perasaan
usai satu lagi semester, sem 2. berasa amat penat berjalan melewati semester 2. penuh dugaan, onak dan cabaran. hanya doa dipanjatkan kepada yang satu, supaya hati tetap kekal teguh.
usai semester 2 bermakna usai satu lagi amanah sebagai pimpinan di kolej. watak kali ni sangat berbeza dari sebelumnya. kali ini diangkat dan dijulang tinggi. padahal pundak diri tidak seberapa. namun masih dipilih kedalam amanah yang tinggi. allahu, rasa berdosa amanah tidak terjaga malah dipersia.
hati pun mula berbicara,
bila hati mula tenang, ada sahaja ujian mendatang. sudah pasti ujian pun kuat sedikit umpama ombak memukul pandai. analogi itu seperti kuatnya angin pantai menghempas tepian. begitulah masalah berkenaan hati mula mencuit sanubari.
berusaha utk lari tp hanya sekejap. alhamdulillah. waktu sibuk tiada datang menggangu. namun waktu lapang, ia hadir mengetuk hati. bertanya khabar. bagaimana mahu tenang. namun, waktu ia datang bagaikan ombak besar. terus memukul pinggir hati. terasa tertikam.
hanya mampu mengambil masa pulihkan diri.
pesanku...
sahabat, jika kau sudah menolak pertama. jangan kau menolak yg kedua. kerna belum pasti yg ketiga adalah yg terbaik. tp yg pasti pertama itu menyukaimu walaupun kau tidak menyukainya. tp kedua mungkin kau boleh menyukainya sebagaimana dia menyukaimu. jgn kecewakan kedua seperti pertama.
juga pesanku...
perempuan janganlah hanya manis di mulut, tapi lain dihati. selalu sahaja kita dengar luahan hati perempuan yang dipermainkan lelaki. tp berbeza kali ini. hati si lelaki jika menyukaimu, dia hanya menyukaimu. pastikan kau ingat selalu. jika kau hancurkan harapan yg kau berikan kpd lelaki tersebut, kau pasti tidak akan bertemu lagi lelaki lain yg sebaik dia.
madah pujangga.
pena mencoret, hati meloret
4 syawal / 9 julai
jam 0145
ramadhan : bagaimana kita?
ramadhan : bagaimana kita?
fajar pagi menyising menandakan berakhirnya malam ke-20 ramadhan dan selama 20 hari ini, apakah momen paling seronok mahu dikongsi? bazar ramadhan? shopping raya? barangkali sesetengah orang pula momen paling seronok mahu dikongsi adalah membuat kuih raya bersama keluarga.
tapi sebenarnya...
kita sedang melangkah mahu ke laluan akhir marathon ramadhan. dimana 10 malam terakhir ini diibaratkan seperti satu perlumbaan. baton daripada tim 'pengampunan' diberikan kepada tim 'pelepasan api neraka'. manakala tim 'rahmat' sudah jauh ketinggalan di belakang. begitulah analogi yang boleh dibuat. 10 malam terakhir ramadhan memberikan banyak ganjaran kepada pemiliknya yang percaya. dan diselitkan lagi keistimewaan satu malam dalam malam-malam terakhir ini.
maka, bersediakan kita untuk pecut sehabisnya?
reflek kembali dalam 20 ramadhan terawal, bagaimana ibadah kita? bagaimana amalan kita? sudahkah kita mencapai semaksima mungkin dalam ibadah kita? mengaut segala keuntungan dalam pelaburan ramadhan ini? jika pelaburan dunia kita mengharapkan keuntungan berlipat kali ganda, apatah lagi keuntungan akhirat yang sudah allah janjikan.
kini melangkah masuk ke fasa baru. dengan niat dan semangat yg terus meningkat, pecut sehabisnya untuk 10 km terakhir. dan jika bertuah, anda akan terjumpa satu harta karun tersembunyi yg mengandungi harta berupa duit emas sebanyak 1000 keping.
lailatul qadar
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
berlaku diantara 10 malam terakhir, tapi malam yang ganjil. sama ada malam ke-21, 23, 25, 27 ataupun 29 ramadhan. sesiapa yg menghidupkan malam tersebut ibarat mendirikan solat selama 1000 bulan. bersamaan 83 tahun 4 bulan. satu skala jangka masa yang panjang. rata-rata hayat umat rasulullah sekitar 60 tahun. namun jika bertemu malam ini, diibaratkan beribadah 83 tahun. sungguh hebat!
lailatul qadar hunter
solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah. solat isyak berjemaah dikatakan melengkapi separuh solat malam, dan solat subuh berjemaah melengkapi separuh lagi.
Umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan pada malam tersebut seperti :
1. bertadarus
2. melakukan solat sunat
3. berdoa kepada Allah untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan.
kita?
check, recheck dan triple recheck amalan sbg persediaan kearah maraton akhir ini.
tips
sedikit tips perkongsian kepada sahabat-sahabat sekalian.
1. doakan moga diampunkan dosa kita, ibu bapa, ahli keluarga, sahabat, guru-guru serta orang islam yg masih hidup mahupun sudah meninggal dunia
2. dijauhkan api neraka, didekatkan syurga
3. diperkuatkan semangat utk terus berada dalam gerak kerja islam, seterusnya kemenangan kpd islam
4. dipermudahkan urusan gerak kerja islam utk terus kukuh dan mara di pentas kampus
5. diperkuatkan semangat kepada sahabat-sahabat di palestin, syria, rohingnya, mesir dan serata tempat serta serata zaman. moga terus kuat menghadapi ujian, diberi kemudahan dalam menyelesaikan masalah, diberi kemenangan kepada mereka
6. dimakbulkan apa yg dipinta selama ini(bacakan apa yang diminta)
7. mati dalam keadaan husnul khatimah, jauhkan dari su'ul khatimah
8. dimasukkan kedalam syurga dan bertemu dgn allah
jgn pernah lekang dari berdoa, kerna setiap bait-bait cinta kpd allah, tidak akan disia-siakan.
insyaAllah. moga kita semua bertemu malam lailatul qadar. jom jadi lailatu qadar hunter!
pena meloret, dakwat mencoret
penulis jalanan
jam 0144
25 jun 2016
pemuda/pemudi 'al-fateh'
hari ini dalam sejarah
29 mei 1453 hingga 29 mei 2016
lengkap 563 tahun lalu, sejarah terlakar apabila seorang anak muda berusia 21 tahun menawan kota paling utuh di dunia. empayar byzantine jatuh tersungkur ke bumi. anak muda ini menyambut baton kepimpinan dari ayahandanya, sultan murad II semasa 19 tahun. melakukan persiapan rapi selama 2 tahun antaranya melakukan misi menyelamat jurutera hungary(tika itu menjadi banduan di penjara konstatinople), membina meriam urban. merekrut 200,000 sebaik-baik tentera untuk menggegarkan kota konstantinople.
saat menjejak masuk ke kota konstantinople, tawanan diampun. juga gereja hagia sofia ditukar nama menjadi masjid biru. memimpin saki baki tentera melakukan solat. itulah pemuda yang disebut dalam hadis rasulullah saw sebagai sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera. yang mana tidak pernah meninggalkan solat fardhu, tahajud dan rawatib semenjak baligh.
dan kita hari ini bertemu betul-betul diatas titik pertemuan 563 tahun lalu. mengenang jasa sultan muhammad al-fateh(mehmed II the conquer) yang menawan kota konstantinople.
persoalan, adakah lahir lagi pemuda/pemudi sehebat sultan muhammad zaman kini? jika ada, siapakah pemuda/pemudi tersebut? dimanakah mereka? tepuk dada tanya iman.
tinta bicara, pena bercerita
jam 1230
29 mei 2016
teluk intan, perak
generasi kemenangan?
dalam fatrah peperiksaan akhir semester. perasaan takut bercampur baur dengan gundah gelana. namun, yakin sahaja. usaha sudah dibuat, hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada allah. selepas ni. 10 hari dari sekarang akan terbang ke utara perak untuk menjalani pra-klinikal di hospital. satu pengalaman baru bakal dirasai.
dalam beberapa minggu kebelakangan, dijemput oleh mapim untuk menjadi sukarelawan ke perkampungan orang asli sekitar perak. namun kesuntukan masa, juga menghampiri waktu peperiksaan, terpaksa melepaskan jemputan tersebut. namun, dari gambar yang dikongsi. jelas kegembiraan para sukarelawan masuk ke perkampungan orang asli, membawa bantuan serta beramah mesra dan mengenal kehidupan mereka.
sebelum ini sempat menghadiri program anjuran mapim perak. disitu, dipaparkan kisah peperangan di syria dan mesir. tidak ketinggalan kisah palestin. semua rakaman dari sumber utama yang tidak disebarkan kepada umum. banyak input yang diperolehi. allah, sungguh mereka dikepung habis-habisan. digempur, dianyak seperti haiwan oleh rejim kerajaan yang memerintah dengan kuku besi. seperti kisah as-sisi yang membunuh rakyatnya berkefahaman sunni. sungguh, babi itu sungguh kejam.
satu masa, termenung keseorangan. betulkan aku pemuda yang dipersiapkan untuk generasi kemenangan islam? kerna aku takut, aku tidak layak. lebih dari itu, allah tidak pun memandang aku sebagai pemuda yang layak memegang panji-panji islam. aku bimbang, allah tapis mereka yang tidak istiqamah dalam perjuangan islam. aku bimbang, aku yang terpilih dan terkeluar dari jemaah yang membawa islam sebagai tujuan utama. nauzubillah.
aku lihat pemuda yang menyertai briged al-qassam hamas, lalu aku bandingkan dengan diriku. allah. pemuda inilah pemuda yang mengikut acuan islam, acuan para sahabat yang berjihad fisabilillah. pemuda yang mana jika mahu menyertai briged al-qassam perlu berjemaah subuh selama 6 bulan, puasa sunat hari isnin dan khamis, al-quran bukan pada mashaf tapi pada mulut dan hati, jemaah tanpa tinggal. inilah ciri-ciri pemuda acuan islam, acuan pemuda yang dipersiapkan untuk kemenangan islam.
kerdilnya aku jika dibandingkan dengan al-qassam hamas, ataupun fsa syria. allah, sungguh aku tidak berdaya. namun itu bukan alasan untuk mengalah. aku tahu aku tidak mampu mencapai status mereka, tapi aku mencuba turuti sedikit cara mereka. walaupun aku tahu aku mungkin tidak berjaya, namun sekurang-kurangnya aku telah berusaha. tiket ini aku persembahkan kepada allah nanti.
dan akhirnya.
"tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak diatas tanah air kamu"
as-syahid imam hassan al-banna
mempersiapkan generasi kemenangan islam
istiqamah hingga kemenangan
profesional istiqamah
pena menari
may 11 2016
PRN Sarawak - PAS kalah didunia, menang di akhirat
pasca PRN Sarawak, alhamdulillah dan tahniah kepada 11 calon yang bertanding. walaupun mereka kalah dimata manusia, namun kemenangan disisiNya. mungkin manusia pelik, PAS kalah dikatakan menang. sedangkan ada sebahagian calon PAS hilang deposit.
ketahuilah sahabat-sahabat, kemenangan bagi PAS bukanlah kemenangan memerintah Sarawak, akan tetapi kemenangan kepada PAS adalah bilamana PAS mampu menyampaikan dakwah islam di bumi kenyalang itu. mampu mengembangkan syiar islam, mampu membantu perjuangan islam. itulah kemenangan islam. cuma jika ditakdirkan allah PAS mengisi kemenangan di Sarawak, itulah adalah bonus kepada kita kerna gerak kerja islam disana tanah kenyalang.
buktinya, undi kepada PAS meningkat di kebanyakan tempat. ini menampakkan PAS mula diterima masyarakat, dengan pendekatan politik islam yang syumul. tambahan lagi, kita mampu masuk ke daerah-daerah pendalaman menyebarkan islam sambil berdakwah menggunakan medium PAS. orang-orang asli mula mengenal islam. juga PAS turut membawa gelombang baru, politik matang dan sejahtera melalui acuan islam dibumi Sarawak. itulah kemenangan yang sebenar, diimpikan oleh PAS. calon-calon PAS menyantuni masyarakat Sarawak tanpa segan silu, menunjukkan qudwah hasanah kepada mereka. ini adalah trend dakwah kotemporari, selain politik, dakwah melalui kelakuan menarik minat orang Sarawak.
wahai pejuang, janganlah kamu berduka dengan kekalahan di Sarawak. akan tetapi bergembiralah, kerna kita sudah mampu membawa legasi Saad Abu Waqas yang berdakwah ditanah China, tanah yang begitu asing dengan islam. itulah jentera pilihanraya PAS, yang membawa islam ditanah yang cukup asing, dimana rata-rata penduduk Sarawak tergolong dalam kumpulan orang asli, bukan islam dan lain-lain lagi. jika kamu berjuang kerana allah, ingatlah tiada istilah kecewa mahupun sedih dengan keputusan ini. berlapang dada. kerna tujuan PAS hanyalah satu : islam!
selepas PRN Sarawak, mungkin kita akan ke PRK Kuala Kangsar Perak dan Sungai Besar Selangor. insyaAllah, momentum yang ditunjukkan PAS kebelakangan ini menunjukkan sesuatu yang positif. pasca Himpunan Anak Muda Istiqamah(HIMMAH) Perak menunjukkan satu gambaran bahawa PAS akan bangkit menjulang islam. dengan semangat Dewan Pemuda Pas Malaysia, bersama Dewan Muslimat Pas Pusat, juga Dewan Himpunan Penyokong Pas. insyaAllah kita bakal mengisi kemenangan islam di malaysia.
akhir kalam...
"jika kamu menolong agama allah, allah akan menolongmu dan memperteguhkan tapak pendirianmu" (muhammad : 10)
"infiru kifafan wa tsiqala..."
pena menari
menyelami semester dua, membuatkan aku lebih memfokuskan perhatian kepada pelajaran dan gerak kerja kelab. aku cuba lari dari soalan sahabat, kemana arah tuju selepas bergelar graduan? sengaja aku cipta alasan mahu kekal bersama jemaah, menggerakkan agenda jemaah. sebab aku dilatih untuk terus berkhidmat untuk islam.
dan ada pula senyum sinis, mengatakan aku hanya hipokrit. hipokrit dalam jawapan diberikan. padahal aku mahukan sesuatu yang lain. aku hanya senyap. senyum manis balas tetap aku lemparkan kepada empunya badan yang berkata. sahabat, katalah apa sahaja yang kau mahu. sungguh, sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja islam aku.
bahagian paling best, ada sahabat yang mengusik. aku hanya mampu gelak. saban hari, setiap waktu. hebat dunia dengan ukhwah, hebat bumi adanya ikhwan. mereka yang menemukan aku dengan jalan sebenar. mereka yang mengheret aku tika aku tersasar. mereka yang menyambutku tika aku mahu jatuh.
mereka, mereka dan mereka.
bab yang paling banyak ditanya adalah berkenaan calon. aku, bila ditanya pasal calon. terus sahaja aku katakan aku menanti najwa latif. biar semua gelak. gelak sakan. senang, semua terhibur, semua suka dengan lawak tu. supaya berhenti dari bertanya soalan remeh temeh begitu. misi untuk meng'islam'kan dan meng'iman'kan seseorang terasa sungguh jauh lagi. banyak kerja perlu dibuat sebelum aku menjadi iman. itupun belum tentu berjaya. mahu ditambah lagi fasal lain?
"oh...no....."
ya allah, ikhlaskan hati ini untuk membantu agamaMu. ikhlaskan hati ini dalam membawa kebaikan agamaMu. ikhlaskan hati ini dengan segala usaha memenangkan islam untukMu. sahabat, bantulah diriku selalu. aku lemah ditengah jalan, perlukan seseorang untuk menyambutnya.
insyaAllah.
dan 'jodoh' :
"jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan memperteguhkan tapak pendirianmu"
(surah muhammad : 7)
pembolehubah dimanipulasi : jika tolong agama allah, maka allah tolong temukan jalan yang terbaik memahami kemanisan iman.
pembolehubah bergerak balas : semakin engkau ikhlas memperdagangkan dirimu kejalan allah, semakin allah redha dan menghamparkanmu jalan menuju ke syurganya.
wallahualam,
dan akhir kata...
"aku generasi yang dipersiapkan untuk kemenangan islam"
pena menari
mei 7 2016
membina dan mempersiapkan generasi paramedik huffaz
*huffaz - hafiz dan hafizah yang menghafal alquran. mempelajari ilmu dari alquran dan mengaplikasikan ilmu di dalam alquran kepada ummah dan masyarakat. semata-mata kerana allah dan islam.
paramedik satu pecahan bidang dari sains bersekutu. bidang yang mana menempatkan ramai mereka yang bekerja untuk membantu mempertingkatkan kesihatan orang awam. dalam masa yang sama, membantu memperjuangkan nasib umat manusia dalam memperdagangkan kesihatan di peringkat dunia. membentuk generasi paramedik mengambil masa tiga hingga lima tahun dalam trek masa di kampus mahupun kolej. pengisian berteraskan kepentingan, serta cara-cara penjagaan kesihatan terus diberikan selama mana pelajar itu berada dalam jurusan itu. akhirnya, hasil yang diharapkan mampu memberi manfaat kepada islam khususnya, kepada masyarakat dan ummah umumnya.
melirik sejarah, tokoh islam ibnu sina bapa kedoktoran dunia yang digelar avicenna di barat. merupakan sorang paramedik berjaya pada zaman abbasiyyah. karya beliau, hasil tangan serta buah fikiran beliau berkonsepkan sains namun berteraskan islam. lukisan jantung, lukisan terkenal beliau membantu ramai tokoh perubatan terkehadapan sama ada tokoh islam ataupun barat. beliau salah satu contoh paramedik huffaz.
kembali kepada topik penulisan dimana saya menekankan tajuk paramedik yang berkonsepkan hafiz dan hafizah (golongan huffaz). tidak disangkal ilmu itu berteraskan agama, dan ilmu itu sendiri diajar dalam lembayung islam dan begitulah sebaliknya. konsep ini digunapakai oleh hampir kesemua ilmuan dan doktor semasa zaman abbasiyyah. bukti, limpahan kader paramedik hingga memaksa kerajaan islam abbasiyyah mengadakan satu penilaian khas bertujuan memilih calon yang selayaknya menceburi bidang kedoktoran.
bukti sains dan agama saling berkaitan?
kembali belek lembaran al-quran.
surah yasin, ayat 77:
أَوَلَمْ يَرَ الْإِنسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِن نُّطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُّبِينٌ
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih?..."
dalam surah yasin, ayat 77. dimana allah menyatakan penciptaan manusia dari benih (air mani).
juga surah yasin, ayat 80 :
الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
asasnya, kita mengetahui bahawa arang kayu yang dibakar itu datangnya dari pokok yang menghijau.
pelik. tapi pernahkah terfikir, bagaimana alquran yang diturunkan hampir 1400 tahun dahulu mengetahui berkenaan kejadian manusia dari air mani? dan arang kayu dari pokok hijau boleh menyalakan api?
disitu indahnya islam, perkaitan alquran dan sains. belajar sains namun dalam masa yang sama, segala macam perkara di dunia, sekecil kejadian manusia hingga ke peredaran bulan diterangkan dalam alquran. hikmah mempelajari alquran, kita mengembangkan ilmu didalam alquran.
itulah kemukjizatan al-quran yang berada dalam islam. hadirnya islam sebagai payungan kepada masyarakat. alquran lengkap dari segi ilmu perubatan, mahupun kejuruteraan, mahupun bidang-bidang yang dikaji hingga kini.
membina hafiz dan hafizah paramedik?
topik perbincangan yang menarik. dimana membina keperibadian huffaz dalam kemodenan paramedik. ahli-ahli paramedik yang cemerlang membina thaqafah(ilmu) didunia. namun, lagi cantik jika dirinya disulam dengan ilmu keagamaan. pakej lengkap seperti ibnu sina, mahupun alkhawarizmi mahupun ibnu batutta.
pembinaan paramedik huffaz tidak mengambil masa yang sebentar, tapi perjalanan kearahnya memakan masa yang lama. antara tips yang boleh saya kongsikan kepada pembaca untuk menjadi paramedik huffaz :
1. membaca alquran setiap hari, dan tadabbur ayat
2. mencari masa yang tenang, lapang untuk menghafal
3. pastikan berwuduk dan sentiasa niat ikhlas kerana allah
4. cari ayat yang berkaitan dengan perubatan
5. belajar/bertanya dari sahabat mahupun ustaz berkenaan sebahagian ayat yang boleh digunakan sebagai ubat dalam rawatan islam
6. masa terluang, ulang setiap ayat mahupun surah yang dihafal
7. kongsikan dengan sahabat sekeliling jika menemui ayat yang berkaitan dengan islam + perubatan
kehebatan islam kehadapan diukur melalui generasi muda sekarang. kita tidak punyai banyak masa untuk berlengah dan bermain-main. cukup waktu dan masanya, paramedik huffaz akan dipanggil untuk berkhidmat untuk agama dan masyarakat.
buang sikap malas dan berkira dalam membaca, menghafal alquran. pastikan kita terus istiqamah membaca alquran.
road to mardhatillah!
from jahiliyyah to jannah!
profesional paramedik istiqamah!
paramedik huffaz!
insyaAllah.
bila pena bercerita
jam 0139
25 februari 2016
ceritera cinta
cerita 1
"akhi, kalo ana masuk neraka dulu. ana arap enta tarik ana ke syurga"
perigi bertakung air
"ish, enta ni. kita sama-sama masuk syurga. jika tak pun, enta tolong ana jika ana tersangkut di titian sirat nanti"
*senyap
"ana takkan tinggalkan enta, sahabat. ni ukhwah kita bina. insyaAllah"
*****
cerita 2
"akhi muhaimin, boleh la belajar cara nak skor 4.0 dalam exam"
"uish, abg mana pandai. nak dapat cukup-cukup makan boleh la"
"akhi muhaimin lebih dari nota-nota dan pensyarah yang mengajar"
dan aku ketawa.
*****
cerita 3
"min, dah boleh lupakan dia. insyaAllah. sebab dia pun dah dicop orang. min boleh cari orang lain"
aku hanya diam
"min ok?"
aku senyum. sungguh! sikit pun hati ini tidak terusik.
*****
cerita 4
"ammar ok? ada masalah? banyak kerja?"
"awal-awal memang banyak. tapi insyaAllah, ana buat sikit-sikit"
"kalau ada masalah, mohon bagitahu ana ye"
"okey min"
kami senyum
*****
cerita 5
"sheikh, ana minta maaf sebab kehadiran ana menyusahkan antum semua. sepatutnya ana datang menolong. tapi ana yang sakit. ana lak penyusah"
"eh, jangan cakap camtu. enta ni min. enta tak menyusahkan ana pun"
aku hanya tunduk, melihat diri yang serba daif.
*****
sedar tidak sedar, allah menguji kita. ujian allah pula dalam pelbagai keadaan, kaya miskin sakit sihat dan lain-lain lagi. betapa allah menyayangi hambanya. rasulullah juga diuji dengan pemergian isteri dan bapa saudara baginda. apatah lagi kita?
itulah dimana terletaknya sebuah pengharapan. dimana kita menghubungkan harapan ini melalui doa. harapan untuk sentiasa menjadi hambanya yang soleh.
ada sahabat aku, seorang yang sangat hebat. punyai banyak tanggungjawab. tanggungjawab kepada keluarga, ketua kelas, majlis perwakilan pelatih dan bahagian dakwah. pecahan amanah dan kerjanya melingkari luar dan dalam kolej. tapi, sungguh dia tidak sesekali mengeluh bahkan terus bergerak membawa amanah itu.
aku terkesan cara pembawaannya, yang sentiasa tenang dan redha dengan apa yang dihadapi. hanya allah sahaja tahu bertapa berombak di hatinya, tenang ataupun gelora.
akhirnya, aku melihat diri sendiri. betapa daifnya diriku wahai manusia bernama muhaimin. sangat sedikit sumbanganmu dalam islam. adakah syurga dirimu pinta? padahal syurga itu mahal maharnya.
allah :'(
semoga diri ini terus istiqamah!
"dengan bismillah, pejuang melangkah!"
kalam pemuda
jam 0106
31 januari 2016
bila pena bercerita
bila pena bercerita
makin banyak bercerita, makin banyak menulis, makin hanyut dalam fantasi. tenggelam dalam realiti. makin banyak idea dicurah, padahal sedari sahaja tangan laju menaip bait-bait yang ingin disampaikan. sungguh banyak, namun diperhalusi agar penulisan tidak terlalut dan melalut kearah lain.
bila pena bercerita
dari rasa, turun hingga ke jiwa. dari hati, dikeluarkan sendiri. dicurahkan, dituliskan, lalu dibukukan. sungguh, rasa ini getaran jiwa. tanpa rasa, badan binasa. ibarat siang tanpa mentari, ibarat malam tanpa rembulan. sungguh, hanya mampu ku lafazkan dengan penuh pengharapan.
bila pena bercerita
kembalikan hati kepada jiwanya, kembalikan sanubari kepada pemiliknya. agar riuh rendah hilai tawa. agar, semua kegembiraan di dunia terserlah jua. hanya mampu ku lafazkan, tak terdaya aku menahannya.
bila pena bercerita
ada sahaja yang tertarik, ada sahaja yang memetik. ada sahaja yang memanggil, ada sahaja yang dipanggil. tapi relakan sahaja. setiap yang berlalu bukan milikku, ku pasti suatu masa nanti bakal menantiku.
bila pena bercerita...penulis akan terus mencoret.
kalam pemuda
Jam 0045
18 Januari 2016
rindu
berlinangan air mata, sebak terus didada. hati dicucuk-cucuk rasa jarum. dada ditumbuk. terasa sangat kecewa dan daif dengan diri hingga terlupa siapa sebenarnya dicintai.
bila dikongsikan kisah, mahu sahaja diri ini terus menangis. ya! nampak keperempuanan. tapi jika tidak menangis, ini menandakan hati terlalu keras untuk mendengar kisah perjalanan dan liku hidupnya.
saat diperdengarkan kisahnya, akhirnya air mata laju menuruni kawah. yang tadi butiran hanya meniti ditepi telaga mata, kini pecah. sangat tersentuh. hingga berkali-kali hati ini terkumat kumit membaca sesuatu.
kisah diperdengarkan bukan dongengan, mahupun rekaan. tiada nista, mahupun tipu daya. semuanya betul serta indah belaka. harapannya, generasi yang mendengar selepas itu mendapat hikmahnya.
ya rasulullah, sungguh. rinduku kepadamu.
kalam pemuda
0115
Jan 16 2016
Usrah
usrah bersama ustaz nik zawawi salleh, setiausaha dewan ulama pas pusat, baru sahaja melabuhkan tirai. selepas itu, melangkah masuk ke usrah bersama ustaz hafiez sabri, ajk dewan pemuda pas malaysia. sungguh, sarat dan padat ilmu di genggam kemas sebagai taujihad diri ini dalam kembara penuh duri. banyak kata-kata nasihat dan rangsangan ustaz nik zawawi lontarkan kepada ahli gerakan islam. juga disemai dengan ayat-ayat al-quran sebagai pemanis kata. sungguh, diri ini malu kerna pernah terjerumus ke lembah kehinaan suatu ketika dahulu.
"berangkatlah kamu dalam keadaan senang mahupun susah..." (at-taubah : 41)
seakan satu tembakan tepat kedada bila dibacakan ayat ini. sungguh, berlinangan air mata mengenangkan diri yang hanya terpikau dek dunia, tanpa hadir bersama dalam perjuangan islam. hanyut terus bersama noda, tanpa secalit rasa berdosa.
lebih diri ini sesali, lambat berjumpa dengan gerakan islam dan menyertai secara terus membawa wadah gerakan islam. dapat dirasai begitulah sedihnya, kecewanya hati sang ikramah abu jahal pada satu malam yang hening. ikramah meratapi dan menangis perbuatannya dahulu sebelum masuk islam. memerangi rasulullah, menentang agama allah. dia tersangat kecewa lambat diberi hidayah. namun, pengakhirannya sangat hebat. syahid di medan perang. bagaimana aku?
kesimpulan dari usrah bersama ustaz nik zawawi :
1. pas tidak akan bergabung dengan umnobn
2. kerjasama politik dengan dap terbatal
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (ali-imran : 104)
hanya kalamullah sebagai motivasi ini untuk terus membawa diri hanyut dalam perjuangan islam. moga allah redha, moga kedua ibu bapaku redha. redha allah diatas redha kedua ibu bapa. tiap kerja untuk pas, aki sampaikan kepada kedua ibubapaku, supaya mereka tahu, supaya mereka redha akan kerjaku.
wahai ibuku, wahai ayahku. anakmu mahu bersama pas membawa islam dalam skop agama yang syumulliyyah. menentang umnobn yang terus korup dan menipu. izinkan anakmu pergi. doakan moga anakmu ini terus istiqamah hingga kemenangan islam. ataupun jika ditakdirkan anakmu hanya mengembara sekejap di dunia, doakan moga anakmu pergi sebagai syuhada. doakan moga anakmu tabah, cekal. dan jika allah panjangkan umur, doakan moga diperjodohkan dengan seorang mujahidah yang menyokong anakmu bersama pas. lebih dari itu, dia juga membantu diri anakmu dalam pas. moga lahir dari rahim mujahidah ini, zuriat yang terus berjuang untuk pas dan islam. menyambung perjuanganku dan perjuangan ulama sebelumnya.
insyaAllah.
kalam pemuda
10 januari 2016
1330 tengah hari