pemuda/pemudi 'al-fateh'
hari ini dalam sejarah
29 mei 1453 hingga 29 mei 2016
lengkap 563 tahun lalu, sejarah terlakar apabila seorang anak muda berusia 21 tahun menawan kota paling utuh di dunia. empayar byzantine jatuh tersungkur ke bumi. anak muda ini menyambut baton kepimpinan dari ayahandanya, sultan murad II semasa 19 tahun. melakukan persiapan rapi selama 2 tahun antaranya melakukan misi menyelamat jurutera hungary(tika itu menjadi banduan di penjara konstatinople), membina meriam urban. merekrut 200,000 sebaik-baik tentera untuk menggegarkan kota konstantinople.
saat menjejak masuk ke kota konstantinople, tawanan diampun. juga gereja hagia sofia ditukar nama menjadi masjid biru. memimpin saki baki tentera melakukan solat. itulah pemuda yang disebut dalam hadis rasulullah saw sebagai sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera. yang mana tidak pernah meninggalkan solat fardhu, tahajud dan rawatib semenjak baligh.
dan kita hari ini bertemu betul-betul diatas titik pertemuan 563 tahun lalu. mengenang jasa sultan muhammad al-fateh(mehmed II the conquer) yang menawan kota konstantinople.
persoalan, adakah lahir lagi pemuda/pemudi sehebat sultan muhammad zaman kini? jika ada, siapakah pemuda/pemudi tersebut? dimanakah mereka? tepuk dada tanya iman.
tinta bicara, pena bercerita
jam 1230
29 mei 2016
teluk intan, perak
generasi kemenangan?
dalam fatrah peperiksaan akhir semester. perasaan takut bercampur baur dengan gundah gelana. namun, yakin sahaja. usaha sudah dibuat, hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada allah. selepas ni. 10 hari dari sekarang akan terbang ke utara perak untuk menjalani pra-klinikal di hospital. satu pengalaman baru bakal dirasai.
dalam beberapa minggu kebelakangan, dijemput oleh mapim untuk menjadi sukarelawan ke perkampungan orang asli sekitar perak. namun kesuntukan masa, juga menghampiri waktu peperiksaan, terpaksa melepaskan jemputan tersebut. namun, dari gambar yang dikongsi. jelas kegembiraan para sukarelawan masuk ke perkampungan orang asli, membawa bantuan serta beramah mesra dan mengenal kehidupan mereka.
sebelum ini sempat menghadiri program anjuran mapim perak. disitu, dipaparkan kisah peperangan di syria dan mesir. tidak ketinggalan kisah palestin. semua rakaman dari sumber utama yang tidak disebarkan kepada umum. banyak input yang diperolehi. allah, sungguh mereka dikepung habis-habisan. digempur, dianyak seperti haiwan oleh rejim kerajaan yang memerintah dengan kuku besi. seperti kisah as-sisi yang membunuh rakyatnya berkefahaman sunni. sungguh, babi itu sungguh kejam.
satu masa, termenung keseorangan. betulkan aku pemuda yang dipersiapkan untuk generasi kemenangan islam? kerna aku takut, aku tidak layak. lebih dari itu, allah tidak pun memandang aku sebagai pemuda yang layak memegang panji-panji islam. aku bimbang, allah tapis mereka yang tidak istiqamah dalam perjuangan islam. aku bimbang, aku yang terpilih dan terkeluar dari jemaah yang membawa islam sebagai tujuan utama. nauzubillah.
aku lihat pemuda yang menyertai briged al-qassam hamas, lalu aku bandingkan dengan diriku. allah. pemuda inilah pemuda yang mengikut acuan islam, acuan para sahabat yang berjihad fisabilillah. pemuda yang mana jika mahu menyertai briged al-qassam perlu berjemaah subuh selama 6 bulan, puasa sunat hari isnin dan khamis, al-quran bukan pada mashaf tapi pada mulut dan hati, jemaah tanpa tinggal. inilah ciri-ciri pemuda acuan islam, acuan pemuda yang dipersiapkan untuk kemenangan islam.
kerdilnya aku jika dibandingkan dengan al-qassam hamas, ataupun fsa syria. allah, sungguh aku tidak berdaya. namun itu bukan alasan untuk mengalah. aku tahu aku tidak mampu mencapai status mereka, tapi aku mencuba turuti sedikit cara mereka. walaupun aku tahu aku mungkin tidak berjaya, namun sekurang-kurangnya aku telah berusaha. tiket ini aku persembahkan kepada allah nanti.
dan akhirnya.
"tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak diatas tanah air kamu"
as-syahid imam hassan al-banna
mempersiapkan generasi kemenangan islam
istiqamah hingga kemenangan
profesional istiqamah
pena menari
may 11 2016
PRN Sarawak - PAS kalah didunia, menang di akhirat
pasca PRN Sarawak, alhamdulillah dan tahniah kepada 11 calon yang bertanding. walaupun mereka kalah dimata manusia, namun kemenangan disisiNya. mungkin manusia pelik, PAS kalah dikatakan menang. sedangkan ada sebahagian calon PAS hilang deposit.
ketahuilah sahabat-sahabat, kemenangan bagi PAS bukanlah kemenangan memerintah Sarawak, akan tetapi kemenangan kepada PAS adalah bilamana PAS mampu menyampaikan dakwah islam di bumi kenyalang itu. mampu mengembangkan syiar islam, mampu membantu perjuangan islam. itulah kemenangan islam. cuma jika ditakdirkan allah PAS mengisi kemenangan di Sarawak, itulah adalah bonus kepada kita kerna gerak kerja islam disana tanah kenyalang.
buktinya, undi kepada PAS meningkat di kebanyakan tempat. ini menampakkan PAS mula diterima masyarakat, dengan pendekatan politik islam yang syumul. tambahan lagi, kita mampu masuk ke daerah-daerah pendalaman menyebarkan islam sambil berdakwah menggunakan medium PAS. orang-orang asli mula mengenal islam. juga PAS turut membawa gelombang baru, politik matang dan sejahtera melalui acuan islam dibumi Sarawak. itulah kemenangan yang sebenar, diimpikan oleh PAS. calon-calon PAS menyantuni masyarakat Sarawak tanpa segan silu, menunjukkan qudwah hasanah kepada mereka. ini adalah trend dakwah kotemporari, selain politik, dakwah melalui kelakuan menarik minat orang Sarawak.
wahai pejuang, janganlah kamu berduka dengan kekalahan di Sarawak. akan tetapi bergembiralah, kerna kita sudah mampu membawa legasi Saad Abu Waqas yang berdakwah ditanah China, tanah yang begitu asing dengan islam. itulah jentera pilihanraya PAS, yang membawa islam ditanah yang cukup asing, dimana rata-rata penduduk Sarawak tergolong dalam kumpulan orang asli, bukan islam dan lain-lain lagi. jika kamu berjuang kerana allah, ingatlah tiada istilah kecewa mahupun sedih dengan keputusan ini. berlapang dada. kerna tujuan PAS hanyalah satu : islam!
selepas PRN Sarawak, mungkin kita akan ke PRK Kuala Kangsar Perak dan Sungai Besar Selangor. insyaAllah, momentum yang ditunjukkan PAS kebelakangan ini menunjukkan sesuatu yang positif. pasca Himpunan Anak Muda Istiqamah(HIMMAH) Perak menunjukkan satu gambaran bahawa PAS akan bangkit menjulang islam. dengan semangat Dewan Pemuda Pas Malaysia, bersama Dewan Muslimat Pas Pusat, juga Dewan Himpunan Penyokong Pas. insyaAllah kita bakal mengisi kemenangan islam di malaysia.
akhir kalam...
"jika kamu menolong agama allah, allah akan menolongmu dan memperteguhkan tapak pendirianmu" (muhammad : 10)
"infiru kifafan wa tsiqala..."
pena menari
menyelami semester dua, membuatkan aku lebih memfokuskan perhatian kepada pelajaran dan gerak kerja kelab. aku cuba lari dari soalan sahabat, kemana arah tuju selepas bergelar graduan? sengaja aku cipta alasan mahu kekal bersama jemaah, menggerakkan agenda jemaah. sebab aku dilatih untuk terus berkhidmat untuk islam.
dan ada pula senyum sinis, mengatakan aku hanya hipokrit. hipokrit dalam jawapan diberikan. padahal aku mahukan sesuatu yang lain. aku hanya senyap. senyum manis balas tetap aku lemparkan kepada empunya badan yang berkata. sahabat, katalah apa sahaja yang kau mahu. sungguh, sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja islam aku.
bahagian paling best, ada sahabat yang mengusik. aku hanya mampu gelak. saban hari, setiap waktu. hebat dunia dengan ukhwah, hebat bumi adanya ikhwan. mereka yang menemukan aku dengan jalan sebenar. mereka yang mengheret aku tika aku tersasar. mereka yang menyambutku tika aku mahu jatuh.
mereka, mereka dan mereka.
bab yang paling banyak ditanya adalah berkenaan calon. aku, bila ditanya pasal calon. terus sahaja aku katakan aku menanti najwa latif. biar semua gelak. gelak sakan. senang, semua terhibur, semua suka dengan lawak tu. supaya berhenti dari bertanya soalan remeh temeh begitu. misi untuk meng'islam'kan dan meng'iman'kan seseorang terasa sungguh jauh lagi. banyak kerja perlu dibuat sebelum aku menjadi iman. itupun belum tentu berjaya. mahu ditambah lagi fasal lain?
"oh...no....."
ya allah, ikhlaskan hati ini untuk membantu agamaMu. ikhlaskan hati ini dalam membawa kebaikan agamaMu. ikhlaskan hati ini dengan segala usaha memenangkan islam untukMu. sahabat, bantulah diriku selalu. aku lemah ditengah jalan, perlukan seseorang untuk menyambutnya.
insyaAllah.
dan 'jodoh' :
"jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan memperteguhkan tapak pendirianmu"
(surah muhammad : 7)
pembolehubah dimanipulasi : jika tolong agama allah, maka allah tolong temukan jalan yang terbaik memahami kemanisan iman.
pembolehubah bergerak balas : semakin engkau ikhlas memperdagangkan dirimu kejalan allah, semakin allah redha dan menghamparkanmu jalan menuju ke syurganya.
wallahualam,
dan akhir kata...
"aku generasi yang dipersiapkan untuk kemenangan islam"
pena menari
mei 7 2016