengan sebuah keluarga, anak dan emak. si emak sedang menggoreng batu untuk makanan anaknya yang lapar. ya! ibunya menipu anak-anaknya dengan mengatakan makanan akan masak sebentar lagi, namun lama ditunggu hingga si anak tertidur.
kisah yang sangat terkesan dihati. khalifah umar terus memecut ke gudang simpanan gandum untuk mengambil gandum bagi pemberian kepada keluarga miskin tadi. lihatlah bagaimana seorang ketua menjalankan amanah dengan penuh teliti. sangat menyentuh jiwa.
aku mula terfikir, begitu berat tugas yang dipikul tuan guru presiden pas haji abdul hadi awang yang menggerakkan gerakan islam pas di peringkat negara khususnya, di peringkat dunia amnya. begitu juga ds najib yang menggalas tugas sebagai perdana menteri negara malaysia serta presiden bn. dua tugas yang memerlukan seseorang berjiwa besar memikulnya. sungguh, amanah kedua-dua batang tubuh ini memerlukan keringat yang banyak, tenaga yang jerih dan perit.
akhirnya, aku membukam sendirian. betul kata-kata ketua aku. sikit pun tidak salah, malah dia penuh berhikmah mengeluarkan idea bernas beliau kepada aku. perbincangan kami berkisar amanah, terus lumat dikisar untuk aku minum. sebelum akhir, dia titipkan sesuatu kepada aku. satu amanat. umpama satu wasiat, wasiat yang keramat. yang membuatkan aku merasai dunia makin gelap. makin gelap dan makin gelap.
badan dakwah 2016, aku?
tidak :'(
kalam pemuda,
26 oktober 2015
0105 pagi
kenaikan tol : relevankah?
sebelum bermula, saya selaku seorang mahasiswa ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada gabenor negara yang bertungkus lumus menyelesaikan kemelut ekonomi negara dari barisan menteri dan tidak keterlaluan saya katakan juga disini daripada penyamun negara.
15 Oktober menyaksikan kenaikan takrif tol di 6 lebuhraya dalam negara. ada darinya kenaikan melampau. kajian dari pas menunjukkan :
Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuh raya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.
indikator :
Lebuhraya
Harga Lama - Harga Baru
Peratus
SILK
MYR1.00 -MYR1.80
80%
Akleh
MYR1.50 - MYR2.50
67%
Besraya
MYR1.30 - MYR2.00
54%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (A Impian)
MYR0.60 - MYR0.90
50%
SMART
MYR2.00 - MYR3.00
50%
Lebuhraya Pantai Baharu
MYR1.60 - MYR2.30
44%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Sri Muda)
MYR1.20 - MYR1.70
42%
Guthrie
MYR1.40 - MYR1.90
36%
MEX (Salak)
MYR1.50 - MYR2.00
33%
Latar
MYR2.00 - MYR2.50
25%
DUKE
MYR2.00 - MYR2.50
25%
Lebuhraya Karak (Gombak)
MYR5.00 - MYR6.00
20%
MEX (Putrajaya)
MYR2.50 - MYR3.00
20%
Lebuhraya Karak (Bentong)
MYR3.00 - MYR3.50
17%
nukilan dari Timbalan Presiden PAS
hari ini, menteri kerja raya menerusi akhbar menyatakan bahawa kenaikan tol adalah untuk bantuan pembangunan, sedangkan umum tahu cukai gst yang menyembelih rakyat dikutip atas dasar pembangunan. tidak cukupkah lagi cukai yang dikutip? hingga terpaksa menaikkan kadar tol? kemana perginya hasil gst? masuk ke dalam poket pm sebanyak rm2.8 bilion lagi? dan dimana janji dalam manifesto yang dibawa umnoBN dalam pru13 yang berjanji membantu rakyat?
pas begitu komited membawa agenda membanteras kebobrokan yang dibawa umnoBN. jika dibiarkan kerosakan umnoBN mencanang negara, pasti hasilnya nanti negara tergadai. dengan nilai mata wang yang jatuh, serta perjanjian tppa yang disembunyikan dari mata rakyat, tidak mustahil umnoBN ini adalah perompak akan terus merompak hasil bumi di malaysia.
akhir, saya juga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada tun dr mahathir yang begitu semangat mengasak dato' seri najib setiap penjuru. saya menyokong baik slogan yang sebelum ini dibawa mahasiswa kepada najib, "dari putrajaya ke penjara". ucapan tahniah ini tidak bermaksud saya menerima dan menyokong tun mahathir sepenuhnya, cuma menyokong sebahagian usahanya. jika selepas ini tun mahathir juga berkelakuan seperti najib, tidak mustahil pas dan seluruh penduduk malaysia amnya mengasak tun pula hingga ke hujung.
penulisan dari hati,
kalam pemuda
14 oktober 2015
pemandangan
pemandangan disini sangat indah, sangat tenang. sebulan lepas, aku sempat keluar sekejap. menuju ke lata. di sana ada air terjun yang mengalirkan air yang sangat jernih. aku sempat turun ke sungai untuk merasai sejuknya air mengalir.
benar, ciptaan allah sungguh hebat. aku pilih salah satu batu yang besar dan tinggi. aku daki lalu bersimpuh diatasnya. tangan meraba telefon pintar. aplikasi iquran dibuka. sempat aku habiskan satu surah, ar-rahman sebelum pulang.
ya! mentadabbur alam dikelilingi pokok, bukit bukau dan gunung ganang mengingatkan kita kepada pencipta. ya! kita sangat kerdil berbanding dengan besarnya kuasa si dia. air sungai yang mengalir beratus-ratus tahun tidak pernah kering, tahukah siapa yang mengalirkan air tersebut? pasti kita terfikir ada satu kuasa yang maha hebat mengawal atur kitaran alam.
betul! itulah allah.
usai mentadabbur alam. aku dongak ke langit. mencari titik dimana kita menginsafi diri bahawa kita adalah makhluk yang maha kecil. tiada daya upaya mahu melakukan sesuatu tanpa izinnya. masakan aliran air, binaan empangan buatan manusia pun selalu pecah. inikan pula mahu mengawal atur aliran air.
sekali lagi aku masuk kedalam air. merasai nikmatnya kesejukan air. ya allah, aku ingin hadir sekali lagi untuk mentadabbur alammu. dengan izinmu, suatu hari nanti aku kembali lagi. dengan izinmu, aku bawa kawan-kawanku bersama mentadabbur keesaan dan keagunganmu ciptaanmu.
kalam pemuda
lata chepor, bulan 9
0040
12 oktober 2015