Travelog Cinta : Kembali ke Bumi Dakwah, Tarbiyyah.
1. Ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
2. Disertakan dengan iman dan taqwa.
3. Berdasarkan persaudaraan/sistem Islam.
4. Tertegak diatas nasihat yang baik.
5. Saling tolong-menolong.
2. Berlaku adil
3. Itsar
Al-Ghuraba'
Tatkala melirik kembali sirah perjuangan Rasulullah, ada air mata bercucuran. Rindu itu berat ditatang. Semakin ditangis, semakin kuat rindu mencengkam. Ya, sungguh Rasulullah sangat menitik beratkan ummah berbanding dirinya. Hinggakan duri dan kaca hanya mainan semata. Ya Allah, sungguh dirimu terlalu mulia.
Saban hari, kita melihat kepada dunia semakin berputar. Berputar mengikut arus pemodenisasi. Semakin moden dunia, semakin hilang nilai kemanusiaan. Hilang nilai, maka hilanglah sifat ehsan dalam diri individu. Akhirnya manusia hilang pertimbangan, sanggup berbuat apa sahaja. Sehinggakan tidak tercapai dek akal fikiran.
Dalam keghairahan penguasa menguasai politik dan ekonomi, masih ada insan yang bangun dari kemelut jahiliyyah. Mereka bangun dalam bentuk kumpulan supaya mereka saling kuat menguat untuk melakukan kerja ini. Mereka terlalu sedikit hingga diibaratkan umpama permata di dalam timbunan kaca. Berkilau, bersinar dalam timbunan tajam.
Surah As-Saff, ayat 4:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"
Persoalannya, siapakah mereka?
Mereka membawa mesej Islam tatkala agama dipandang senget oleh dunia. Mereka menolak segala bentuk jahiliyyah moden hinggakan ada dituduh, diseksa, ditahan dan dibunuh. Tapi mereka tetap berpegang pada jalan yang satu. Jalan yang menghubungkan rentetan kisah perjuangan mereka. Jalan yang akhirnya bertemu titik Rabb. Bertemu redha Allah. Jalan yang destinasi akhirnya adalah mardhatilah.
Mereka adalah golongan "ghuraba" yang dipanggil "golongan asing".
“Sesungguhnya Islam datang secara ghuraba' dan akan datang kembali secara ghuraba'. Maka berbahagialah orang-orang ghuraba' itu"
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw,
"Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?”
Lalu Rasulullah menjawab,
“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR Muslim)
Siapakah "ghubara" dalam hadis Rasulullah? Ghuraba adalah manusia yang membawa/memperjuangkan agama Islam di akhir zaman hinggakan dunia melihat jijik kearahnya. Hinggakan ada diantara mereka yang bertemu syahid. Mereka percayakan kata-kata Allah dan RasulNya, sehinggakan menolak dunia demi akhirat. Mereka yang ikhlas berjuang kerana Allah.
Kemanakah destinasi ghuraba? Pastinya destinasi akhir adalah syurga dan matlamat akhir adalah mencapai mardhatilah. Mereka memilih untuk berada dalam satu kelompok, dimana kelompok tersebut diinjak dan disepak terajang oleh pemerintah. Namun, demi sebuah kelompok yang dinamakan Harakatul Islamiyyah Fil Maliziya, mereka menidakkan batil dan menegakkan hak di atas muka bumi.
Mampukah aku?
Persoalan timbul bilamana seseorang bermonolog dalam dirinya, "mampukah aku tergolong dalam golongan ghuraba? Sedangkan aku bergelumang dengan dosa". Jawapan datang tatkala persoalan bermain di fikiran. Jawapannya "Ya, anda mampu". Saat anda berasa untuk berubah, teruskan niat tersebut. Biar dipandang serong oleh sekeliling, jangan dipandang jijik oleh Allah. Kita memburu redha Allah, bukan termangu redha manusia. Kita tidak lemah kerana manusia, tapi semakin kuat kerana Allah.
Perlu diingatkan, ini bukanlah solusi yang mapan dan holistik yang anda cari. Tapi sekadar sisi pandangan peribadi. Diri ini hanya juga insan kerdil, membawa mesej untuk Islam. Kerana diri ini tahu, saat anda ingin berubah anda kehilangan punca untuk bermula. Saat itu, cari bulatan kegembiraan ataupun usrah. Usrah membawa kita rapat kepada Allah.
Wallahualam.
Usrah jalanan
Jam 1203
14 Januari 2015
Contengan jalanan
Jam 0116
7 Januari 2015
Ibu, Mama
Saya kira ini adalah satu entri yg menarik untuk saya kongsikan. Kerana di zaman serba moden ini, ada dalam kalangan sahabat yang punyai dua ibu. Haa...dua ibu. Macam mana? Bagaimana? Hehe, entri yg cukup menggembirakan untuk dikongsi. Dua ibu seolah satu persoalan yg sungguh luar biasa. Hehe. Tidak, sebenarnya ianya biasa-biasa sahaja cuma saya ingin viralkan.
Assalamualaikum wrt kpd pembaca blog saya. Tidak ramai tapi ada yg masih mengikuti perkembangan blog saya. Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan rahmat dan kurnia kpd sahabat pembaca.
Hakikatnya persoalan dua ibu ini bila kita rungkai secara teliti mungkin disebabkan faktor persekitaran, faktor keselamatan, faktor keluarga dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, si A punyai ibu tapi sudah lama meninggal dunia. Sekarang ayah si A berkahwin lagi. Jadi si A punyai ibu dan ibu tiri. Dikira dua ibu, biarpun ibu si A sebenarnya sudah meninggal. Ataupun kerana ikatan kekuargaan seperti seorang lelaki menikahi seorang perempuan. Akhirnya si lelaki punyai dua ibu(dua keluarga), ibu dari keluarga dia dan ibu dari keluarga mertua. Nampak tak? Jelas dan terang. Hehe.
Entri kali ini ingin saya kongsikan perihal diri saya yg punyai dua ibu. What? Dua ibu? Haha. Tidak, sebenarnya saya punya seorang IBU dan seorang MAMA. Jadi, mana satu pure ibu? Tentu sahaja ibu yg saya panggil "ma" adalah ibu saya. "Ma" saya adalah wanita pertama dalam hidup sebagai tempat rujukan. Beliau mesti didahului. Manakala, Mama pula adalah ibu sahabat saya, tempat saya bertanya masalah saya.
Hehe, rare right?
Ma saya, memasuki tahun 2015 sudah berganjak ke umur 44 tahun. Beliau adalah insan paling saya sayangi. Beliau berniaga kecil-kecilan untuk bantu saya dan adik-adik dalam pelajaran. Saya membesar dari hasil tangan kuih muih ma saya. Alhamdulillah, syukur Allah anugerahkan seorang ibu yang hebat. Sekarang, banyak yg ibu ajar saya berkenaan hidup. Banyak masalah yg saya kongsikan dengan beliau. Sungguh, ibu itu sangat hebat! Jadi, kepada sahabat pembaca yg masih punyai ibu, perlu berbakti sebaik mungkin untuk menggembirakan hati. Ingat, syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
Kedua, ingin saya ceritakan perihal "mama" yg menceriakan hidup ini. Mama hadir selepas perginya seorang sahabat dari dunia ini. Mama atau namanya Atielan Talib, ibu kepada sahabat saya arwah Shaifullah Idlan Rozlan(al-fatihah). Mama hadir kerana terlalu rindukan arwah. Jadi, dia sempat bertanya khabar melalui facebook massanger sahabat-sahabat terdekat dengan arwah. Saya pun tidak terkecuali. Tapi yang lebih istimewa, mama ceritakan bahawa aku dengan arwah punyai banyak persamaan. Kami anak sulung, dilahirkan di HUSM Kubang kerian, semasa kami dilahirkan keluarga menetap di Besut. Dan banyak lagi yg mama ceritakan persamaan arwah along dengan saya.
Mama selalu bertanya khabar saya, lebih-lebih lagi tika musim banjir tempoh hari. Membuatkan saya rasa dekat dengan mama. Sehinggakan mama memanggil saya dengan panggilan "along" kerana rindukan arwah. Sungguh! Masih tampak dari tulisan mama dia rindukan arwah, cuma hanya lisan bercakap, selebihnya mama sendiri yg menanggungnya. Saya pula hanya mampu melihat, tidak manpu berbuat apa-apa.
Cuma, apa yang ingin saya ceritakan adalah saya berkongsi beberapa masalah peribadi dengan mama. Mama banyak beri tunjuk ajar dan guideline untuk saya. Kebanyakan masalah berkisar masalah hati. Pernah saya bertanya mengenai masalah saya dengan seorang sahabat muslimat yg saya kenal 3 tahun, dan mama tanpa alasan berikan pendapat dia. Walaupun kami tidak saling kenal, namun keakraban itu sungguh cepat.
Hajat dihati mahu bertandang ke rumah mama sekali lagi. Sahabat-sahabat di UMP kata masakan mama boleh tahan. Mama pun cakap nak belanja saya chicken chop(katanya di FB. Hehe). Saya pula mahu ke kubur arwah. Rindu mahu bertamu dengan arwah.
Akhirnya, semoga ukhwah yg dibina berkekalan. Keluarga saya dan keluarga arwah berukhwah kerana Allah. InsyaAllah, ada masa akan sampai ke Chenor. Jika mama tengok tulisan saya, saya hadiahkan entri ini untuk mama. Semoga bergembira bila membacanya(kerana mama cakap dia suka baca tulisan saya). Hehe. InsyaAllah.
Coretan jalanan
Jam 0103
5 Januari 2015
Aku cinta Dia, dia.
dia terduduk, menyandar. fikirannya melayang jauh. terkenang sesuatu mungkin.
"kenapa?", dia tanya.
"aku sedih. sebab cinta ditolak"
"ooo...tu je ke? so, kau sedih la ni?"
"hmm..."
hening seketika.
"aku macam rasa Allah x adil kat aku. Dia x bg ape aku nak"
dia tersentak. tapi dia tetap tenang. mencari idea utk menjawannya.
"aiman, kau cakap Allah tak adil? kalo camtu, kita as makhlukNya lagi tak adil"
"kenapa?"
"sebab makhlukNya selalu minta dari Dia tp x pernah buat ape Dia suruh. makhluk Dia hirup udara Dia, makan hasil tumbuhan Dia, duduk atas bumi Dia. tp Dia tetap beri kepada makhlukNya walaupun mereka x bersyukur. masih lagi kau cakap Allah tak adil?"
terpana
"sahabat, Allah bukan x adil cuma Allah tahu ape yg tbaik utk kau. Allah dah tetapkan jodoh kau dari dalam perut ibu lagi. Dia x jodohkan kau dengan si dia mungkin ada sebab. itu rahsia Allah"
"tapi aku nak dia seorang je. hati aku tak tenang kalau x dapat dia"
"tak tenang? jom flashback usrah minggu lps, kita tadabbur surah ar-rad ayat 28"
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
"kuncinya adalah zikir. hati kau akan jadi tenang", dia tunjukkan jari kearah hati sahabatnya.
sahabatnya diam.
"aku pernah jadi cam kau. putus ikatan. tapi aku sedar, Allah nak uji aku sejauh mane kebergantungan aku kpd Dia. yes, mula2 mmg sedih sbb aku syg dia 3 tahun. tp banyakkan doa, zikir dan selawat kpd Allah. InsyaAllah dipermudahkan. aku dah boleh lupakan dia. n aku dah buang banyak cerita sal dia. skrg aku cuba lupakan dia terus. sbb aku xnak ada sekelumit hati ni, cinta ini kpd insan yg x trima kita. aku dah bagi semuanya kpd Allah, Rasulullah"
"hmm..kau betul", sahabatnya akur.
"sebenarnya ada ssorg yg mencintaimu lbh dari segalanya. cuma kau je x pnh jumpa dia, x pnh jumpa cinta dia"
"siapa?", sahabatnya bertanya.
"cuba teka", dia senyum.
tenang seketika.
"ntah, x dapat pikir"
"orang tu, tika hayatnya selalu sebut sal kita. tika hayatnya berjuang n pertahankan kita. tika hayatnya baginda banyak bcakap sal syafaatkan kita. even masa di padang masyar, baginda tetap tunggu kita tau. baginda tunggu kita tepi telaga dia, telaga al-kauthar. baginda sangat rindu n sygkan kita"
"maksud kau, Rasulullah?
"yap, kekasih kita"
"dulu, kau selalu sebut nama si dia. setiap malam kol, msg si dia. skrg bila kau dah putus, it time utk kau kol, msg dgn Rasulullah. x guna kredit pun"
"camne bro?"
"caranya? dah ditunjukkan dalam surah al-ahzab, ayat 56"
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
"selawat banyak2. tu caranya. x susah n x guna duit pun"
sahabatnya mula menundukkan muka. ada butiran kaca keluar dari matanya.
"aku dah lame hidup dalam jahiliyyah, sampai lupakan cinta Allah n Rasulullah kpd aku. aku buta dgn cinta dunia", sahabatnya berkata dalam sendu.
"sahabat, belum lambat utk kau berubah. Allah n Rasulullah sentiasa tunggu cinta kau. aku akan sentiasa jd sahabat kau, bantu kau utk berubah"
"kau sahabat terbaik. tq bro"
"sahabat till jannah, bestie"
kedua-duanya senyum.
Coretan jalanan
Jam 0021
3 Januari 2015
Rindumu ya Rasulullah.